August 04, 2016

Jogja Part IV (LAST) : The beauty of darkness.

The beauty of darkness.

jogja-part-1-penginapan
jogja-part-ii-beauty-of-nature
jogja-part-iii-beauty-of-nature-ii

Entry terakhir untuk kangahXjogja. wuhuuuuu :
Plan asal tak nak ke Borobudur Temple sebab bajet ciputkan. Tapi akan ada rasa agak terkilan jika ke Jogja tapi tak jejakkan kaki ke sini. Semasa bermalam di The Wayang Homestay, Mas Jack (the owner) ada bagitahu, nak masuk ke sana dengan harga murah senang aja. Acah-acah jadi local. So, kami pun buat laaa muka sendu - ngomong la bahasa indo sana - terus dapat harga local. Kalau diorang tanya dari mana, cakap sahaja dari (mana-mana lah).  30k per head. Murah nak mampussss. Kalau idok, mahunya 190k kena bayar.

Pelik tapi serius lawa.
Lawa sebab di sekitar kawasan ini keadaan sekeliling menghijau.
Berukir - ukir agaknya ada kisah di sebalik ukiran tersebut
Cantik berseni tempatnya dan paling aku duk fikir ialah macam manalaa depa cantum batu-batu tu supaya jadi sebegini rupa. 
Dari bawah
pakai phone tak lawa maka sedih la
Panas, ketiak berpeluh tanpa henti.
sesiapa tolonglah pakai cap or bawaklah payung
ewahhh
berapa ratus langkah tak tau la nak sampai ke sana
oh lupa, payung ada disediakan, tetapi kena sewa la
Ini kawasan masuk ya. 
Semua tidur. Ntah guwa tak faham apa maksud ukiran ni semua T__T
Beautiful place to visit. No regret!

So, apa konklusinya?

1 - Jogja best! 
2- Penduduk sangat baik. Tak menakutkan 
3- Kalaulah tetiba stress lepastu rasa nak travel, boleh pergi jogja sorang sorang tak de masalah
4- Cuma, untuk ke tempat2 yang jauh, dan nak pakai tour guide - i suggest kamu semua boleh pergi dalam 4-6 kawan. Jadi bajet tak lah banyak sangat hehe
5- Cari homestay / hostel / guest house yang murah-murah sahaja. Bajet aku biasanya rm45 - rm70 something. Tapi aku biasanya habis-habisan cari yang betul-betul murah, tapi selesa dari segi kebersihan. Ala, nak nyinggah tidur je pun.
6 - Ada kerajinan kulit dekat sana, jauh gila beza harga dengan pasar and market dekat Malioboro. Singgah di kerajinan kulit haritu pun sebab masa tu on the way nak balik ke hotel lepas lawat Kalibiru.! hahaha kesian nunggu semua. 
7- Dekat kerajinan kulit tu, jangan lupa cari makcik bakar sate ayam. 10k ( ~rm3) - ada kuah - ada nasi impit. Dia bawak ke hulur ke hilir dia punya pembakar tu. 
8 - Haaaaaaa, yang paling aku suka pasal jogja ialah geng busker sekitar jogja! Ya Allah semua suara mantap. Orang panggil 'streets musicians' memang terbaik. even student univ sendiri pun. Bayakngkan, ko nak suap nak - tadaaaa- depan mata. Alah comel nyanyi2 pulakkk

p/s: sekian. Jumpa lagi! Untuk next kisah haha

2 comments:

  1. Wah...akak mmg tgh plan nak ke Jogyakarta...erm...tunggu next update..x sabar nak baca

    ReplyDelete
  2. Last part dah tu. Hehe. Tulis simple2 je setiap entry. Nak itinerary dari saya pun boleh :P

    ReplyDelete