Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

November 06, 2014

Perjalanan

Assalamualaikum :)
Sem III (Sept-Jan '15)


Assalamualaikum. Hari ini entah kenapa tiba-tiba semangat nak menulis blog tu datang. Blog ini di privatekan buat sementara waktu . Ketahuilah tak semua benda perlu di hebahkan. Wah, rindu menulis di sini. Sangat :)

 Mungkin saya agak lama tidak menulis kot atau mungkin terlalu 'lagha' dengan benda lain? Maksud saya.... 'lagha' dalam dunia research. Di saat sedang menulis ini, saya sekarang sudah berada di Sem tiga. Sem kekalutan. Sem tiga yang penuh debaran. Akhir tahun 2014 ini saya bakal menghadapi satu cabaran yang sangat mendebar. Saya seorang yang cepat cuak dan berdarah gemuruh jadi sudah semestinya 'Defend Proposal' ini agak menganggu fikiran. 

Rindu. 

Ketahuilah.
Zaman master dan zaman phD sangat-sangat-sangatlah berbeza. Berbeza? Ya sangat berbeza. Dulu masa master i do taught course bukannya research. Susah wehhhh. Dapat grade C di kira FAIL. Masa tu agak meroyan jugak la. Ditambah pula dengan masalah peribadi (kes curang nak, kecewa mak) hew hew hew tapi masa tu rasa dah mature sikit; semua benda Allah dah takdirkan ngah - Alhamdulillah i pass my Master (May 2013)  

Sejujurnya saya agak tak percaya yang saya kini diperingkat ini. Mungkin berkat kata-kata ma dan abah. Masa kecik2 sehinggalah ke peringkat bachelor abah dan ma memang 'sokmo-sokmolah sebut ngaji pah ke phD ngaji pah ke phD'. Alhamdulillah here i am. walaupun dalam negara sahaja tapi itu dah cukup buat saya bersyukur. Bersyukur kerana terpilih untuk mencari dan menggali lagi Ilmu Dia. Allahuakbar

Part penyesalan yang tak ada kesudahan:
[perlu saya lakarkan di sini, semoga suatu hari nanti saya akan baca]

Sememangnya saya agak 'lost' masa Sem I (Sept-Feb'14)  dan Sem II  (Feb-June'14) Percayalah sem honeymoon ini akan dialaminya oleh anda juga suatu hari nanti HAHAHAHA. Pemilihan scope of study yang sangat confuse. Sem I seingat saya fokus research saya ialah 'Fanno Flow'. Peh, agak mencabar disitu kerana saya perlu memahami konsep-konsep yang berkaitan. Kawan makin hilang, Fokus makin hilang dan habuk pun tarakkkkkk hahaha. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan research tersebut atas faktor- faktor tertentu:

 Kurang rujukan
  Tiada expertise di dalam UTM untuk rujukan
 Senior kata susah
 KE AKU HOK TAK FAHAM?? :P

Satu sem dibazirkan begitu sahaja. oh rugilah kamuuuuuuu~

p/s: pesan saya kepada anda semua, nak sambung belajar tu biarlah terus ada research gap yang anda nak fokuskan. Jangan jadi macam saya, terkial-kial  meraba-raba blur kelipah kelip pah. Hehehe

Sem II
Saya mula membaca dan membaca scope study yang diberi oleh Dr (supervisor yang sangat muda dah beranak 4 <--- jadikan sumber motivasi yuk!) Dalam tempoh yang diberikan ini, Demi Allah! sepatah haram pun saya tak faham. Tapi saya kuatkan juga semngat untuk terus membaca, mengkaji dan memahami ilmuNya ini. Jujur saya katakan, pembacaan literature review  itu sekadar selingan meniti hari-hari yang kosong sahaja. Bukan mudah nak berjaya ngah, setiap kali saya dalam 'kebluran' saya tanamkan dalam diri dan saya 'keep' bisikkan sedalam-dalam sanubari saya


"moga-moga apa yang aku baca ini memberi
 manfaat kepada ku kelak Ya Allah" 

Pembacaan diteruskan.
Pemahaman diteruskan.
Literature Review diteruskan.

