August 11, 2014

Hello August!

Assalamualaikum :)
KAK LONG's day


Through thick and thin. 
We both support each other. We both entertain each other. 
I love you a lot kaklong. We spent endless fun and crazy times together. 
even selalu ngaju sebab perangai tak senonoh kak ngah,
 you are still one of my favourite ppl.
Thank you for being there for me all the time.
You are finally engaged and a step closer to being someone's wife.
I'm Happy for you dear kak long!

p/sssst :

and me? Hehe

still doing the research. Alhamdulillah masih waras.
 (untuk makluman, ke-laut lagi setakat nih)


January 21, 2014


tak nafi perangai anak kedua memang macam tu.
tapi perlu ke sindir setiap hari?
perlu ke bagitahu semua orang?

sebab tu lebih banyakkan diam daripada bercakap.
tapi dalam diam tu, bila bersuara di katanya 'garang'
ok.
aku faham.

Mari mengubah perangai.
Mungkin perlu banyakkan istighfar.
dan suatu hari, mungkin di 'situ' akan terselit satu sifat penyayang.
Mungkin?

Sedih.

January 15, 2014

Dear Self.


Assalamualaikum :)

Dear myself,

" When you have patience, Allah ;
 will beautify your heart with light,
your success with silence and
your tears with smile "

Dear self,

Read journal. Get excited. Force yourself to enjoy 'them'.
Try not to be too down on yourself.
Enjoy the ever-present game of knowing.

GOODLUCK!

Sahabat : Constantly remind yourself that 'there is ease after difficulty'.
These are the Words of Allah. No doubt ;)

p/s: peh, kadang-kadang datang satu perasaan jadi malas nak belajar, semangat nak belajar tu jadi down tiba-tiba. Sah, kena tajdid niat balik nih. Lepas tu datang plak semangat nak belajar atas sebab-sebab tertentu. Sah ada hal yang mengganggu fikiran nih. Ada sebab aku semnagat belajar nih. Punnnnn kena tajdid balik niat. Peh, susah.




December 18, 2013

Sentap!


Bismillahirahmanirahim

Kisah 17 Dis 2013

Pagi :

Pagi tu lepas panaskan enjin kereta terus ke kompleks sukan. Ni dah masuk kali ke berapa entah memulakan aktiviti sebegini. Terisi masa sikit. Ni gak duk layan buku semacea. Bosan jugok. Apa kata sekali sekala buat aktiviti hok kito suko. Dop gitu? Saya lebihkan aktiviti berbadminton + camping + hiking instead of benda lain contohnya jogging ke, gym ke, berlari-lari ke, blerghhhh tok minat beraso. Tok kena nge jiwo ore kato. Ok, Court badminton kena reserve untuk malam ni; 9 hingga 11 malam. OK! Bereh! Settle!

*tiada cerita menarik*

Tengahari :

Mengantuk. Hampar sejadah bawah meja lab.
ZzzzzzzzZ
THORbaik!

Petang : 

pin pin. Dapat SMS dari cik Naqibah (Nina) mengatakan ada usrah. And i feel like erghhhhhh. Beginilah kalau hati tak cukup kuat untuk 'itu'. Susah kalau wujud syaitan jenis jeles dengan kita nak buat benda baik kiri kanan nih. Ceh, setan jugok hok salohnya. Tapi tok leh ngah, dalam nak mentarbiyah hati ni kena lawan perasaan erghhh tu. Jadi, Dengan senekadnya, jom siah gi cancelkan court. Ada usrah, tapi usrah tu ganti dengan program Mujahid Training (Dakwah towards Non-muslim). On sajalah! Bila lagi nak join program-program gini. Lagipun, akhawat sokmo dok cerita pasal ni. Menarik tapi segan nak gi sebab rasa tak layak. Rasa banyak lagi dosa aku yang tak terampun. Sekali lagi rasa macam tak layak! T__T 

Malam :

Jam 9.00 malam seperti biasa, lewat. Gah! gitulah perangai melayu. Haih, bilalah nak berubah kak ngohhhh oiii.. Tiba di sana, seusai berada dalam pejabat Ikram ada satu perasaan yang terdetik 

" Ya Allah, ada Muallaf " 
*sentap satu


Mata melilau cari tempat duduk. Ambil keputusan tuk ambil meja lain. Ok, settle, setting tempat settle. Setting buku pun settle. Ok dah bersedia nak dengar. *bukak telinga luas-luas. Mata fokus on Brother Jay. Tak sampai lima minit duduk mendengar. Banyak persoalan yang bermain dia jiwa dan dalam hati. Dan.....

dan
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
Bro. J ask me to presenting ISLAM.
.
.
.
.
.
.
.
.

