Showing posts with label first stage. Show all posts
Showing posts with label first stage. Show all posts

January 19, 2015

Proposal Defence Done!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Itu sahaja mampu diucapkan buat masa ini. Pengalaman merangkak secara perlahan mencari ilmu ni akan tersimpan dan tersemat dalam jiwa selamanya. Alhamdulillah berjaya dengan jayanya membentangkan 'research proposal' pada 14 Januari 2015, Selasa yang lepas. Pagi selasa tersebut saya bangun dalam keadaan fikiran yang agak membingungkan memandangkan sebelum tidur banyak ubat yang perlu di telan (rujuk entry bawah ya) dan pagi saya agak PENING. haha

Pengalaman berada di bilik Viva tu, tersangatlah sempoi. Saya tiba di bangunan T05 bilik Viva 4 tepat jam 8.30 pagi dan terus menuju ke tempat persiapan bahan. Pada mulanya saya agak keliru bila melihat keadaan susun atur meja di antara presenter (saya) dan examiners (Dr.M  dan Dr.Z *tak mau letak nama penuh takut depa google nama sendiri :p ) Agak lama jugalah saya memerhatikan keadaan sekeliling memandangkan macam tak logik je takkan nak dongak all the time kot dah la masa tu kepala masih ting tong. Sepanjang menolak-menarik-menolak-menarik meja, kerusi, dan PC di situ, banyak kali jugalah rasa nak pitam tu datang. Tapi saya banyakkan berselawat dan bertawakal kepadaNya moga rasa pitam tu hilang. Allah masa tu perasaan rileks je lagi hehehehehe


Di pendekkan cerita, Dr. Z datang dan menyapa. Ayat pertama beliau ialah,


" awak ya? untuk proposal nih kita tak hentam-hentam sangat jangan risau
saya ingat ada lec lain take over, tup2 tunggu saya rupanya
awak present kejap lagi, buat saya faham ya
saya faham dan ok it's done"

Sementara menunggu Dr.M tiba, kami berborak pasal banjir dan isu semasa. Peh, berilmiah betul. Saya dapat rasakan Allah sememangnya tak wujudkan langsung perasaan berdebar tu sehinggalah tibanya Dr. M tepat jam 9 pagi. Masa tu muka terus bertukar cuak dan mereka gelakkan saya haha. Sejurus bangunnya saya menuju ke PC, Allah hilangkan perasaan berdebar tu dan pot pot pot pet done.

Sesi Q&A berjalan dengan sempurna dan ya, inilah presentation pertama saya yang tiada debaran langsung. Allahuakbar mungkin berkat doa kalian semua dan juga berkat doa yang selalu saya amalkan sejurus selepas melangkah keluar dari pintu bilik di kolej. Banyak suggestion dan tips yang berguna di berikan oleh Dr. M buat saya. Rasa seperti seorang anak sedang mendengar nasihat dari seorang ibu dan ayah pula ;) 


Alhamdulillah! yehaaa
Oh ya, di bawah ni doa yang boleh diamalkan oleh korang semua. InsyaAllah, Allah jaga sepanjang perjalanan kita walaupun perjalanan anda tu hanya sekadar lima minit. Saya mula amalkan doa di bawah selepas mendengar ceramah mengenai santau (kalau saya tak silap la) oleh Ustaz Sharhan Shafie di suatu ketika dahulu. Kata ustaz, langkah sahaja kaki kamu keluar dari bilik/rumah teruslah recite doa tersebut. (sumber lain : recite doa ini tujuh kali tanpa ada gangguan). Apa yang saya lakukan ialah recite doa ni sampai tup tup senyap tak tau berapa kali ulang. InsyaAllah, Allah jaga kita.



erm, yang ada kenderaan tu, recitelah doa naik kereta dulu ya :)

p/s: Dr.M pesan writing tu mula dari awal, kalau boring buat coding, terus writing. At the end, bila someone tanya tengah writing, you boleh jawab, TAK TENGAH EDIT JE. Ya Allah sesungguhnya jauh lagi perjalanan saya. Coding pun belum mula lagi. Aaaaaa scarynya makkk.

Regards,
Kak ngah masih muda.

Ujian olehNya sebelum datangnya nikmat :)


Assalamualaikum :)



Hari ni dah 19 Januari tapi takleh move on lagi fikir pasal apa jadi lagu tu hari Ahad 11 Jan lepas; beberapa hari sebelum nak bentang proposal. Pelik tapi benar.

Ahad lepas asar mula pening dan rasa nak pitam. Gagahkan diri pergi toilet nak ambil wudhu' bimbang kalau tertidurkan kelaut asar. Ambil wudhu terus duduk atas katil, kepala berpusing semua benda bergerak. Rasa ok, terus solat (Allah masa ni barulah rasa bersyukur sangat masa-masa sihat dulu) sujud je nak bangun saya boleh rasakan saya pegang dinding. Allahu..