Sem III

Kekalutan mula terasa. Proposal kena submit this end of November '14. Hah! grrrrrrr mulalah kalut. Sebelum nih kemain balik kelate sokmo, meroyan, jalan-jalan dan sebagainya lahh. Banyak sangat benda nak kena settle. Semua benda jadi serba tak kena. Mulalah rasa nak kerja lah, menyesal sambung belajar lah, menyesal main-main masa sem I dan sem II lah urgh rasa demotivated yang teramat. Tambah pula sahabat-sahabat disekeliling ada yang nak beranak, ada yang nak berkahwin dan ada yang nak nak bertunang peh lagi lah 'perasaan seorang perempuan' tu tak dapat digambarkan KAH KAH KAH 

 Hamizah's big day :)

Literature review perlu ditambah. Saya sebenarnya buat masa sekarang sedang mengalami 'kekonfiusan'. Math Fluid Mech Thermo CFD semua nak kena hadam. Takutnya Ya Allah. Saya pujuk hati supaya sabar dan teruskan perjuangan ini. Rutin harian bermula. Ternyata dan terbukti apa yang saya baca dalam keadaan blur sem lepas dan tok tahu gu satu itu sedikit demi sedikit membantu pemahaman saya sekarang. Alhamdulillah. Allahu..... Kejayaan tak datang bergolek ngah, lelah sekarang senyum kemudian. Allah kan ada. Allah ada. Allah ada ngah.

Kata ma :

 " Study lah, Allah tolong eh. Ma doakan"

Kata SV:

" Dhuha, Tahajud, Usaha, Tawakal"

Kata abah:

"Angah boleh."

" Kadang - kadang 
perkara yang kita rasa kita tak boleh lakukan / tak mungkin dapat
 insyaAllah ia pasti akan berlaku jika Allah izinkan " 

dan

" Kadang - kadang
 ada yang merasakan 
 kita rasa kita akan lepas, akan berjaya
andai kita bergantung dengan kemampuan diri sendiri,
 Tapi sebenarnya,
 apabila Allah yang menakdirkan untuk kita urusan itu,
 ia jadi tersusun indah "

Selit namaku dalam doa mu :*

baru lepas baca blog orang yang baru lepas viva voce.
doakan saya juga sempat  merasai 'perasaan' itu 
Ma abah, angah perlukan semangat.

Regards,
Kakngah.

November 02, 2012

Musim Membina Masjid


Assalamualaikum wahai ahli blogger sekalian.
Bajet ramai

eh, tak up lagi follower?
kikikiki
tak pe. Jangan bimbang Kita tengok isi, bukan tengok follower.
Sobs
*tarik hingus

Alhamdulillah.

Barakallah kepada salah seorang sahabat saya Nurainie dan pasangannya Hafis. SubhanaAllah, cantik sangat Ainie di hari bahagianya. Hati ini sangat gembira. Lama sungguh tinggal zaman persekolahan. SPM 2007 di Mrsm Kuala Terengganu. PMR 2005 di SMK Kandis dan UPSR 2002 di SK Kandis. Lama. Sangat lama. Hati mana tak rindukan sahabat lama. Mereka la 'penguat' dan 'pemberi' semangat untuk saya lebih belajar dan lebih memahami tentang diri ini.

Boleh saya review pasal zaman belajar dulu? ermmm. Sikit saja. Boleh kan?

|| 2005 ||

Beberapa bulan lagi nak menghadapi peperiksaan PMR. Tinggal di asrama even rumah hanya beberapa kilometer sahaja dari sekolah. Sigh. Kena paksa ke eh? Lupalah pula. Kelas di asingkan. Dulu kelas 3 Cemerlang di kawasan sekolah, tapi selepas di atur naik turun pencapaian, about 20 orang (kalau tak salah saya la) di pindahkan di kawasan asrama. 3 Super nama diberi. Eceh, masa tu rasa macam ahhhhhh, tersisihnyaaaaaaaaa. Actually, betul-betul depan Dewan Makan. *errrr, no wonderlah dulu saya gemuk kembung macam belon. Eh, plus dengan tak cukup ketinggian. Cuba bayangkan? Blurpppp. 