APA ITU ISLAM?
.
.
.
.
.
.
.
.
ALLAH!
MENYENTAP!
Islam, tapi tak tahu nak jawab gapo kalau orang tanya pasal Islam.
Astahgfirullahal a'zim *jiwa nangis

Ok reader, i ask you back .
If one of your non-muslims friend ask you about this 
" apa itu ISLAM?"

What will you answer them?
Think about it.



*solat taubat.
T_T



November 02, 2013

" 2017 "


Bismillahirahmanirahim...


Hai cucu nenek.
Saja nok tunjuk kad matrik yang ke 4 / 5 kali heh?


tarikh 2019?

2013 - 23 tahun
2014 - 24 tahun
2015 - 25 tahun
2016 - 26 tahun

wooooo.stop stop
masa ni kena usaha sedaya mungkin dah kot nak habiskan belaja.Tuo doh beraso. Maso ni kalu boleh gak nok bining la ambo nih. wakakaka .Jupo dop lagi calon tahu masa nih. Haha. Dan berharap agar umur masih panjang. InsyaAllah, kalu ado rezeki Grad On Tima (GOT). tapi kalu ado halangea maso depea gak.


Pulun lagi lah setahun tuh


InsyaAllah.
Doakan des.



Siah sokmo wak ayat:

" tahun 2017 = 27 tahun? , jadi gapo ea kito maso tu? "

InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua des kak intan dan Asiah sayang. Ambo beraso gerun sokmo dengar ayat asiah tuh. Raso debar gituuuuu. Allahu. Allah Maha Mengetahui.


Namun, dalam kito dok urus hal duniowi ni, pakat2 lah retek rebut peluang cari amalan nok bawak ke akhirat tu. Jangan hanya sibuk nok kejar pangkat, kejar ore comel-comel, kejar pitis semata. InsyaAllah. Allah tolong sahabat-sahabat ambo sekalian.



Naqibah sokmo pesea (pasal rezeki): 
sebelum keluar dari bilik tu nak ke tempat tujuan masing-masing, lepas siap2 pakai semua tu, ambil wudhu'.
Solat sunat Dhuha 2 rakaat. Mohon doa dipermudahkan urusan. Mohon doa dimurahkan rezeki. Ehem. Mekasih Nina Diana yang banyak membantu 'pesakit' ini. :p
Sekian dari pemilik kad matrik.

'Pesakit ini sedang bermujahadah'.
'Pesakit ini perlu ditarbiyah'
2 Nov 13'


October 27, 2013

Konvo Sahabat

Bismillahirahmanirahim.

Kami minta kepada Allah setangkai bunga segar
Lalu Dia berikan kami kaktus berduri
Kami minta lagi diberi kupu-kupu
Lalu Dia berikan kami ulat berbulu.

Kami cuba untuk meminta lagi.
Kami usaha.

Kemudian, kami sedari
Kaktus itu telah berbunga indah. Indah sekali
Dan kami sedari
Ular berbulu itu pun sudah menjadi kupu-kupu yang cantik. Cantik sekali

Itulah jalan kita.
Meminta dan meminta dengan penuh rintihan
Meminta dengan harapan yang besar
Namun Allah lebih mengetahui jalan apa yang akan kita lalui
Indah masa yang diberiNya.
Sesuai dan Tepat.

Ketahuilah
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan
Kadang kala kita kecewa dengan jalan yang kita lalui
Perbandingan antara jalan kau dan aku
Tapi jauh di atas segala yang terjadi
Dia sedang aturkan yang terbaik
Dia sedang mengatur sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kita.
InsyaAllah.
Yang terbaik.

Asiah dan Kak Tiqah
26 Oktober 2013
Tahniah!
Alhamdulillah!

Kak tiqah : insyaAllah akan sambung di NZ next year.
and three of us : masih lagi berada di bumi UTM.
Doakan Kami.

siah 'menangis'. 


