July 31, 2016

Jogja Part III : The beauty of Nature II

The beauty of nature part II

Mount Merapi 
Kalibiru

Ni point yang paling dekat nak tengok Mount Merapi. Jangan la pelik dan jangan la pi marah depa sebab korang ingatkan naik sampai puncak hahahaaha
  
Laluan lava sehingga membentuk  kedalaman ini ya Allah tak boleh bayang.
Kecil dan kerdil je kita di hamba Allah oi
 
Singgah ke Muzium Merapi
(bukan sejenis muzium sangatla,sebab ini hanyalah tinggalan/kesan salah satu rumah penduduk)
 
 
Rangka Lembu
 
 
Agak menarik sebab serba sedikit dari atas kaki gunung sehingga ke muzium ini, mas supir tak berhenti memberi info. Thorbaik la abeeee.
 
Macam-macam dalam fikiran masa nih. Nak tahu lebih lanjut google je ya.
 
off to Kalibiru

Alhamdulillah. Kami dapat tour guide yang layan je mulut pot pet aku dengan fara. Tambah sekali dengan mulut wan, hah. Tak bosan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

 

 Nak travel, nak kenal tempat orang, nak tengok cara hidup satu2 tempat yang kita pergi, aku nasihatkan jangan lah tidur masa dalam perjalanan tu.

 

Bangun, borak dengan guider, borak dengan kawan baru. Baru best weh!
 Ni asyik terbongkang tidur, alaaaaa rugi

 
 
Kalibiru
Menarik. Weh korang pergi sini lepak la warung tepi nih. 
 
Sedak tempe goreng mbak tu. Murah dalam seringgit lebih je. Dah la sedap!
 
Cantik sangat. Aku tak expect view dekat sini lawa Ya Allah.
 
Dan atas sebab bateri kamera dah out, terpaksa la pakai hp nak snap gambar.
Ku keciwaaa
 

Alhamdulillah, our trip went well on that day.  sekian

July 27, 2016

Jogja Part II : The beauty of nature

The beauty of nature.

Alhamdulillah. Berpeluang ke tempat yang sangat menenangkan hati ini. Locals pun sangat baik berbanding tempat lain. Makanan halal dan hotel/homestay/hostel pun senang nak dapat. InsyaAllah, jika berpeluang, ingin sekali aku ke sini sekali lagi. (Tapi sejujurnya, Sabah satu-satunya tempat yang aku tak boleh lupa. Tak tahu kenapa! aaaaa rindu sabah #tetibah!)

Kisah asalnya : Nampak wan post nak cari teman pi Jogja. Terus bukak profile wan, hurm, pangkat adik nih. Boleh je nak join. Terus cakap nak join. Asal berdua, terus contact fara - yes, fara on. Jadi, trip bertiga. Aku dah mula buat research pasal tempat nih. No bad, banyak tempat menarik. Sebulan sebelum pergi, wan bagitahu, kawannya (Sofea) nak join. Jadilah trip berlima. Semua tak kenal kecuali Fara. Wan kenal dekat airport manakala Sofea dan Maream jumpa dekat indon sana. Not bad la mereka semua, baik dan fun. Boleh tahan masuk air semua :)

Kisah lain nya, biarlah aku simpan je dalam buku travelog aku nih. So, just enjoy the pictures ya!

Pagi : Hutan Pinus - Puncak Becici :  Ya Allah, sangat tenang suasana di sini.

Hai, eh assalamualaikum kak farrr:)
K. Kak tak layan, ye la pangkat adik kot wakakaa
Haiii farrrr, kita?
Krik krik krik
Cuba ngorat dengan cara bagi bunga ke teww
bunga je? huh.
K.   HAHAHAHAHA DRAMA SANGAT!
Rully, wan, fara, sofea, maream. 
Thanks for the great memories guys :)
Dua beradik kuat betul selfie. Mentang ada monopod :p
Mr. Tour guide suka senyum. 
Pinus pun ada getah ke? ke ni pokok getah? sorry lupa.
Sofea (kawan kepada wan)
Maream ( adik kepada sofea)

Haruslah ada sekeping. Sayang, masa ni mummy umur 25 tahun tau

Goa Pindul - Goa Sriti - Sungai Oya:

 hilang stress tersangkut bontot di sekitar sungai oya tuh. Kah! kenangan betul. Best la, berbaloi terutama sekali aku yang tak pernah masuk gua. Sejuk je dalam tu.