Dorm atas kelas. Sangat bahagia. Kadang-kadang siap tidur dalam kelas lagi. Selesai mandi pakai baju sekolah, terus turun. Kasut sekolah di bawah, stoking? Dalam laci. kikiki. Sebagai persediaan sebelum cikgu Azizah masuk. Cikgu Azizah mengajar matematik tak silap. Garang. Dulu agak menyakitkan hati bila dengar dia dok berleter. Sangat kuat berleter. Tapi, bila dewasa kian memunculkan diri, saya rasa bersyukur kerana dikurniakan cikgu Azizah. Duduk di bahagian depan, saya ambil berkat 'air liur cikgu2 yang mengajar'. Itu pepatah yang dikeluarkan oleh salah seorang kawan saya, Enny Kaizzah namanya. Haha. Nakal. Sangat. (eh, kisah depan kedai gambar Jelawat sangat rare. Itulah dinamakan takdir. Dah nama jodoh. Ikuti kisah Enny dan tunang next post *lepas majlis akad dia saya postkan*. Kenapa rare? Adalahhhhhhhhhhhh)

Eh, panjangla pulokkk. Nak review sikittttttt je lagi eh. hihi. Boleh je kan? 

Nak dekat PMR. Tak silap saya, ada sedikit salah faham yag berlaku. Apa ya? Saya lupa atau mungkin saya tak tahu apa puncanya. Hmmmm. YA TAHU dan LUPA. Saat ni saya rasa macam sangat dipinggirkan. Tiada kawan yang nak berkawan. Tak silap saya, yang masih sudi berkawan ialah Enny, Hajar, Ain dan Mariana rasanya. Yang lain? Tak tahu. Saat ni, saya setiap minggu akan ponteng asrama, setiap selasa saya akan balik. Ma abah perasan. Alasan saya, ' study kat rumah lagi best '. Senang, mudah dan padat. Padahal, tak selesa dengan situasi di sana. Mungkin ada salah saya di situ sebenarnya lalu ketidakpuasan dihati muncul dan mereka tidak menyatakan apa yang terbuku dihati. Susah. Ini kisah zaman sekolah. Forget the past? NOPE! They bring me a spirit and i gain that from the past. 

Doa saya masa tu sangat simple. Moga dipermudahkan jawab PMR dan saya sangat-sangat bermohon kepada Allah agar dapat tawaran belajar di mana-mana asalkan dapat keluar dari sekolah itu. Sampai begitu sekali penangannya. Masa tu rasa macam, 'buat apa saya masih disini andai semua orang dok cara hal masing masing?' 

                                                         ||2006||

Mrsm Kuala Terengganu. Akhirnya. Alhamdulillah. Sangat bahagia dapat surat tawaran itu. Sangat bahagia.  *Bahagia kot celah mana tak tahu la. SeSEM doh mengamuk nak balik, Pointer kecundang, nasib di paras tiga lagi. Fara setia sampai saat ini jadi tempat penadah air mata* Terima Kasih Fara. Oh ya, Selamat Tinggal sahabat sekolah lama dan dalam hati berharap agar semoga dengan pertemuan beberapa tahun nanti, sisa sisa kebenciaan itu akan lenyap dibawa arus masa.......... ( titik titik titik dan tiitk lagi )

                                                          ||2012||

TADAAAA!

All gathered here!*ada yang tak attend

Ck dan Hajar


Nabila,  FaraAzrin, Ck, Mira, Jue, Sue
Cotek, Yana and Hajar

EH? kikiki
Memories always remains
**********
Status Fara : sedang mencari calon. kah3

Adik kata Ck macam Princess. Wah, mungkin dah tak lama tu

Cikgu Nabiela :
Seriusli, saya mungkin akan ditembak jika dia tahu kewujudan blog ini.

 We are here on this speacial day and we gathered here to celebrate u, Ainie.
We ask Allah to make your love Last Forever.
InsyaAllah.

P/s : Janggal. Itu sahaja kesimpulan yang dapat diberikan. Saya cuba senyum kerana merekalah saya di sini. Doakan semoga sahabat-sahabat bertemu jodoh dari kalangan yang baik-baik. Eh,  doakan saya juga. Dah bersedia nanti datanglah jemput bidadarimu ini dengan cara Halal ya? InsyaAllah.

wakakakakaka

June 09, 2012

Mabrouk Dearest Cousins!


Waaaa. Alhamdulillah
Nampak gaya kiri kanan depan belakang semua dah sampai seru.
Tahniah!

Belarok 28/5/2012

The close One 2/6/2012

haha.
Tahniah Semua.

Semoga rumahtangga yang dibina ini diberkati olehNya.
Sabar itu penting.

Mohon doakan kami (yang single trang tang tang) ni jugok

Do pray.
For those what He Planned.

chow.
I'm Doing nothing.