July 22, 2017

Kuatlah ngah


Assalamualaikum. 

Bertemu lagi kita kembali. Tiada entry berkaitan 'tripbujangah' kali ini. Trip Surabaya dan Thailand masih terkubur di dalam draft. Maaf sangat. Mood masih tiada hilang dibawa angin Pulau Sempu. Al maklumlah, tiket flight menuju ke mana-mana takde dah daku click-click untuk tahun ini. 

Hai sehingga kini, saya masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar *masih lagi belajarrrrrrrr aaaaaaa* Takut? Cuak? Overthinking? What if i ******? What if i bla bla bla? Oh persoalan ini sangat menggangu hati. Dalam gigih berusaha untuk habiskan sisa-sisa belajar ini, tidak dinafikan perasaan takut dan cuak itu banyak berlegar dalam minda ini. Saya cuba untuk kuatkan semangat. Setiap kali berhubung dengan ma dan abah, saya selalu mohon doa dari mereka. Ma dan abah tak pernah paksa saya untuk cepat-cepat habiskan belajar. Ma dan abah tidak pernah sesekali paksa dan tidak pernah sesekali marah kerana masa yang diambil untuk habiskan belajar ini agak lama. Mungkin ma dan abah tahu, angah ni sejenis yang sangat-sangat-sangat tak suka dipaksa *dari benda yang kecil ke benda yang besar, kalau term paksa tu wujud, maaf sangat itu bukan saya orangnya untuk kamu paksa* Sangat bersyukur dengan situasi ini. Ma dan abah treat angah macam angah budak kecil lagi. 

Angah amat memerlukan doa ma dan abah pada saat ini. Doa semoga urusan saya dipermudahkan. Doa semoga saya kuat untuk mengharungi 'perjalanan mencari ilmu yang agak sukar' ini. Ya, saya mesti kuat. Allah dah beri kekuatan melalui doa ma abah, doa sahabat-sahabat sekeliling, melalui pemerhatian saya terhadap sahabat sekeliling (mereka boleh mengapa saya tidak bukan?) 

OH YA, SEBENARNYA ANDA TAKUT DAN CUAK PASAIPA NGAH OIII? huh Perlu ke kita cuak. Perlu ke kita takut.  

Isu keyakinan dan tawakal secara menyeluruh pada Allah ini bukan benda mainan. Lupakah kita bahawa sedang kita merancang sana sini, Allah juga merancang untuk kita? Allah sebaik-baik Perancang. Berharaplah hanya kepada Allah. Di pihak kita berusahalah sehabis mungkin ngah. Curahlah perasaanmu kepadaNya. Jika masih lagi tidak tenang, teruskan memohon jalan yang terbaik dariNya. Ketahuilah, Kamu tidak akan pernah kecewa dengan jawapan dan hasil dariNya. Ingat, setelah usaha sehabis baik, maka bertawakallah ngah. Defini usaha di sini bagi pelajar seperti saya; bukan tertumpu pada pulun belajar dan siapkan programming ini sahaja, ia boleh jadi usaha dengan berpuasa, solat sunat, dhuha, tahajud dll. Boleh jadi sedikit sebanyak usaha ini akan menentukan pengakhiran yang baik buat kita semua, bukan? 

" Kebergantungan kita pada Allah itu kurang.
Seolah-olah kita yang menentukan apa yang akan terjadi pada hari esoknya " 

p/s: Semoga Allah permudahkan urusan belajar angah dan sahabat-sahabat yang lain. Usaha segigih mungkin ya :) 

No comments:

Post a Comment