Pantai-pantai yang sangat menarik di sekitar Gunung Kidul, Jogja:

 Pantai Sepanjang Indah
i love u bestfriend!
Ewahh wan, sepak pasir gituuu
Next Pantai Krakal kan? haaa lupa.
I love u lagi bestfriend!
Senja dah masa nih.
Then off to Pantai Indrayanti
Cantik jugak sini. Boleh tahan la. Sambil tengok sunset. Ya Allah lawaa
Cukuplah. Malas dah nak up gambar. Tak dak mood.

p/s: Trip kali ni banyak ambil gambar pakai handphone. Sedikit kecewa la muncul di hati ini.

Jogja Part 1 : Penginapan

Trip RedahJogja 
18 Jan -23 Jan '16
3 hari pakai tour guide
2 hari explore city

The Wayang Homestay (3 hari 2 malam)

Untuk tiga hari pertama, kami pilih untuk tinggal di homestay ini. Alhamdulillah, tenang sangat suasana di sini dengan suasana kampungnya itu. Setidaknya boleh la lihat dan perhati aktiviti penduduk tempatan di sekitar sana menjalani kehidupan harian mereka. Agak bernasib baik sebab ada bilik kosong (kami tak tempah pun bilik) 

Hari pertama : Tumpang tidur bilik sofea. Ambil extra bed sahaja.
Hari kedua : Pindah bilik atas 
Hari ketiga : Pindah bilik bersebelahan dengan dapur. hahaha 

Pro dan cons nya:
- Staff, owner, keadaan bilik memang tiptop. Terbaik!
- Mereka sangat membantu. Korang yang nak pergi tapi tak ada atau tak sempat cari tour guide tak perlu bimbang, diorang boleh bawakan. Services bila dibandingkan lebih kurang sama sahaja.
- Breakfast disediakan. Sedappppp. Mas Jack masak sedapppp! Thanks mas!
- Banyak yang kami bualkan. Banyak juga ilmu yang kami dapat.
- Agak jauh dari Jalan Malioboro. Tapi bagi kami tidak jadi masalah besar tempoh hari kerana tiga    hari pertama ini kami hanya menumpang tidur sahaja - awal pagi sudah keluar ikut tour guide - balik malam krooooh krohhhh.
- Wifi laju.
-  Senang cerita, baguslah tempat nih. Bagus bangat!

Tenang sangat. Nanti ada duit lebih nak bawak ma abah la ke sini. Gituh!
Hello semek  
view dari atas.
View depan. Cantik serius cantik
 
Nasi apa tak tahu la. tapi sempat belajar cara masak tu si tempe kering tu. Sumpah sedap!
 Bye The Wayang Homestay. Jumpa lagiiiiii 
Very helpful and friendly owner, great staff and had a wonderful experience with them.

Pawon Cokelat Guest House (3 hari 2 malam)

Yang terbaiknya tentang guesthouse ini ialah DEKAT DENGAN JALAN MALIOBORO. Sangat sangat dekat. Sebab tu la 3 malam terakhir aku decide untuk stay di sini. Aku dengan fara duk ulang-alik dari bilik pi keluar menonong jalan tak tentu hala acah orang indon. Eloklah untuk manusia yang tak suka jalan jauh dan tempat ini juga sangat elok untuk manusia yang suka shopping. 
pagi buta turun breakfast landing sini. acah retis 
tu ada kopi hitam dengan tea. silakan
Oklah. tapi kan - agak bising jugak (tak bebas sangat sebab ada penduduk kampung duk lalu lalang depan pagar nih.Nak melepak pun tak berapa best and masa aku pi,ada construction sikit. Eh pedulilah pasal tu, janji berbaloi la untuk tiga hari terakhir tuh, boleh pimai pimai tanpa rasa bersalah)
 Selesa dan selimut best. Sekali lagi aku dan fara acah orang berhoneymoon. Main ciku cak dalam selimut. kahhhhhh! 
Sedap tapi sedap lagi masakan Mas Jack 
Ni kawasan Jalan Malioboro. Last day dengan gigihnya kami heret pikul beg semata nak naik bas untuk ke airport. Flight balik petang. Checkout terus keluar cari bus stand - carilah Transjogja haritu main bedal sajo. Beli tiket cakap nak gi airport. tunggu je situ. bayar IDR3600 alah seringgit lebih je 
Ok sekian.

p/s : kedua-dua tempat ni sediakan tempai sidai baju. Aku sejenis yang berjalan bawak baju sikit - so - balik bilik lepas meround kota terus celup sabun debu (bawa sendiri/beli sana pun ado) - sental sikit - terus jemur - lusa pakai kembali. kah!