Assalamualaikum dan salam sejahtera adik kakok
Nowplaying : Rythm of love
Lama benar tak menulis. Lama benar tak menghapdate blog ni. ehe~ Tapi hari ni tiba tiba terdetik nak menulis. Tiba tiba terdetik nak menghuraikan isi hati. Sebenarnya kes ni dah lama sangat berlaku. Mungkin beberapa minggu yang lepas. Ya, sangat terkesan di hati. Apa? Mengapa dan Kenapa? Adakah kami seperti yang berada di dalam mindset mereka? Mungkinkah? Tapi kenapa kami? Adakah itu dan ini yang mereka fikirkan?
Eh, stop it.
Pagi itu, kami.
Ya kami.
Ini kisah kami:
Kami semua dikejutkan oleh salah seorang sahabat yang tiba tiba perkelakuan pelik. Sangat pelik. Biasanya lepas subuh mereka semua kurang bercakap. Seorang ke kiri dan seorang ke kanan. Seorang hadap dinding dan seorang lagi selubung dalam selimut. Ehe. Kehidupan pelajar dikala hujung minggu. Azam tahun baru Islam di tolak ke tepi. Beazam tidak mahu tidur selepas subuh. Ya berjaya tidak kecundang di katil selepas subuh. Syabas! Tetapi secara kesimpulannya azam itu GAGAL. Gagal kerana hanya seminggu pertama sahaja. Oh Kecewa~
Back to story:
Dia a.k.a Hamizah. Dari bilik ke bilik. Ketuk. Masuk. Goncang manusia. Bisik dan Memaksa. Kami? Celik mata. tutup mata. Celik lagi. Tutup kembali. Goncang kembali.
Dialog I :
" Bangun laaaaaaaa...
"Maghi la g makeee roti canaiiiiiii
" c..... bangun laaaaaaa.
Ok redha. Mari redah. Jalan UTM lengang di pagi hari. Bas tak wujud lagi. Motor hanya ada beberapa kerat sahaja. Oh ya, (lengang tak sama dengan lenggang #semalam berpeluang menjadi guru tuisyen di taman U. Mengajar BM. Ada peristiwa lucu =)
Dialog II :
Dila : lengang? *buat muka
Cikgu : Ya. Alah yang jalan lenggang lenggang tu..
Dila : Hah? lengang ke lenggang?
Cikgu : Hah? Eh, salah.
Dila : Cikgu niiiiiiiiiii....
Again. Back to story:
Akhirnya sampai jua ke kedai Aminah dari Kolej 9 melalui beberapa biji bonggol UTM tercheeeeeenta dengan menaiki sebuah kereta dan sebuah motor. Makan dan minum. Berbual-bual dan jom balik. Ooho~ Mari pergi hirup udara segar di Balai Cerapan UTM.
|
sumber: google |
Eh, cancel. Bimbang peristiwa kereta berundur berlaku sekali lagi, kami mengambil keputusan untuk beriadah dan menenangkan fikiran di Hutan Bandar Mutiara Rini.
|
Google lagih |
Ok. Point sebenar ada di sini. Isi dan butir tajuk ada di perenggan ini. Kisah kami bermula di sini :
Kami berjalan jalan dan tiba di satu kawasan lapang, kami berhenti. Aktiviti di zaman kami kanak kanak dulu kami imbau kembali. Riang sekali. Tidak keberatan untuk mengambil gambar-gambar mereka semua. Alhamdulillah. Mereka gembira. Alangkah indahnya persahabatan ini. Walaupun kadang-kadang ada tercuit sedikit 'keterasaan hati' namun lebih baik dilupakan sahaja. Hanya mereka yang diperlukan bila diri dalam kesusahan. Hanya mereka yang dapat menggantikan ma dan abah sepanjang tempoh pembelajaran di sini. Syukur Ya Allah.
Sambungan:
Dua permainan berlangsung. Penat. Satu bulatan ala ala usrah mewakili diri kami. Dan seperti biasa. Klik. Satu dua tiga empat dan beberapa keping gambar disnap. Tiba-tiba:
"Balik nanti upload dekat FB!!!!!!!!!!!
*hahahahahahaha*
Mereka ketawa.
Kami tergaman.
Sempitnya pemikiran mereka. Ya, tidak di nafikan ada segelintir remaja yang "snap picture and upload via mobile". Tidak dinafikan. Wujud. Alangkah rendahnya martabat kami di mata lelaki itu. Lelaki, ketahuilah bahawa sesetengah daripada kami tidak seperti yang kamu lihat di sekeliling anda. Mungkin bagi mereka (baca: lelaki) perempuan ni semuanya sama sahaja. Tapi percayalah. Kami berbeza.
|
via tumblr |
Mereka fikir kami ambil gambar sebab nak upload di FB?
Oh, kolotnya pemikiran!
*Kecewa*
p/s: Best Business in the World is, MIND YOU OWN BUSINESS!