Kisah masing masing

Bismillah

kita masing-masing ada kisah 
ada kisah lucu
ada kisah sedih. 
ada kisah bahagia.
ada kisah separuh bahagia.

yang bahagia dengar kisah orang bahagia dia jadi bertambah bahagia
yang sedih dengar kisah orang bahagia dia jadi mengeluh
yang sedih dengar kisah orang yang sedih dia jadi "ehhh,kisah kita sama"
yang bahagia dengar kisah orang sedih-sedih dia jadi bersyukur
Banyak episod.
Banyak episod
Banyak episod
Dan tak pernah ada endingnya.

Kadang-kadang hati kita ni mudah jatuh cinta dengan makhluk Pencipta,
Tengok kiri errrm good looking
Tengok kanan Waaaa solehnya
Tengok depan Ehem Hensem
Tengok belakang errrm Comel
Mudah sangatnyaaa la nak jatuh hati.
Mudah sangatnyaaa la nak berkenan.

Tapi bila.
Bila

Hati kita dah di usik
Mudah sangat beri harapan pada mereka,
Mudah sangat percaya bisikan manis syaitan 
Ya tak nafi.
Perasaan rasa dikasihi itu indah.
Perasaan rasa disayangi tu indah.
Perasaan rasa dihargai itu indah.
Betul.
Kita perempuan dan kita yang merasainya.
Tapi realitinya hati kita akan merasa KECEWA atas sebab cinta yang sia-sia ini
(i means ; cinta yang belum Halal. Jangan aim guwa anti-cinta pulak. Ehem)

Sahabat : Bila berlaku pertembungan cinta Allah dengan cinta pada makhluk
maka cinta Allah yang patut dimenangkan :)


September 22, 2013

Menjauh


Sejak menjak dua tiga menjak ni
Ramai kawan kawan menjauh. 
Sorang sahabat baik sekarang dah tak ambil port sangat dah
Call tak angkat
Call- tak return call balik dah
Ok fine.
Busy.

Sorang lebih kepada ngajuk
Puah ngajuk cari aku balik ya
Ok fine.
Perasaan aku jah

Sorang lagi macam tak mengalu alukan kedatangan aku
Jumpa di satu 'tempat' tu
Buat derk jah
Rasa macam tiang batu
Sebesar besar aku ni boleh dia wak derk je
Menitik air mata .
ok fine
Mata rabun.

Bersangka baik ngah des?
ok.
- Be strong

September 05, 2013

A new journey begins.

Bismillahirahmanirahim.

Sorry dear self.
 I am totally ignored my blog after these three month.
and now i'm here.
continue it all.
 writing all these things when - me is free. 

2 September 2013.
The day i came and i stand here with no doubt.
I've made a big decision in my life.
Very risky.
But for sake of my family and myself.
I accepted this challenge.
#BelievethatAllahwithme

I'm really passionate at first.
But then, once i walked in to the SPS's building
i felt so afraid, scared for sure and 
having a mixed feeling that i can't express 'em here
feeling like wanna going home.
sighs.

Some friends text me
 wish luck and do pray for my study here as a new student
*haha 1st year student yang tua. kah kah kah
and tak kurang juga yang tahap menyakitkan hati
wasap, text and fb chat. oh pls.
Pray for me first la then after this nak mengayimm ke ngajing ker.
sila lah. ambik belaka. 
Kucing rimau gajah lembu boleh.silakan.


Some students ask me what i'm going to do after this
And they frequently text me : "teacher pindah sekolah mana?"
I feel like urghhhhhhhh.
Let me calm down first boleh?
Dah la sedih tinggal anak lelaki anak perempuan di situ.
Dok ralit SMS saya lak.
Sedih jiwa perempuan nih

For the first week,
 i feeling like doing nothing.
Back to normal life in campus, 
lying on bed doing 'air liur basi'
lying on bed watching movies
lying on bed melayan perasaan 'homesick'
lying on bed thinking about 'friend's att'
wuuuuu
relaks dop? hehe
Lek ah lek ah.

Ok, times flies so fast.
Nobody likes to fail.
I want to succeed in everything I do.
But the thing that i'm really passionate about,
if I fail at those stage, means if i'm not successful,
What do i have?
Would u LAUGH at me?

oh, i couldn't think about this actually.
Wooo, never ever happened after this.

Oh Allah, I know that I will be better here
You puts me here again. 
I know You have your own reasons.
I just need to follow the path.
Allah, guide my ways
I want to be a good daughter to my parent
I want to be a good student to my supervisor
I want to be a nice person and being loved by everyone

Make me strong.
New life begins.
Bismillahirahmanirahim.



