December 12, 2016

Ya, apa yang mereka nampak
dia tersenyum gembira
dia ketawa dengan bahagia
dia bergurau
ya ternyata dia seorang yang ceria
tiada masalah.

apa yang mereka tak tahu
disebalik semua ketawa itu
disebalik semua gurauan itu
disebalik senyuman dia itu
wujud seorang gadis yang sedang hidup dalam kekeliruan
seorang pelajar yang sedang buntu dengan masalah belajar
seorang anak yang sedang bersungguh mengejar cita --
kejar cita demi untuk berbakti pada ibu dan ayahnya
seorang gadis yang hidup dengan parut lukanya
seorang pelajar yang hanya ketakutan yang memenuhi mindanya

pagi bersinar
dia tegak berdiri dan tersenyum
tapi siapa sangka
bila malam menjelma
dia menangis dan jatuh tersungkur

menangis yang hanya Allah sahaja yang mampu mendengarnya.
menangis yang tiada siapa akan mengerti perasaan sedih ini.
menangis yang teresak-esak tanpa hiraukan sesiapa
menangis kerana sudah sekian lama berada di jalan ini
namun masih buntu
masih tidak kuat untuk tempuhi segalanya
masih diselubungi rasa takut yang amat sangat
Allah mudahkanlah.
Penat lelah ini. Moga besar hikmahnya.


.

November 09, 2016

Rentetan Perjalanan

Assalamualaikum :)

Hati ni sebenarnya terasa nak update pasal Trip Ogos Hatyai - Songkhla - Krabi - Perlis haritu. Tetapi, masa tidak mengizinkan lagi. Jadi hari ini terasa nak berceloteh pasal perjalanan hiduplah sikit untuk tatapan di hari tua nanti. Sedikit sahaja celotehnya sebab timbunan artikel di sebelah saya ini menunggu masa untuk dibaca. Giccuuuuu

2 November 2016. Pejam celik pejam celik, saya kini sudah melangkah ke alam semester tujuh untuk pengajian saya ini. Agak terkilan di dalam hati kerana ku sangkakan semester ke-7 ini merupakan semester terakhir daku namun ternyata perjalanan mencari ilmu ini bukan mudah. Kita dah merancang yang terbaik tapi ternyata ada lagi perancangan yang terbaik dariNya (insyaAllah). 

Proses mencari ilmu dan menggapai cita-cita ini bukan mudah untuk insan seperti saya. Seorang kakngah yang bukanlah pelajar cemerlang seperti kamu semua, yang hanya ku rasakan diriku ini hanya seorang anak ma abah yang bermotivasi tinggi dan kuat semangat. Adududu ayat up diri sendiri. Iya lah, siapa lagi nak memotivasikan diri ini selain diri sendirikan? Jatuh bangun saya dari semester pertama sehingga hari ini sungguh biarlah diri saya seorang yang merasanya. Saya yakin dan pasti, andai kamu berada di jalan ini, kamu jua berhati kental seperti saiiiiyaaa HAHA. 

Semester pertama dan kedua:
Dunia research. Bukan senang saya nak 'meneutralkan' diri saya dengan dunia research nih. Untuk semester pertama dan kedua boleh saya katakan hangus begitu sahaja. Hangus tetapi saya kuat pujuk diri sendiri dengan mengatakan ' ini jalan hok mu pilih Ngah, teruskan. Baca, baca dan baca. Mungkin apa yang dibaca ini berguna untuk masa hadapan sana '. Ya bacalah artikel yang berkaitan dengan research study even se'basic' macamana sekalipun sebab ini adalah salah satu dari proses pembelajaran. 
  • Kesan untuk semester kini : Terbukti apa yang saya baca dan belajar semasa di zaman semester satu dan dua sangat berguna. Jadi pesan saya, andai kamu sedang berada di alam 'APA YANG AKU SEDANG BACA NIH??????' sentiasa terapkan dan yakinkan hati dengan berkata ' MOGA2 ADA MANFAAT ATAS SETIAP PEMBACAAN KU INI YA ALLAH'. Ini yang saya selalu lakukan dan doakan setiap kali sedang baca artikel. Bukan apa, saya kadang-kadang rasa membazirnyaaaa masa saya andai apa yang saya baca ni takde kaitan dengan skop study saya. Jangan berperasaan sebegitu ya - anggap sahaja itu adalah satu Ilmu baru. Ilmu baru yang Allah kurniakan takkan pernah berkurang.

Semester ketiga:
Kekalutan bermula sebab kena tukar scope study dan di akhir semester ketiga ini saya di arahkan untuk defense proposal saya. (malas update panjang sebab dah ada entry pasal defence proposal ini) Alhamdulillah. Berjalan lancar walaupun proses nak menyiapkan proposal tersebut agak perit. Hahahaha kenangan belajar betul.


Semester empat - semester enam:
Selesai defense proposal, maka bermulalah semester baru dalam hidup saya. Di awal semester ke-4 saya merasakan momentum belajar saya kian meningkat dari hari ke hari.
  • keraplah tunaikan solat sunat tahajud. Di malam hari yang sunyi itu, berdoalah. Mohonlah. Bercakaplah denganNya. Yakin Allah bantu (Tips: Perempuan pada kebiasaanya - seminggu/dua minggu sebelum datangnya period, para perempuan ni emosi dia tak stabil. Lebih kepada sedih tak bertempat, tetiba rasa nak menangis la. Bukan setakat rasa, memang tetiba menangis pun ada. Haaaaaaaaaa masa ni la waktu yang sesuai untuk kamu semua bangun solat malam. Sangat-sangat membantu, dok tengah baca Al Fatihah pun laju saja air mata keinsafan ini mengalir HAHAHA. Apatah lagi waktu sedang berbicara dengan Sang Pencipta kan?
  • Baca quran usainya setiap solat fardhu even hanya satu muka surat. 
  • Solat dhuha juga. Tolonglah terapkan dalam kehidupan seharian (Tips nak mengamalkan dhuha dalam seharian : Untuk yang bekerja/pelajar seperti saya : selepas mandi - ambil terus wudhu - bersiap seperti biasa - sarung tudung baju etc - sebelum melangkah keluar bilik/rumah, buatlah dua rakaat dhuha terlebih dahulu) Sungguh saya katakan, apabila kita dah terbiasa dan tiba-tiba ada hari yang anda tiba2 terlupa untuk dhuha - akan ada sedetik sedih di dalam hati. Try la. Doalah semoga Allah mudahkan segala urusan kita. Tak terhitung kesan/perubahan dalam diri dan kehidupan. Percayalah.

Tidak dinafikan hidup agak kacau bilau dalam tempoh pembelajaran ini - namun Alhamdulillah saya rasa Allah telah mudahkan urusan harian saya. Maksud saya, walaupun saya kadang-kadang rasa tertekan, rasa down yang sangat melampau, tiba- tiba air mata jatuh tanpa disedari disebabkan hal belajar, rasa 'kosong' selepas selesai meeting dengan SV dan tetiba menangis sebab takut sangat namun Allah masih kuatkan saya. Mungkin berkat doa ma abah?
  • Tak mengapa jika tertekan, take a deep breath. Rehat-rehat. Keluar santai-santai berjalan keliling mall tanpa duit haha. Bila dah okay teruskan berusaha. Jangan push sangat diri untuk belajar sampai lupa nak ber'sosial'.
  • Alhamdulillah Allah hadirkan saya insan-insan disekeliling yang supportive dan positif. Ma abah yang banyak memberi kata semangat. Terima kasih ma abah sebab tak jemu menunggu anak yang sudah berumur ini habis belajar (haha) Sayang mereka! Nak saya catatkan lagi di sini, apabila berada di'stage' ini saya sangat-sangat-sangat mendambakan rakan-rakan yang positif mindanya. Kawan tak ramai tak mengapa asalkan yang seorang itu sudah cukup kualitinya (kualiti over kuantiti). Ya Allah begitulah perjalanan mencari ilmu ini.

Mohonlah : Ya Allah, lembutkan hati orang-orang 
disekelilingku untuk terus membantu aku dan lembutkan
hatiku juga untuk membantu sahabat2ku 
yang berada dalam kesusahan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Berkat doa yang tak pernah putus ini, urusan saya dipermudahkan. Maksud saya - apabila saya menghadapi masalah, kemudian saya email atau join mana-mana forum dan bertanyakan mereka tentang masalah saya, Allah mudahkan. Allah lembutkan hati sebelah pihak sana untuk membantu saya. Sekelip mata masalah selesai. Begitu juga dengan sahabat-sahabat disekeliling, doa mereka, pengalaman mereka dan perjalanan hidup mereka banyak membuat saya sedar bahawa hidup ni jangan mudah berputus asa. Pura-puralah untuk kuatkan semangat dan kentalkan hati walau kita sebenarnya bukan sekuat itu.

