November 02, 2016

Review: Deodorant SIMPLE pilihan saya (2016)

Assalamualaikum! 
Apa khabar semua? Hari ni terasa nak kongsi benda rare sikit. Artis pun saya rasa tak review benda ni hahaaha. Kali ni nak buat review pasal ubat ketiak a.k.a deadorant. Untuk pengetahuan semua, saya saja je nak kongsi bersama dengan anda semua memandangkan saya rasa untuk kesekian kalinya, ini merupakan satu produk yang agak bagus untuk ketiak. Kenapa review pasal deodorant ini? Sebabnya: Saya dah cuba pelbagai jenis brand. Okay sahaja bila pakai, tapi masih lagi terselit sifat ketidakpuasan di sudut hati ini. Sebelum itu, mari kita terjah satu persatu brand deodorant yang saya telah cuba tak mencapai kehendak hati itu. Maghiiiii~
  • Mula belajar pakai deodorant - Nivea! Mula-mula okay namun kemudian ketiak tetiba berbau *tutup hidung* hahahahaha

  • Beralih pada Rexona (shower fresh). Wangi tetapi bau deodorant ni melekat pada baju. Tambah-tambah dekat baju sekolah tu. wuuu itu saya tidak suka! 

  • So, saya kemudian beralih arah lagi pada Smelly-No-More. Beli dekat watson/guardians. Agak okay, cuma remeh sikit cara pemakaiannya memandangkan dekat hujung stick tu setiap kali nak guna kena basahkan dulu dan pedihlah ketiak kita >.>  Untuk orang yang sejenis suka travel memanglah tidak sesuai. Tukar lagi. 
  • Far away from Avon! sangat wangi. Lama juga pakai avon ni, tapi lama kelamaan macam tak sesuai dengan ketiak. (Boring kot?)


  • Tukar! Ini kalilah! At last saya pilih ini. Teringat masa tengah decide nak beli deodorant. Lama betul ambil masa dok fikir dan fikir dan fikir. Last-last nampak brand Simple.
  • Bila terbaca No perfume, no colour, dermatologically tested and approved - terus rembat. Alhamdulillah. masih sesuai dengan ketiak ini. hahaha
  • Dah recommend dekat kawan. She bought it and satisfied with her purchase!



  • Tak pedih. Memandangkan no fragrance added so bolehlah tenyeh perfume sikit dekat tubuh. Takdelah kejap bau deodorant, kejap bau perfume. Hoi peninglah!
  • Dah lama pakai, bukannya sebulan dua. Jadi saya rasa setakat ini, ini lah deodorant yang terbaik pernah saya pakai. Tapi ingat ya awak, ketiak kita lain tau. Mungkin brand ini sesuai dengan saya, tapi tak sesuai dengan awak. Bak kata pepatah, ketiak nampak sama tapi warna lain-lain hahahahaha
  • Oh ya, paling penting, hilang bau ketiak (dah terbukti, pergi jalan thailand waktu panas lecak ketiak bila cium ketiak masih takdak bau) Hahahahaha k bai
p/s: Cubalah. Andai awak tak suka bau ketiak manusia lain, begitu juga dengan manusia lain yang tak suka dengan bau ketiak awak. 

Love,
ketiak comel.



No comments:

Post a Comment