Regards,
kak ngah
5 Sept. '13

July 25, 2013

The Best Love


Assalamualaikum
Ehem ehem.
Betulkan anok tekok sikit.
Beraso malu jah nok post pasal nih
tapi takpo des.
sekadar renungan bersama


Kata mulut :
 Nok ngaji perabihhhh lu sedak

Kata Prof Muhaya :
Usai baligh, biasanya pada umur 15 tahun, dah boleh ajar 
anak-anak berdoa untuk ringankan jodoh 

Kata mata : 
Allah, semat teh *kecek dale hati (puji sikit jah, pah wak lolok paling tah kelain)

Kata hati : 
Ya Allah, jodohkanlah aku dengan jodoh yang telah engkau tetapkan. 
*di dalam sujud terakhir.

p/s: Cikgu ada sebut pasal kata Prof dalam kelas, 
kata mereke " awal teh cikgu nok doa ". 
Hmmmm. They know nothing =="

But guys remember one thing, No one is perfect. Only Allah the Perfect One.


Cuci


Kain dah kena lumpur sekalipun, kalau di sental tetap cuci jua

Baju dah kena jelaga hitam sekalipun, kalau di sental tetap cuci jua

Kereta dah kena 'selut' bagai, kalau di sental tetap cuci jua

semua jenis benda, kalau daaaaaaaaaaaah di sental tetap cuci jua.

Rabak.

Begitu jugak dengan Hati

Hati kalau dah hitam, boleh jadi merah kembali.

Percayalah.

Dengan izinNya.




July 08, 2013

Wordless


Hidup ni kena wak 'bijak pandai' la bokali

ibarat gini deh

ado gunting

ado jarum

ado mesin jahit

ado pembaris segi

ado ukuran

ado kain pasang

tunggu nok jahit jah

dok hidang belako doh depe mato

tapi saye,

so jah hok tak dop

KEMAHIRAN.

tok jadi kijo jugok

ikut mu la.

sincerely,
kak ngoh '13


July 05, 2013

Ada Sebab


Assalamualaikumm :')

Kiah dan Senah saling berpandangan.
Sengih dan angguk.

Amboiiiiii kau senah, busy memanjang
 sebulan sekali hapdate blog

kata Kiah kepada senah.

Senah senyum.
*jari telunjuk menghala buku nota

Senah tanya : 
" eh, kau pernah dengar ayat ni? "
 *copy dan paste kan.

- ada sebab Allah hadirkan seseorang itu dalam hidup kita. Sama ada
dia mengubah hidup kita atau kita yang mengubah hidup dia -

Kiah baca.
 Kiah senyap.
Berfikir.
Entah.
Macam pernah.
*Dalam hati

Kiah related kan dengan diri sendiri
Mengeleng-geleng dan kepala
Bodohnya
Malunya dengan diri sendiri
Malu dengan Allah
Kiah kata kalau boleh nak deletekan semua
 'video kebodohan' yang kadang-kadang datang menari-nari dalam minda ni
Allah.
Malunya.

Selama bertahun-tahun dia jaga dirinya.
Pantang itu.
Pantang ini.
Berjenis pantang larang dalam hati.
Masih lagi berpantang melawan 'nasihat' syaitan.
Huh

Tapi hanya dengan satu hari yang tak dijangka berlaku,
hati sang kumbang terpikat pada hati sang bunga
*syaitan bersorak kemenangan
sang kumbang memulakan langkah 'syaitan'nya
sms tak kira masa
kata-kata manis dari sang sweet talker si kumbang bertaburan
Bodohnya sang bunga apabila tergoda dengan kata-kata nista sang kumbang

Maka, langkah kedua dimulakan
makan diajak berdua, minum diajak berdua
*huh. sudah tidak pandai berdikari
segalanya perlu berteman

Tersedar.
Pipi ditampar.
Angin dari malam yg sunyi datang menyentak jiwa
Hati Sang bunga mendapat 'jentikan halus' dariNya

Allahu Rabbi.
Dosa.

Kiah melempang diri sendiri.

" Nasib baik cepat tersedar. "

dan Senah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

*********

p/s : dia dihadirkan oleh Dia atas sebab untuk mengubah hidup dia.
Allah !

June 21, 2013

Benda paling susah kita nak buat.


