Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

January 07, 2016

Finale Part 1 : Sabah Bha (Kisah Bot Sampan ke Pulau Sibuan dan Pulau Matabuan)

Assalamualaikum!
Part last dah kisah sabah ni hoyeh hoyeh. Nak jugak post entry nih sebab i bukan jenis buat kerja separuh jalan. ceh ~ Yuk kita sambung yuk. Gigih oi kisah akhir bulan 8 update selang bulan tetiba last part jatuh pada Januari 2016. Pheeew boleh bayang tak busy dia tu macam mana?
Hey we go! Pagi tu, mama berat hati (dia cakap dengan anak dia pakai bahasa dia) nak bagi kami pi pulau pakai bot pam nih. Bimbang sebab masa tu ada kes tembak tu siap keluar tv - tapi akhirnya mama benarkan juga rupanya salah pemahaman. eheeee. Terima kasih mama mak mertua kaknis!

UPDATE: memandang aku tetiba rasa nak bercerita secara details di mana dari start naik bot sampan hinggalah sampai ke pulau-pulau tersebut, so aku divide kan kisah finale ni jadi dua (Finale 1 and Finale Part II




Ni la rupa bot pam kami. Orang lain naik bot laju / speed bot bayar beratus nak ke pulau - panas sikit pun tak kena muka - berbeza dengan kami - bukan setakat panas, air laut tu tak yah cakap la tak berhenti menyimbah muka - aku ni siap dok fikir kalau tenggelam ni mesti family kat klate nu sedih  haha 


cakkkkkkk. tu ikan nak bagi ikan pelihara kat kolam tu makan RM1 sekilo. Ayuh!



 Resort Singamata (salah satu resort yang terkenal nih dekat Semporna) *hai*


Perjalanan 'laut' dah bermula. 

 

makanya aku mulai perjalanan ini dengan zikir dan selawat *takut* haha


Tiba-tiba - Enjin bot sampan ditutup oleh abang talib. Aku dengan kaknis senyap dan terkedu bercampur takut. ya lah, baru dalam setengah jam gerak, takkan la bot sampan dah rosak..


Sabri meluru ke belakang sambil pegang pendayung. Aku dengan kaknis muka cuak sebab tak fahammm!


 Rupanyaaaa....


Air tohorrrrr.. Aduhhhh



Pengalaman naik bot sampan tempuh air laut bergelora nih memang aku tak leh cerita ke sapa-sapa lah. Ya Allah scary weh. Laut sabah sangat sangat cantik.Rupanya baru faham bila tiba part air yang dalam, enjin boleh dihidupkan, bila tiba part air paras lutut - terpaksa tutup enjin - bimbang blade patah (blade pun dari kayu je) - dan bimbang hidupan laut tu rosak. So, sabri lah yang jadi pendayungnya bila tiba part air tohorr


ok, puas dayung dan menikmati dasar air. nampaknya pendayung dah tak perlu dayung dah. air dah kembali dalam, blade lepas tak kena hidupan laut dah. 


jom! *bunyi enjin bot pam*


Eh. Enjin bot di matikan lagih? Ya... yang ni paling menggerunkan. Keadaan masa ni air dia sangat sangat tohor dan terumbu karang besar seolah-olah menjerit kesakitan terkena bawah sampan. Maaf tak de jalan lain dah. Si Sab terus menerus cari jalan dan gigih guna kayu dayung untuk elak sampan kena terumbu yang lagi besar dan kasar - usainya - perjalanan di teruskan seperti biasa ...membawa kami ke


Pulau Sibuan! 


Alhamdulillah puah hati - 2 jam naik bot sampan ni oi jenuh nok bulih ko sapa sinih. Hite habih muko


Terus snap! orang lain tengok semacam je kah kah kah ye la dorang kan naik speed boat



Turun bot sampan teruih aihhhh terjun laut! jam 12 tengah hari tapi air laut perghhhhh sejuk ya Allah pasir putih dia apatah lagi



Opps! Polis marine mai terjah dah dengki la tu tengok kami syok berendam tak sampai 2 minit pun haha. Maka teruslah kaknis and her husband gi explained segala benda. So, kami dibenarkan stay di situ dalam 30 hingga 40 minit sahaja (tanpa tulis nama) - Secara faktanya, penduduk tempatan sebenanya boleh ke pulau2 berdekatan tak ada masalah bagi pihak peronda - cuma - kalau contoh nak picnic ke apa ke depa kena tulis nama. Bahaya. Mungkin untuk record sahaja. Lainlah pelancong lain tu, depa dah siap isi borang kebenaran untuk ke pulau.



