December 12, 2016

Ya, apa yang mereka nampak
dia tersenyum gembira
dia ketawa dengan bahagia
dia bergurau
ya ternyata dia seorang yang ceria
tiada masalah.

apa yang mereka tak tahu
disebalik semua ketawa itu
disebalik semua gurauan itu
disebalik senyuman dia itu
wujud seorang gadis yang sedang hidup dalam kekeliruan
seorang pelajar yang sedang buntu dengan masalah belajar
seorang anak yang sedang bersungguh mengejar cita --
kejar cita demi untuk berbakti pada ibu dan ayahnya
seorang gadis yang hidup dengan parut lukanya
seorang pelajar yang hanya ketakutan yang memenuhi mindanya

pagi bersinar
dia tegak berdiri dan tersenyum
tapi siapa sangka
bila malam menjelma
dia menangis dan jatuh tersungkur

menangis yang hanya Allah sahaja yang mampu mendengarnya.
menangis yang tiada siapa akan mengerti perasaan sedih ini.
menangis yang teresak-esak tanpa hiraukan sesiapa
menangis kerana sudah sekian lama berada di jalan ini
namun masih buntu
masih tidak kuat untuk tempuhi segalanya
masih diselubungi rasa takut yang amat sangat
Allah mudahkanlah.
Penat lelah ini. Moga besar hikmahnya.


.