Assalamualaikum.
*Baca Bismillah

21 Jun 2013
Cuti dan Salam Jumaat.
dan ketika ini masih lagi menjadi seorang 'cikgu ganti'.
Rezeki belum sampai.
Ada sedikit perasaan halus; 'jeles' dengan sahabat lain
mungkin rezekinya 3,4 tahun lagi.
Doakan ;)

Cerita saya: Selasa 18/6/13 

Ada kelas pagi 740-900
F1 
Tiada yang menarik. Pembelajaran diteruskan seperti biasa. Cuma ada sesetengah pelajar yang sangat main-mainkan kelas ini. Ya, pelajar yang sudah berjaya memegang rekod digantung sekolah selama dua minggu di atas kes-kes tertentu. Bayangkan anda sedang meng'handle' pelajar begini *perempuan. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tiada langsung rasa hormat. Ahhh, sakit kepala.
[memang mengikut kajian, pelajar di umur 13-16 sangat memerlukan perhatian keluarga. Saya ambil pengalaman ini sebagai satu cabaran.  Cabaran untuk saya mendidik anak-anak suatu hari nanti.*peh] 

Kelas tamat.

Meluru dan berlari-lari ke kelas lain 900-1020
f2 (kelas kelima)
Tarik nafas. Bermotivasi sekejap. Bercerita pasal kejadian yang menimpa pelajar tahfiz. Tajuk akhbar "otak segar seperti hidup" .Keadaan kelas sunyi sepi. Bayangkan kelas kedua terbelakang sunyi sepi dok perhati cikgu dia bercerita. Mereka berfikir barangkali. Saya pun terpesona dengan kuasa Allah, apatah lagi mereka, kan? 

Tiba-tiba bunyi bising dari kelas sebelah. *kelas f1 yang saya ajar tadi

Sah.
 Pelajar bermasalah tadi diserang hendap oleh cikgu displin.
 Senyum.
 Terdetik dalam hati *padan muka.

"cikgu, kelas cikgu tu dop?"

"gelenya puok yo tu cikgu, gelenya"

"ambik noookk muko, keno dohh"

*saya senyap.

"Cikgu, tokleh wak bini tu budok gitu tuh"

*saya sengih. baru nak buka mulut tiba-tiba :

" mano buleh royak gitu weh, tok baik,
 kito tok tahu masa depe dio rano cikgu dop?
kaba2 nati nya beruboh, molek pado kito.
kito tok tahu. yolo dop cg? " - s

Allah.
Raso nok jerik selaluh situh.

Husnuzon. 
Benda paling susah kita nak buat


[ p/s: *S, pelajar baru. Muka ala gangster.Mata cantik. Mula2 tengok, terdetik dalam hati "Allah, mari hok gini lagiiihhhh". Selepas diperhatikan, budak ni sangat menghormati cikgu. Rajin buat kerja sekolah. Rajin. Dan sangat suka memarahi rakan-rakannya yang tak hormatkan cikgu. Saya banyakkan berbual dengannya. Allahu, rupanya pelajar pondok ketika zaman sekolah rendah dulu]

May 28, 2013

My Precious Students - 2A


Assalamualaikum.

to you
sorry for annoyed u with all my post here
all of these entry are something quite important to me
something that i'll never forget
something that i'll remember it back one day
so, i do this
remember things by writing down here
and for sure 
i will miss 'em
and i know i need to remember it
so please, 
love my entry as u love me. *wink
the moment after Muaz gave me a cute mute cupcakes. Thanks :')


Fakhri? He's a shy person. Tambah lagi dok tepi Dinie.keh3

Caption to me their name please?hmmmm

Amira iryani, Aqilah, Fasiha Nabilah n me. Sporting! like.

During PnP 2 pm to 3.20 pm. *tabur gula-gula 

before PnP: allowed 'em to pray first and rest with their 'air tea o beng'

*alahai, i never thought that they loved me this muchhhh

i have another 3 classes actly.
But later la eh?
i boring i tulis2 lagi.
Thanks Allah for all of these 3 months memories.


So, thanks for all of u dear students.
even i am only your replacement teacher there,
but your cooperation and your attitude tell me everything.
i wish and do really hope.
I'll meet all of you again if Allah let me :')
2013 in memory.

p/s: kembali membaca buku-buku yang terbengkalai di ghummmaaaahhhhhhhh. aaaaaaaaaaaaaaa

May 20, 2013

Yakinlah denganNya.

Assalamualaikum.

" Alhamdulillah. Terimo kasih la belako-belako des. "

Perkataan --> Alhamdulillah. 

Perkataan yang sangat sangat nak menunjukkan bahawa kita
 ni bersyukur sangat sangat dan sangat kepada Illahi. Tapi....