Gittteww aih muka dua sejoli nih. Jeles pulak kita nengoknya :p



Posing sikit. Haruslah ada gambar dengan kakak tersayang nih



posing lagi...



dan lagi...


eh eh eh romantik sangat aih doakanlah nok jugok! hahaha



Sambil mandi sambil kutip. Sumpah aku rindu Sabah!



*maaf terbanyak pulok gambor diri sendiri untuk post sabah ni. padahal dah janji dengan diri sendiri tak nak expose gambor sendiri ><*


*Bot mahal - kalau korang pergi sewa hotel area jeti, haaa bot ni la yang korang akan sewa*


So calming... Semoga



suatu hari nanti dapat lagi ke sini.....


ayuh berangkat dari Pulau Sibuan! 
*kisah sedih : sekeping pun tak de gambar diri sendiri berendam dalam air sadisssss*


Hujan mula turun. Air bergelora. Pendayung bot (hahaaha) buat keputusan untuk singgah di pulau lain (Gambar atas tu pulau yang kami tuju selepas Sibuan)


Oh, ada penduduk! tengok toilet mereka macam best je


yeah nampak dah tempat nak di tuju


 Jernih sangat aih airrr.. Beracun nih . Ndak boleh makan


Kalau dah air tetiba warna macam ni maksudnya apa ya kawan-kawan?


Maksudnya........kami terpaksalah turun dan tolak bot sampan sebab air cetek. kahhh



Harung air dari paras lutut sampailah kaki sentuh pasir darat sambil tengok hidupan laut yang sangat2 cantik


Sambil jalan sambil kutip tapak sulaiman ni. Kata Sabri - tapak sulaiman ni akan makan sisa-sisa ikan kecil yang dimakan oleh ikan yang dia pelihara tu. Yang aku faham - tapak sulaiman ni akan berfungsi sebagai majlis daerah la kan?


Rupanya kami menyinggah di Pulau Matabuan. 


Tenang sangat masa duk termenung bawah ni sambil makan kudap-kudap tu. Aku rasa orang sini memang sikit pun tak fikirkan masalah negara =="


Eh, itu pulau ke? bentuk muka manusia. Ya kata mereka : tepi tu Pulau Bodgaya. Oh ya, belakang pokok ini kami ada jumpa kubur pelauh siap pakej bendera putih + merah lagi menandakan berapa ahli keluarga yang sudah meninggal di tanam dalam satu lubang. 


Bila di belek-belek balik dalam SD card rupanya ada gambar Pulau Bodgaya yang diambil dari jarak jauh. Dan, sebenarnya kalau gambar ini di snap lagiiii jauh - anda boleh tengok rupa bentuk manusia yang sedang tidur. Mungkin ada kisah di sebalik pulau ini

Tada! ni la rumah pelauh tu. Eh, mende gok pelauh tu?


Pelauh - (Bajau laut yang masih lagi mengamalkan kehidupan nomad di mana mereka jadikan perahu sebagai tempat kediaman mereka - sekejap stay di sini, sekejap di sana yang penting dalam perahu dalam laut) Kata kaknis: pelauh ni naik je ke darat tapi naik untuk minta sedekah hanya untuk beli makan/beras. Tapi kebanyakan golongan muda pelauh ni 'hisap' gam. mungkin untuk hilangkan rasa lapar. Wallahualam apa-apa pun janganlah kita memandang hina pada mereka semua kerana sesungguhnya mereka mungkin lebih mulia di mata Allah. aderrr
Masa untuk balik ke rumah!

p/s: Sekian Finale Part 1 - ayuh ke next entry - Finale Part II :)

January 05, 2016

Part IV : Sabah Bha (Rumah air Pulau Bum-Bum)

 Assalamualaikum! 

