August 15, 2017

.


phD life is not an easy as ABC. Graduate on time. Some people do, and some people not. Thanks to all my friends who stick with me thru' thick and thin, through my ups and downs (for the time being). Even though this friendship has been test by trials. But still, we stood up. I put aside unimportant things and just concentrate on positive sides. Yes, we support each other. We as phDcandidate never tire of trying. We never tire of holding on. We never tire of being 'strong-willed person'. We rise. But sometimes....we get tired. we get tired of not being motivated. 
trying...
crying...
pushing...
trying again...
fighting...
They.....
They are strong but sometimes they are exhausted.


Nota kecil:
May Allah ease our phD journey.
Semoga Allah makbulkan doa yang baik-baik dari doa ibu dan bapa kami.
Semoga Allah makbulkan doa yang baik-baik dari orang yang mendoakan kami tanpa kami ketahui.
Semoga semua berada dalam kasih sayang Allah selalu ;)


July 22, 2017

Kuatlah ngah


Assalamualaikum. 

Bertemu lagi kita kembali. Tiada entry berkaitan 'tripbujangah' kali ini. Trip Surabaya dan Thailand masih terkubur di dalam draft. Maaf sangat. Mood masih tiada hilang dibawa angin Pulau Sempu. Al maklumlah, tiket flight menuju ke mana-mana takde dah daku click-click untuk tahun ini. 

Hai sehingga kini, saya masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar *masih lagi belajarrrrrrrr aaaaaaa* Takut? Cuak? Overthinking? What if i ******? What if i bla bla bla? Oh persoalan ini sangat menggangu hati. Dalam gigih berusaha untuk habiskan sisa-sisa belajar ini, tidak dinafikan perasaan takut dan cuak itu banyak berlegar dalam minda ini. Saya cuba untuk kuatkan semangat. Setiap kali berhubung dengan ma dan abah, saya selalu mohon doa dari mereka. Ma dan abah tak pernah paksa saya untuk cepat-cepat habiskan belajar. Ma dan abah tidak pernah sesekali paksa dan tidak pernah sesekali marah kerana masa yang diambil untuk habiskan belajar ini agak lama. Mungkin ma dan abah tahu, angah ni sejenis yang sangat-sangat-sangat tak suka dipaksa *dari benda yang kecil ke benda yang besar, kalau term paksa tu wujud, maaf sangat itu bukan saya orangnya untuk kamu paksa* Sangat bersyukur dengan situasi ini. Ma dan abah treat angah macam angah budak kecil lagi. 

Angah amat memerlukan doa ma dan abah pada saat ini. Doa semoga urusan saya dipermudahkan. Doa semoga saya kuat untuk mengharungi 'perjalanan mencari ilmu yang agak sukar' ini. Ya, saya mesti kuat. Allah dah beri kekuatan melalui doa ma abah, doa sahabat-sahabat sekeliling, melalui pemerhatian saya terhadap sahabat sekeliling (mereka boleh mengapa saya tidak bukan?) 

OH YA, SEBENARNYA ANDA TAKUT DAN CUAK PASAIPA NGAH OIII? huh Perlu ke kita cuak. Perlu ke kita takut.  

Isu keyakinan dan tawakal secara menyeluruh pada Allah ini bukan benda mainan. Lupakah kita bahawa sedang kita merancang sana sini, Allah juga merancang untuk kita? Allah sebaik-baik Perancang. Berharaplah hanya kepada Allah. Di pihak kita berusahalah sehabis mungkin ngah. Curahlah perasaanmu kepadaNya. Jika masih lagi tidak tenang, teruskan memohon jalan yang terbaik dariNya. Ketahuilah, Kamu tidak akan pernah kecewa dengan jawapan dan hasil dariNya. Ingat, setelah usaha sehabis baik, maka bertawakallah ngah. Defini usaha di sini bagi pelajar seperti saya; bukan tertumpu pada pulun belajar dan siapkan programming ini sahaja, ia boleh jadi usaha dengan berpuasa, solat sunat, dhuha, tahajud dll. Boleh jadi sedikit sebanyak usaha ini akan menentukan pengakhiran yang baik buat kita semua, bukan? 

" Kebergantungan kita pada Allah itu kurang.
Seolah-olah kita yang menentukan apa yang akan terjadi pada hari esoknya " 

p/s: Semoga Allah permudahkan urusan belajar angah dan sahabat-sahabat yang lain. Usaha segigih mungkin ya :) 

February 05, 2017

Doa Nabi Musa

Assalamualaikum

Apa khabar? Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Dia kurniakan. Allah.... perjalanan mencari ilmu saya agak 'hurmmmmm' juga buat masa ni. Tiada kata yang boleh saya gambarkan. Cukup sekadar bersyukur bila mana Allah masih hembuskan kekuatan dalam mencari ilmuNya yang luas ini. Ceritanya, saya sedang bertungkus lumus nak menyiapkan satu 'kerja'. Fuh, untuk menulis, tipulah kalau saya kata dalam masa sehari, saya akan berjaya siapkan dua dan tiga muka surat hhahahaha (eh, ini saya, bukan awak okay?) Jiwa celaru - serabut - terus ambil wudhu' - selesai solat - ngaji. Selesai tilawah, hati tetiba rajin nak bertadabur. Allah, terus jumpa ayat ini. Seakan Allah menjawab segala isi hati ini. Seakan Allah memberi jawapan dalam setiap 'sakit kepalaku itu'. 

Ma dan abah selalu berpesan untuk amalkan ayat ini. Dan hati ini jelas, terkesan. 


Cantik tersusun indah ayat (31-35). Untuk readers dan sahabat sekalian, saya doakan semoga diberi kekuatan/sokongan/kerjasama orang sekeliling dalam setiap urusan kita. Semoga urusan dunia kita bermatlamatkan Allah dan Semoga Allah suburkan dalam hati kita untuk lebih cintakan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Peyayang :)

p/s: Mohon doakan #phdlife saya dipermudahkan olehNya juga ya. hashtagmuahcikedd (hahaha)

Sahabat

Assalamulaikum :)
Ingin saya kongsikan kata-kata yang saya ambil dari blog aku islam ini. Sungguh sama sekali apa yang saya rasa. Tiada niat ingin memburukkan sesiapa. Cuma sekadar berkongsi kata. Link diambil dari sini 
Sakit.. yang amat!
Backstab!
Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.
Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.
Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?
Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit. Sakit tanpa luka.
Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

kawan baik

Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.
Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.
Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.
Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.
Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.
Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje.
Sabar, sabar dan sabar..
Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.
Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Memaafkan.

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.
Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?

Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.
Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti.
 Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.
Nescaya kita akan bahagia :)
kawan baikTHE END
Kesimpulanya : Benar semua apa yang ditulis oleh penulis. Jauh di sudut hati sangat sakit. Sakit yang mungkin akan berbekas parut. Tapi cukup kuat hati ini berbisik "Tidak akan aku membenci diri kalian (sahabat) atas perbuatan itu (yang mungkin hanya di anggap 'khianat' oleh diriku, tidak pada yang lain). Aku lebih utamakan untuk melihat seribu kebaikan yang kalian korbankan untuk diriku daripada melihat satu 'jahat' nya kamu." Semoga aku tergolong dalam kalangan sahabat-sahabat yang baik. Perangai masing-masing berbeza. Begitu juga aku, perangai aku lain dari kalian. Maaf atas ketidakselesaan. Janganlah jadikan aku bahan umpatmu rentetan dari 'perangai' ini. Aku juga ada hati dan perasaan. Semoga Allah berkati dan merahmati persahabatan ini :)