Assalamualaikum!
Sempena ada mood nak menulis ni, elok lah saya up satu entry. Bukan pasal Jogja tapi kali ni pasal body mist. Tau dak body mist tu apa? Ala yang lepas mandi tu sembur-sembur banyak dekat badan (tak boleh cerita details nanti hang imagine - parah wakakaka). Cuma menariknya harini nak bandinglah sikit antara dua jenama ni. Sikit je nak bandingnya sebab dah cuba dua-dua, so apa kata kita up la sikit apa bezanya mereka berdua.
Okay, sekarang i tengah cuba sedaya upaya nak habiskan mereka berdua (sweet pea dan mad about you dari bath and body works). Mengikut pendapat saya la - both okay. Cumanya tak long lasting berbanding dengan Victoria Secret punya. Oh ya, sweat pea menjadi pilihan hati andai jika nak bandingkan dengan mad about you tu. Sungguh tak tipu!
Pure Seduction Body Mist by Victoria Secret! perghhhhhhhhhhhhhhh pakai ni tak perlu bimbang badan lecun dengan peluh ketiak lecak dengan air. Usah bimbang! i dah try scent Coconut passion - Love Spell - Vanilla Lace - Sheer Love - Endless Love - Pure Daydream - Pure Seduction. Sembur pagi dekat badan - malam balik dari workspace bau tu melekat lagi der dekat baju. Jangan bimbang para muslimah sekalian, orang tepi tak bau la badan hang. Kita je yang akan terlebih rasa selesa. Betul! Kawan-kawan pun dah kenal bau ni siap 'eh, ni macam bau cee' kah3
Oh ya. Nak yang long lasting better you guys beli yang ada tulisan 'Fragrance Mist' - quite pricey berbanding dengan yang ada tertulis 'Secret Garden' dekat belakang botol. So, kalau tak nak ada bau masam di petang hari i suggest korang semua better tanya dulu sebelum purchase dengan online seller. Nak lagi senang, pergi je beli dekat outlet dia. Senang. Beli 3 biasa ada promo.
p/s: Kenapa sekarang pakai Bath Body Work?
Sebab - Haritu i punya body mist dah nak habis, so teringin la nak tukar sebab ada tengok member promote pi la try BBwork pi laaaaa. Aku ni pesen nak purchase sesuatu nak kena google dulu - maka buatla pencarian. Ada yang review both body mist ni. Ada yang kenen BBwork wangi dan etc. Lalu ambil keputusan untuk cuba lagipun tengah sale - teruslah rembat----- Jadi kesimpulannya - aku lebih sukakan Victoria Secret! Eh BBWorks pun best cuma mengikut badanku VS lagi mengancam. Apa-apapun pilihan di tangan anda. Tak salah mencubakan yang baru. Tak faham kenapa seketul kakngah tetiba rajin nak mereview product gituuu :P