October 11, 2012

Tutup buku LAMA, buka buku BARU

Assalamualaikum  sahabat :)

Apa khabar iman anda? Apa khabar hati anda? Apa khabar mak ayah kat kampung? Apa khabar buah hati anda? Eh? Anda je ada. Saya tak layan benda remeh ni. Eceh (padahal tak de orang nak.haha)

Alhamdulillah. Semua baik kan. Wah wah. post saya kebelakangan ini berkisar pasal hati je kan? Heee~ Sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku. Masih lagi seperti dahulu. Rasanya tiada perubahan pun. Cumaaaaaaaaaa...Sejak kebelakangan ini saya rasa diri saya begitu kuat sekali. Sedih dan sayu tu masih ada cuma rasa macam kuat tu sangat lain macam. Kuat maksud saya tu lebih kurang macam 

" alaaa, hal kecil je nih " 
"  Tuhan tengah uji aku la sebenarnya ni "
" Dah kenapa aku rasa macam ni nih? "
" Allah nak uji kesabaran aku ni "

Itu je ayat yang diucap sejurus selepas mengeluh.
Banyak mengeluh dari beristifar la kita ni kan? hmmmm

Kadang-kadang terfikir kenapa ya boleh rasa kekuatan tu ada dalam diri ni. Rasa macam ada yang  sedang menyokong. Rasa macam ada seseorang yang sedang menguatkan hati saya. Rasa macam Allah sedang menghadiahkan sesuatu dalam hati ini. Apa ya? Kenapa ya? Hmmm, hah mungkin berkat doa. Atau berkat solat dhuha dan berkat solat 1/3 malam mungkin. Siapa tahu. Doa itu dimakbulkan. Kan? Tapi ingat Cla, berhati- hati ya sayang, kan bimbang diuji lagi. Iman turun naik . Hati-hati. 

p/s: Atas ini adalah hasil menulis sekerat jalan bertarikh 10/10. HAHA. malas nak publish. terus save as  a draft :P

oh, Ini adalah kisah hari ini 11 Oct 2012

PAGI:
Pagi tadi kekalutan selepas tertidur balik lepas subuh. Kerja jam 8. Tapi terbangun jam 8.20 pagi. Tak dapat nak bayangkan kekalutan pagi tadi. Rasa pening sampai tengahari. Pergh, tu la. Kan ma dah pesan jangan tidur lepas Subuh, kan rezeki lari. Hah, memang lari pun rezeki tu. Siap setengah jam lagi rugi. Terbukti. Letih berlari-lari anak. Alahai kak ngah ni, bila la nak jadi macam ma. Hmm

TENGAHARI:
Tengahari balik tiba-tiba rasa mengantuk. Ingat just nak take a nap. Sekali terus sampai 3 petang. Nasib sedar. Kalau tak, habislah zuhur saya. Dosa dapat, lepas tu ada la dok menung menyesal tak kunci jam la. Menyesal tidur la. Alahai, letihnya anak ma dengan abah ni. Angah ni mai nak belajar ke nak tidur mai UTM ni hah? Kiri kanan depan belakang. Borak-borak bertukar pandangan (ni dikalangan kawan-kawan. happening, supportive and boleh berkongsi ilmu) Almaklumlaaa, dikalangan kami ada naqibah usrah. Jadi banyak membaca banyak la ilmu nya. Kan? HEHE Tak macam diri ini, buku ilmiah banyak beli, lepas tu baca, ingat sekejap. Then lupa. Aiseh, tu laaa. Tak pe la. Yang penting buku-buku ini boleh disimpan dan berguna untuk masa depan. Mana tahu 'bakal' nanti pun jenis yang suka membaca. Hah, ambil semua buku-buku saya ni. Baca! 

Oh ya. Erm, cerita sikit dah la pasal ni. Tak boleh buat kesimpulan sangat sebab baru hari ni join.Keh3. Minggu lepas sahabat disekeliling saya ajak ke pejabat Ikram Johor di Taman U ni. Kakak usrah mereka suruh join kelas tajwid. Alang-alang mereka ajak sahabat-sahabat yang lain termasukkkkkk lah saya ni. Apalagi, benda baikkan. Dah lama sebenarnya nak belajar tajwid ni. Tapi tak berpeluang. Ya Allah, tak ternilai ilmu hari ini rasanya. Termuhasabah diri juga dalam kelas tadi. Macammana la bacaan Al-Fatihah  dalam setiap waktu solat seharian? Banyaknya rasa sebutan tak betul. Khilafnya HambaMu ini ya Allah. Huuuu~ Ustazah dan Dr tadi menarik. Dr tadi kata sahabat seorang muallaf. Kerdilnya diri ni.  T_T
Tiba-tiba teringat satu ayat dalam novel Hlovate tajuk Versus

" Never say die before you try.
There's always room for improvement before you reach perfection.
Mampu ke aku? InsyaALLAH. He will Lead "

p/s: Hlovate terbaik! Even ayat dia sempoi, tapi seriusli, boleh terbawa-bawa dalam jiwa. Sangat! Katanya " perang suara dalam kepala memang tak pernah sudah " Indeed!

Satu lagi benda yang saya nak sangat join ialah Kursus Pengurusan Jenazah di samping Kursus Kahwin la. Hahaha. Rasa macam satu tanggungjawab sebenarnya ambil kursus tu. Pernah je sebenarnya tengok banner yang digantung pihak PMIUTM tapi tu la. Tak berkesempatan nak pergi. Masa terhad sangat. UTM oooo UTM. Taknak anjurkan lagi ke? heee~ 

Kursus kahwin? Oh, nak juga perginya. Kan best kalau gi ramai - ramai. Errrrr, maksud saya pergi bersama-sama teman sekuliah ni. Bolehla nak bergelak, menjeling, merapu sesama sendiri. Kan masing-masing dah kenal masing-masing kan sahabat? ha, Bagi mereka yang terasa nak pergi dengan 'bakal' masing-masing itu sebenarnya hak anda. Tapikan, pada pandangan saya la kan, tak yah la. Sebab lepas je selesai kursus tu, dah confirm2 " jom keluar kejap dalim. Shopping2 ker ". OH, nak ke macam tu? Mohon dikuatkan iman ini Ya Rabbi  :D #wellsaid

MALAM:
Perut lapar and terus heading to Pesta Konvo. Crowded as usual.Oooo, patut la, Dato' Siti ada rupanya. Cantik nya Mak Iti! Phewwwiiiiit ~ Makan. kenyang. survey barang and balik. 


Dah kenapa habis benda nak bercerita ni kakngah oiii?
**tercabar sebab cikmijahsyid update blog dia :P  
okla, esok tetiba tershift pagi. Adessss
Selamat Memalam.
dan semoga hidup KAMU seharian diberkati Allah semua :)

Pen OFF

1 comment: