Assalamualaikum.
Haa masuk dah kemain rajin nak bercerita haha
Pelik lagi ajaib nih
Venue: La Gourmet Country Garden area Danga Bay, JB je ok?
Time: Petang dan cuaca agak panas masa tu. Better pi jam 5 keatas kot. Boleh la layan sunset......
Sebab pergi: Cari makan
ok, masuk part niat sebenar ke sana ialah jalan-jalan penuhi hajat member. Haaaaaa ni lah dia Mariam nak sangatkan makan. Dessert gergasi harga pun boleh tahan la. Sejujurnya akak boleh cakap, sedapp! Lainlah dengan ABC kat luar sana nuh. Eh, memanglah lain sebab ni bukan ABC ni dessert. Buah dia segor bugor. Dalam ketulan air kepal dia tu, ada dia letak kacang-kacang sikit. Pergh la! Rm50 lebih tak silap untuk 8 orang.
Called as La Gourmet Loh |
Memandangkan kami pergi ke sana penuh dua meja besar (10 dewasa 4 kanak-kanak), jadi kami decide untuk ambil satu lagi dessert lain. Alang-alang dah sampai, lebih baik lah cuba terus. Tengok harga yang boleh tahan tu, bila di kira-kira jatuhlah dalam RM10 ++ seorang, so terus rembat yang bawah ini! Gila tak terkejut tengok
Mango Ice Mountain |
Aku lagi prefer yang atas nih memandangkan aku memang hantu mangga (pauh ore klate sebut) Warna kuning tu sekali tengok macam mango syrup je kan? Eh tak, ni memang betul-betul pure jus pekat mangga. Harga RmXXXX untuk 10 orang. Maksudnya kalau hangpa semua pi 8-10 orang tu memang tak membazirlah. Oh, ada yang tanya macam mana nak makan kan? Lepas snap pic semua, staf depa mai potong satu jadilah macam nihhhh hahaha
Ingatkan dok korek benda apalah nya, Sekali tengok hmmm comel betul. Nak hiburkan hati pelanggan lettew. Boleh lah, staff pun baik melayan kami yang bising nih. Akhir kata, jangan terkejut la if lepas siap order semua dia kata kena tunggu dalam sejam. Haaa sebenarnya tak sampai sejam sangat pun lebih kurang 40 minit nak siapkan 2 jenis dessert tu. Ye kami faham bukan senang nak bentukkan jadi tegak kejung macam tu kan. So, apa lagi piiiiiiiiiiiiiiiiii la try jugak.
*layan lah sementara tunggu ais kejung*
Ala-ala beach gituuu |
nak jugakk |
Banyak tempat yang aku lupa nak snap gambar. Kawasan dia agak lawa. Tapi sekarang agak bahaya sikit sebab sekeliling tu masih lagi dalam construction. Bahaya dan sangat bahaya je aku boleh kata. Simen, tiang, bata besar duk main berhayun je atas langit tunggu masa nak jatuh. Fuh
Mari balik. Ketiak dah basah lencun guys. So, dari pemerhatian aku, tempat ni boleh pergi jauh. Haha k sekian
P/s: rasanya tahun depan plak update new entry nih nak update pasal sabah tapi takde mood