Ketahuilah bahawasanya, ada jugak rupanya yang jelik dengan perkataan di ataskan?
 Ya la, saya pernah terbaca status salah seorang 'rakan' ni di facebook, 
ayat lebih kurang macam di bawah.
 (**didelete oleh beliau setelah sejam di post dan 
selepas beberapa minit saya mengelikenya. Ehe**)

" Alhamdulillah sokmo. Belajar tinggi-tinggi tapi masih lagi menganggur. 
Buang masa buang duit. Eleh "

Erm, terfikir dua tiga jenak. 
Peh Peh Peh. 
Tajam ayat demo boh. 
Tuju untuk diri sayakah?
Rezeki masing-masing.
 Saya yakin dengan jalan yang sedang dilalui ni.
 Boh, tolong lah yakin dengan Allah!
 Allah dah tetapkan jalan cerita setiap manusia. 
Allah dah tetapkan jalan cerita saya.
Allah dah tetapkan jalan cerita awak.
Allah dah tetapkan jalan cerita kita.
Selagi ada daya usaha nak berjaya, go ahead la. 
Tolak perasaan dengki tu. I trust you! Come on la. 
Hmmmmmmmm
Tutup cerita. 

| Nah, saya google khas untuk awak. Baca ni |


Sedih.
 Positif la sikit.

May 13, 2013

Konvokesyen ke 50 :)


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Segala hasil usaha titik peluh ke sana ke mari dalam usaha menyiapkan thesis sekian lama dahulu akhirnya telah membuahkan hasil. Bukan setakat peluh, ayaqqq mata mengalir laju jaaaa time kena sembuq! Oh, kenangan manis sungguh. Suka. Itu saja perasaan yang mampu diungkap buat masa ni. Nenek (mek) berulang kali dok ulang ayat:
" Smetanyooo kak ngoh, mek ingat kea lambat lagih "

Tu la mek, kak ngoh pun ingat kea lama setahun setengah tu.

7 May 2013. 
3rd Convocation in life.
Dewan Sultan Iskandar.
Here we areeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ^_^

Coursemate yang sangatttt baik dalam bab perkongsian jawapan assignment :p

Sahabat-sahabat yang datang menabur hadiahhh untuk kami. hahaha.

i miss them. a lot.

Be end. eh?
Tahniah kepada yang dah dapat kerja, yang dah dipanggil interview oleh pihak-pihak tertentu, tahniah kepada yang bakal berkahwin; Kak Tiqah comel comel hujung bulan enam ni. Tahniah kepada yang bakal bertunang Cik J... hujung bulan lima ni. Tahniah kepada yang bakal menghabiskan master mereka pada hujung bulan lima ini juga. InsyaAllah, saya doakan kamu semua ya. Especially, kak tiqa, asiah sayang, jah sayang dan syera sayang juga :) 

Kepada Nab, Azie, dan Yun: Saya juga mendoakan anda semua. Semoga scroll PhD yang diidamkan bakal ditawan oleh anda semua. InsyaAllah! :)

Kepada sahabat baik, Idil Farhan dan Fara Azrin: Idil, semoga beroleh bachelor yang diidamkan. Put a high trust on Him. Fara, selamat menempuh alam final year ya. Sikit jah lagi. Final year examination then Presentation andddddd DONE!

dan kepada kamu-kamu juga: Semoga berjaya! 

UTM, i will be backkkkkkk sooner or later.

p/s : Tahniah kepada diri sendiri yangggg masih lagi menganggur T_T.  Eh, ada cerita hot. tunggu ya.

May 12, 2013

Educated Ducks!

Assalamualaikum!

I just wanna share the only one pic that really rare :P
Hahaha
a group of educated Ducks
"Quack!", said mummy duck.

i found this 'rare' pic from  -UTM' fb
caption as:

" Cute!! The ducks were crossing the main road.
Luckily UTM traffic staff was there to help "


Itik ni la yang suka dok menari-nari dalam tasik UTM
Itik ni la yang buat aku tiba-tiba rindukan mijah. Jahhh :'(
Itik ni la yang buat aku rindu UTM.
Itik ni jugak la yang aku pernah nak langgar otw nak pi jusco
Itik ni jugak la yang buat aku lagi bertambah yakin dengan keEsaan Allah

Allahu Rabbi :')

p/s: Kemana hala tuju saya ni sebenarnya?