Oh ya sahabat, Perjalanan phD ni bukan pahit sangat pun, kalau di kenangkan balik, cepat sungguh masa berlalu, dari kosong dan kini menuju ke tut tut pemahaman, semua yang saya lalui Allah selitkan dengan 'drama-drama' manis yang lain. Manis sangat. Yang paling penting, banyak berusaha, banyak bersujud, banyak tolong yang lain, banyak berdoa. dan banyak2kanlah bertawakal. Tak kemana kalau awak berjaya tapi Allah awak lupakan. Tak kemana. Percayalah, semakin banyak awak berdoa di samping usaha yang gigih itu, semakin banyaklah awak lihat keagungan dan kebesaran Illahi berkat doa sujud kita. Percayalah sahabat.

(9 Nov 2016)  Semester tujuh dan seterusnya :


Sejujurnya, saya masih kabur dengan masa depan saya. Tapi saya percaya Allah dah tetapkan yang terbaik buat hambanya. Dan jujurnya saya masih keliru dan tertanya-tanya atas sebab apa saya diberi peluang belajar di sini sehingga tahap ini. Tapi, ingatlah Allah. Percaya padaNya. Dia sedang mengatur perjalanan hidupmu.

p/s: Mohon doanya semoga urusan kita semua di permudahkan oleh Allah. Urusan dunia dan akhirat dan juga semoga saya dan kita semua bertemu jodohnya (nak jugak haha). Moga-moga saya diberi kekuatan olehNya untuk meneruskan lagi perjalanan mencari ilmu saya ini. Sungguh! Sungguh sangat luar biasa perjalanan ini !


Love,
Pelajar Tua 2016.

*sekadar satu catatan untuk ingatan di masa hadapan. Ingat, perjalanan hidup kita berbeza. Jangan pernah bandingkan  kehidupan kita dengan sesiapa. Teruskan melangkah. Teruskan...*

November 02, 2016

Review: Deodorant SIMPLE pilihan saya (2016)

Assalamualaikum! 
Apa khabar semua? Hari ni terasa nak kongsi benda rare sikit. Artis pun saya rasa tak review benda ni hahaaha. Kali ni nak buat review pasal ubat ketiak a.k.a deadorant. Untuk pengetahuan semua, saya saja je nak kongsi bersama dengan anda semua memandangkan saya rasa untuk kesekian kalinya, ini merupakan satu produk yang agak bagus untuk ketiak. Kenapa review pasal deodorant ini? Sebabnya: Saya dah cuba pelbagai jenis brand. Okay sahaja bila pakai, tapi masih lagi terselit sifat ketidakpuasan di sudut hati ini. Sebelum itu, mari kita terjah satu persatu brand deodorant yang saya telah cuba tak mencapai kehendak hati itu. Maghiiiii~
  • Mula belajar pakai deodorant - Nivea! Mula-mula okay namun kemudian ketiak tetiba berbau *tutup hidung* hahahahaha

  • Beralih pada Rexona (shower fresh). Wangi tetapi bau deodorant ni melekat pada baju. Tambah-tambah dekat baju sekolah tu. wuuu itu saya tidak suka! 

  • So, saya kemudian beralih arah lagi pada Smelly-No-More. Beli dekat watson/guardians. Agak okay, cuma remeh sikit cara pemakaiannya memandangkan dekat hujung stick tu setiap kali nak guna kena basahkan dulu dan pedihlah ketiak kita >.>  Untuk orang yang sejenis suka travel memanglah tidak sesuai. Tukar lagi. 
  • Far away from Avon! sangat wangi. Lama juga pakai avon ni, tapi lama kelamaan macam tak sesuai dengan ketiak. (Boring kot?)


  • Tukar! Ini kalilah! At last saya pilih ini. Teringat masa tengah decide nak beli deodorant. Lama betul ambil masa dok fikir dan fikir dan fikir. Last-last nampak brand Simple.
  • Bila terbaca No perfume, no colour, dermatologically tested and approved - terus rembat. Alhamdulillah. masih sesuai dengan ketiak ini. hahaha
  • Dah recommend dekat kawan. She bought it and satisfied with her purchase!