Aci tak nak sambung kisah di Semporna haritu? kah kah kah berhabuk siap parking masuk draft lagih berbulan.

Okay, part yang ni nak cerita dan tunjuk serba sedikit kawasan Kampung Labuan Haji; iaitu salah satu daripada kampung yang terletak di Pulau Bum Bum ini. Saya dipelawa oleh kak Anis untuk tidur di kolam (rumah air) milik suaminya. 


Ni haa rumahnya..


Haaaa rumahnya lagi..kalau perasan bawah tu ada pukat kan? haaa bawah tu la kolam nya. Ada ikan untuk di ternak dan di jual.


Sampainya saya di sana dah nak maghrib, malam tu terus mama hidangkan ikan bakar ni. Fresh~ Ada lobster sekoq! Puah hati hoi. Kami main bakar-bakar ni depan ni la. 


Masa ni la saya ambil peluang nak berkenalan semua. gittew aih pi rumah orang kena la keluar rumah. Jangan la amalkan duk rumah orang - berkurung dalam bilik - orang panggil makan baru keluar. Oh please lah! Ni area lapang sebelah rumah, pergh bintang bertaburan dekat atas nuh ya Allah tuhan sajalah yang tahu betapa excitednya aku malam tu hahaha


Pagi menjelma~ haaa masa ni tersalah bangun lewat sebab malam tu husband kaknis bagi pinjam kaknis, apa lagih, pillow talk la. Oh ya, nak cerita,  pengalaman tidur dalam rumah air ni bagi aku menggerunkan jugak la. hahaha sebab masa tidur tu rumah bergoyang dek ayerr laut huih 


Morning dik!


Haaaa lari ya tengok akak pegang kamera..gigih lari ingat aku tak leh snap ke


Agak menakutkan jugak tengok laluan nih, bebudak kecil rileks je lalu, berlari bergurau area nih. Aku jalan macam pijak semut pun tak mati orang kata 


Haaaaaaaaaaaaaaa buat apa teeewwwww?
*Jangan salah sangka ya, ini budak tengah pegang kail, konon nak mancing*


Kak nis kata ni nak buat bilik untuk dia nanti, senang mai kolam boleh stay sini tak berebut bilik katanya


Aku duk bertapa sini je dari pagi tu. ye la, duk menahan nak berak hoi malu segan sekali blup orang nampak taik jatuh bawah rumah kaaaaaah


Okeh tak tahu dah nak buat caption apa, enjoy je lah ya.


SubhanAllah...Allah je tahu perasaan bangun pagi celik nampak laut nih. Bagi penduduk setempat mungkin dah biasa dengan scenery macam ni. Semua family kaknis siap gelakkan aku sebab pelik tengok aku sengih tak berhenti (maksud aku : excited lebih)

Satu lagi keterujaan aku melihat anak-anak bajau laut ni BERENANG~
Yilekksssss je weh.


Aku duduk dekat tangga rumah sekali eh si (lupa nama) ni timbul, lols ada orang rupanya bawah kaki ni  hahahaha mati-mati ingat buaya


Aku harap nanti dia besar............


dan tiba-tiba ternampak gambar yang aku post ni........


janganlah terkejut dan marah. Sesungguhnya akak admire you dik....


dan adik pun pasti berbangga sebab banyak kot gambar awak akak masukkan kat sini haaaaa jangan kalut nak saman lah!


Ajak kaknis, nak mandi jugak dekat tangga ni, mama, si sabri bagi cuma tak dak masa sebab masa ni tengah tunggu bot pam pakcik nak meronda pulau (next entry will be the last part about sabah sorry k, busyyyy tak dang update muaahahaha)


Ok lasttttttttttttttttttttt


lasttttt


Part paling aku duk fikir fikirkan bila tengok keadaan rumah ni ialah ; depa pakai kayu apa ya tahan berbelas tahun rendam dalam air laut tu. Seingat aku, mak sedara sabri bagitahu satu batang kayu tu berharga antara Rm70-80 zaman dulu. Zaman dulu ok? Kalau sekarang tak tau la harga berapa, papehal roger najib k eh eh? Rumah ni dah berbelas-belasan tahun, Ya Allah lama jugak tahan~

Sekian. Tunggu last part ok! Kita update gambor pulau k.