Isnin subuh. Lagutu lagi. Ambil keputusan nak gagahkan diri ke klinik sebab fikir esok (selasa) nak present. Gagahkan diri ke toilet dan pitam dalam tu dalam sejam jugok berhibernate dalam toilet. Sumpah memang tak larat nak panggil orang lain sebab rasa khayal, loya dan berpusing. then, bila dah rasa ok, ajak sarah tolong drive. Sumpah rasa nak tumbang je, sepanjang ke klinik tu tak rasa apa, tup-tup dah sampai klinik. Terima kasih sarah, Muah! At last, tu tu haaa nurse paksa tidur lepas bagi ubat. Tapi masa tu, saya banyak duduk sebab semua benda rasa bergerak. Isnin saya hanya berlalu begitu sahaja. Makan ubat macam dah overdose. Banyak betul. 


Ujian sikit je ni ngah oi. Ingat semua, setiap ujian yang Allah beri pada kita ni boleh jadi nikmat kepada kita dan kena tahu juga, setiap nikmat yang Allah kurniakan pada kita juga boleh jadi ujian bagi kita. Hati-hati noh :p

Regards,
kak ngah.

December 16, 2014

Counting the day tik tok tik tok

10 December 2014

Berjaya menghantar proposal untuk my first stage 23 December nanti. Dua spiral bound berjaya di hantar. Alhamdulillah! Berkat doa ma abah setelah berhempas pulas nak faham, tulis dan fikir akhirnya berjaya dihantar. Berkat teka-teki Idil pun ada termasuk sekali (Somad u should know this, terimo kasih banyok saem terimo kasih). Doakan saya sahabat untuk 23 Dec nanti. Tipulah kalau saya kata saya tak berdebar dan cuak. Maaa serius takut! Berdebar sehinggakan dalam masa dua minggu saya berjaya hilangkan berat badan sebanyak 2 kilo (2 kilo ni dah di kira banyak ya anak-anak mama sekalian). First timbang 48.7 kg *berat nak mampus dah la pendek* after two weeks, naik penimbang terus wow! 46.2 wow! ahaahahahahaha. Tapi, awak takyah la bimbang sangat, tahun depan naik balik la nih. Banyak kenduri nak kena attend nih :p

Ok, meh serius meh. Saya agak stress dua minggu sebelum tarikh submit memandangkan supervisor yang agak busy dengan anak-anak. Maksud saya, taska anak-anak beliau terpaksa ditutup sementara atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Perlu saya ceritakan disini, saya agak kecewa di saat saya memerlukan beliau, beliau pula takdakkkknya. Kecewa sedih semua ada. Perasaan down yang tak pernah saya alami sebelum ini. Sungguh, perasaan saya bercampur gaul dengan masalah-masalah yang bila difikirkan balik, tak perlu kot nak di ambil kisah. but i did. waaaaaaaa. Cukuplah bersedih. Allah, akan saya ceritakan di lain entry suatu hari nanti *i mean, bila dah berjaya suatu hari nanti hehe*


Oh ya sahabat, Perjalanan phD ni bukan pahit sangat pun, kalau di kenangkan balik, cepat sungguh masa berlalu, dari kosong dan kini menuju ke tut tut pemahaman, semua yang saya lalui Allah selitkan dengan 'drama-drama' manis yang lain. Manis sangat. Yang paling penting, banyak berusaha, banyak bersujud, banyak tolong yang lain, banyak berdoa. dan banyak2kanlah bertawakal. Tak kemana kalau awak berjaya tapi Allah awak lupakan. Tak kemana. Percayalah, semakin banyak awak berdoa di samping usaha yang gigih itu, semakin banyaklah awak lihat keagungan dan kebesaran Illahi berkat doa sujud kita. Percayalah sahabat.


Sejujurnya, saya masih kabur dengan masa depan saya. Tapi saya percaya Allah dah tetapkan yang terbaik buat hambanya. Dan jujurnya saya masih keliru dan tertanya-tanya atas sebab apa saya diberi peluang belajar di sini sehingga tahap ini. Tapi, ingatlah Allah. Percaya padaNya. Dia sedang mengatur perjalanan hidupmu.





Good luck semua!
Sujud - Luahlah.
 Berdoalah dengan penuh pengharapan 
dan takut padaNya.
 Doa dengan jiwa tauhid. 
Doalah dengan penuh keyakinan bahawa
 Allah mendengar doa kita. 
Mohonlah yang terbaik. 
Ya, yang terbaik buat kita.
 InsyaAllah :) 

p/s: Tapi, saya sememangnya tak mampu lagi untuk menulis secara mendalam dan menjiwai watak pelajar research memandangkan saya ni baru je lagi dalam dunia research. Baru nak first stage kot, ada hati nak bagi nasihat bagai zzzZZ. 

Regards,
Kak ngah yang sedang berdebar.