  • Tak pedih. Memandangkan no fragrance added so bolehlah tenyeh perfume sikit dekat tubuh. Takdelah kejap bau deodorant, kejap bau perfume. Hoi peninglah!
  • Dah lama pakai, bukannya sebulan dua. Jadi saya rasa setakat ini, ini lah deodorant yang terbaik pernah saya pakai. Tapi ingat ya awak, ketiak kita lain tau. Mungkin brand ini sesuai dengan saya, tapi tak sesuai dengan awak. Bak kata pepatah, ketiak nampak sama tapi warna lain-lain hahahahaha
  • Oh ya, paling penting, hilang bau ketiak (dah terbukti, pergi jalan thailand waktu panas lecak ketiak bila cium ketiak masih takdak bau) Hahahahaha k bai
p/s: Cubalah. Andai awak tak suka bau ketiak manusia lain, begitu juga dengan manusia lain yang tak suka dengan bau ketiak awak. 

Love,
ketiak comel.



August 04, 2016

Jogja Part IV (LAST) : The beauty of darkness.

The beauty of darkness.

jogja-part-1-penginapan
jogja-part-ii-beauty-of-nature
jogja-part-iii-beauty-of-nature-ii

Entry terakhir untuk kangahXjogja. wuhuuuuu :
Plan asal tak nak ke Borobudur Temple sebab bajet ciputkan. Tapi akan ada rasa agak terkilan jika ke Jogja tapi tak jejakkan kaki ke sini. Semasa bermalam di The Wayang Homestay, Mas Jack (the owner) ada bagitahu, nak masuk ke sana dengan harga murah senang aja. Acah-acah jadi local. So, kami pun buat laaa muka sendu - ngomong la bahasa indo sana - terus dapat harga local. Kalau diorang tanya dari mana, cakap sahaja dari (mana-mana lah).  30k per head. Murah nak mampussss. Kalau idok, mahunya 190k kena bayar.

Pelik tapi serius lawa.
Lawa sebab di sekitar kawasan ini keadaan sekeliling menghijau.
Berukir - ukir agaknya ada kisah di sebalik ukiran tersebut
Cantik berseni tempatnya dan paling aku duk fikir ialah macam manalaa depa cantum batu-batu tu supaya jadi sebegini rupa. 
Dari bawah
pakai phone tak lawa maka sedih la
Panas, ketiak berpeluh tanpa henti.
sesiapa tolonglah pakai cap or bawaklah payung
ewahhh
berapa ratus langkah tak tau la nak sampai ke sana
oh lupa, payung ada disediakan, tetapi kena sewa la
Ini kawasan masuk ya. 
Semua tidur. Ntah guwa tak faham apa maksud ukiran ni semua T__T
Beautiful place to visit. No regret!

So, apa konklusinya?

1 - Jogja best! 
2- Penduduk sangat baik. Tak menakutkan 
3- Kalaulah tetiba stress lepastu rasa nak travel, boleh pergi jogja sorang sorang tak de masalah
4- Cuma, untuk ke tempat2 yang jauh, dan nak pakai tour guide - i suggest kamu semua boleh pergi dalam 4-6 kawan. Jadi bajet tak lah banyak sangat hehe
5- Cari homestay / hostel / guest house yang murah-murah sahaja. Bajet aku biasanya rm45 - rm70 something. Tapi aku biasanya habis-habisan cari yang betul-betul murah, tapi selesa dari segi kebersihan. Ala, nak nyinggah tidur je pun.
6 - Ada kerajinan kulit dekat sana, jauh gila beza harga dengan pasar and market dekat Malioboro. Singgah di kerajinan kulit haritu pun sebab masa tu on the way nak balik ke hotel lepas lawat Kalibiru.! hahaha kesian nunggu semua. 
7- Dekat kerajinan kulit tu, jangan lupa cari makcik bakar sate ayam. 10k ( ~rm3) - ada kuah - ada nasi impit. Dia bawak ke hulur ke hilir dia punya pembakar tu. 
8 - Haaaaaaa, yang paling aku suka pasal jogja ialah geng busker sekitar jogja! Ya Allah semua suara mantap. Orang panggil 'streets musicians' memang terbaik. even student univ sendiri pun. Bayakngkan, ko nak suap nak - tadaaaa- depan mata. Alah comel nyanyi2 pulakkk

p/s: sekian. Jumpa lagi! Untuk next kisah haha

July 31, 2016

Jogja Part III : The beauty of Nature II

The beauty of nature part II

Mount Merapi 
Kalibiru

Ni point yang paling dekat nak tengok Mount Merapi. Jangan la pelik dan jangan la pi marah depa sebab korang ingatkan naik sampai puncak hahahaaha
  
Laluan lava sehingga membentuk  kedalaman ini ya Allah tak boleh bayang.
Kecil dan kerdil je kita di hamba Allah oi
 
Singgah ke Muzium Merapi
(bukan sejenis muzium sangatla,sebab ini hanyalah tinggalan/kesan salah satu rumah penduduk)
 
 
Rangka Lembu
 
 
Agak menarik sebab serba sedikit dari atas kaki gunung sehingga ke muzium ini, mas supir tak berhenti memberi info. Thorbaik la abeeee.
 
Macam-macam dalam fikiran masa nih. Nak tahu lebih lanjut google je ya.
 
off to Kalibiru

Alhamdulillah. Kami dapat tour guide yang layan je mulut pot pet aku dengan fara. Tambah sekali dengan mulut wan, hah. Tak bosan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

 

 Nak travel, nak kenal tempat orang, nak tengok cara hidup satu2 tempat yang kita pergi, aku nasihatkan jangan lah tidur masa dalam perjalanan tu.

 

Bangun, borak dengan guider, borak dengan kawan baru. Baru best weh!
 Ni asyik terbongkang tidur, alaaaaa rugi

 
 
Kalibiru
Menarik. Weh korang pergi sini lepak la warung tepi nih. 
 
Sedak tempe goreng mbak tu. Murah dalam seringgit lebih je. Dah la sedap!
 
Cantik sangat. Aku tak expect view dekat sini lawa Ya Allah.
 
Dan atas sebab bateri kamera dah out, terpaksa la pakai hp nak snap gambar.
Ku keciwaaa
 

Alhamdulillah, our trip went well on that day.  sekian

July 27, 2016

Jogja Part II : The beauty of nature

The beauty of nature.

Alhamdulillah. Berpeluang ke tempat yang sangat menenangkan hati ini. Locals pun sangat baik berbanding tempat lain. Makanan halal dan hotel/homestay/hostel pun senang nak dapat. InsyaAllah, jika berpeluang, ingin sekali aku ke sini sekali lagi. (Tapi sejujurnya, Sabah satu-satunya tempat yang aku tak boleh lupa. Tak tahu kenapa! aaaaa rindu sabah #tetibah!)

Kisah asalnya : Nampak wan post nak cari teman pi Jogja. Terus bukak profile wan, hurm, pangkat adik nih. Boleh je nak join. Terus cakap nak join. Asal berdua, terus contact fara - yes, fara on. Jadi, trip bertiga. Aku dah mula buat research pasal tempat nih. No bad, banyak tempat menarik. Sebulan sebelum pergi, wan bagitahu, kawannya (Sofea) nak join. Jadilah trip berlima. Semua tak kenal kecuali Fara. Wan kenal dekat airport manakala Sofea dan Maream jumpa dekat indon sana. Not bad la mereka semua, baik dan fun. Boleh tahan masuk air semua :)

Kisah lain nya, biarlah aku simpan je dalam buku travelog aku nih. So, just enjoy the pictures ya!

Pagi : Hutan Pinus - Puncak Becici :  Ya Allah, sangat tenang suasana di sini.

Hai, eh assalamualaikum kak farrr:)
K. Kak tak layan, ye la pangkat adik kot wakakaa
Haiii farrrr, kita?
Krik krik krik
Cuba ngorat dengan cara bagi bunga ke teww
bunga je? huh.
K.   HAHAHAHAHA DRAMA SANGAT!
Rully, wan, fara, sofea, maream. 
Thanks for the great memories guys :)
Dua beradik kuat betul selfie. Mentang ada monopod :p
Mr. Tour guide suka senyum. 
Pinus pun ada getah ke? ke ni pokok getah? sorry lupa.
Sofea (kawan kepada wan)
Maream ( adik kepada sofea)

Haruslah ada sekeping. Sayang, masa ni mummy umur 25 tahun tau

Goa Pindul - Goa Sriti - Sungai Oya:

 hilang stress tersangkut bontot di sekitar sungai oya tuh. Kah! kenangan betul. Best la, berbaloi terutama sekali aku yang tak pernah masuk gua. Sejuk je dalam tu.

Pantai-pantai yang sangat menarik di sekitar Gunung Kidul, Jogja:

 Pantai Sepanjang Indah
i love u bestfriend!
Ewahh wan, sepak pasir gituuu
Next Pantai Krakal kan? haaa lupa.
I love u lagi bestfriend!
Senja dah masa nih.
Then off to Pantai Indrayanti
Cantik jugak sini. Boleh tahan la. Sambil tengok sunset. Ya Allah lawaa
Cukuplah. Malas dah nak up gambar. Tak dak mood.

p/s: Trip kali ni banyak ambil gambar pakai handphone. Sedikit kecewa la muncul di hati ini.