December 23, 2012

Breakfast vs Tudung

Assalamualaikum!
Alhamdulillah. Masih bernafas kita ya?

i breath in and i breath out then.
*raup muka

Saja je ni. 
Nak tunjuk breakfast. 
Ala-ala orang kaya dalam drama tv.
Alaaaaaa, yang style anak datuk tu.
*mari berdailog bersama cikcla*

ehem

" morning pa, morning ma "

mama papa kerling jam *jarum jam di angka 10

" morning sayangggg.... lewat balik semalam, pergi mana? "

"keluar ma, jumpa member. weekend kaaannnnn"

and BLA BLA BLA

*serious kena end dengan BLA (3kali). kalau tak, jadi movie.
Kah kah kah

itu baru drama tv. Realiti? who knows, right? Kalau saya jadi pengarah, director atau yang seangkatan dengannya, saya tak buat cerita style macam ni. Kesian dekat anak datuk, anak datin yang real. HEH. Yang kau tiru gaya datin tu apasal? *Fikir.gaya datin mana ya yang saya tiru?

satu : Marigold HL


dua : MAKAN.


tiga : lupa. campur OAT sem lepas


Alhamdulillah. Masih lagi jadi orang kampung. Harap boleh setia menjadi orang kampung. Ambo ore Kelate lagi. Kalau kahwin pun, harap dapat orang kampung even ditakdirkan 'si dia' orang luar Kelantan. dan masih lagi menjaga adab-adab. *adab apa?
*tunduk malu.auwwww


Oh ya! Terima Kasih Asiah sayang bagi tudung ni dekat saya.
Untung bersahabat kerana Allah ni. 

*cakap macam ni sebab gembira dapat tudung free eh cla? isk isk iskh

Sungguh.
Satu point di sini : Nak berubah ke arah lebih baik, mulakan dengan tudung, instead of niatla kan. Cover your chest. About this, i will update later. Later means Later. no lipak-lipak.

*ahhhh, perut sedang memainkan peranan penting.

p/s: haaaaaa, ambil handbag letak di siku. tangan gaya ala-ala nyah. itulah gaya datin aku! 


December 22, 2012

Tepuk-tepuk dada


Assalamualaikum

Comel si baju biru. google ni tak silap.

olololo. sabar ya sayang...
 *cakap dengan diri sendiri

menangis. memang termenangis.
menangis sebab terlalu takut.
sebab terlalu takut?
takut apa ya?
Entah.

-MA-

Telefon ma,

Ma mintak baca ayat-ayat al-quran. Ma kata ayat Al-Quran je yang boleh menenangkan kita instead of solat dan doa. Ma memang macam ni. Ma suka baca-baca tafsir. Saya suka dengar ma baca tafsir. *telinga lekat di paha ma*. Ma suka bercerita pasal kisah-kisah nabi. Itulah ma. Ma kemudian bagi ayat ni:

" La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin "

Ma dok ulang ulang ulang. Angah dia ni takleh nak cakap dah. dok menangis menangis menangis. Sebak dengar suara ma. Seriusli, ini kali pertama saya takut yang teramat. Perasaan takut ni lebih dari takut tidur dalam gelap. 
*Brppppp

Ma kata, baca la ayat tu. InsyaAllah,segala resah dan kesusahan akan hilang.

Ma bagi lagi. Ma minta angah dia ni buka tafsir. tengok tafsir surah Al-Syarh [ alam nasyrah....]. Dengan jiwa bertakungkan sebak tu, terus ambil tafsir. Buka. Selak.

Cuba baca.

google ya.

Ayat 1 : [Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)]
Ayat 5 : [Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan]
Ayat 6 : [Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan] 
Ayat 8 : [Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap]

Ya ma. dua kali Allah tegaskan disitu. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. T_____T
Allahhhhhh. 
*tarik nafas panjang-panjang.
Ma, angah sayang ma. Sangat.

- BUKU MOTIVASI-

Nak tidur. Buka buku 'Di mana DIA dihatiku'. Oh ya, Nina kata, setiap apa yang kita buat:

Contohnya: 
terbeli tafsir ke
terbeli tudung ke *for free hair person
terbeli buku motivasi ke
terdengar ceramah agama ke
terclick 'ustaz azhar idrus' dekat utube ke
tertengok masjid ke
tersebak bila tengok makcik cleaner ke

tu semua petunjuk dari Allah. Allah yang gerakkan hati kita. dan ada sebab kenapa kita 'TER' itu. Jadi, apa yang berlaku tu semua kehendak dia. Kau tak payah nak rasa pelik sangat la.

meh nak qoute sikit kata-kata based on buku ni

" Allah menegaskan, DIA mengikut sangka hambaNya "

Maksudnya : jika kita bersangka baik, insyaAllah, kebaikanlah yang akan diberikanNya kepada kita. Tapi kenalah selalu berhati-hati, berwaspada dan berjaga-jaga.

lagi satu saya nak qoutekan:

"Bila ditakdirkan sesuatu yang negatif berlaku, terimalah. Kita tidak ada pilihan lagi. Kita tidak dapat mengawal arah kehidupan, tetapi kita mampu mengawal kemudi iman."

Lagi

"Cepat-cepat tukar yang negatif itu kepada yang positif, dengan menepuk dada dan berkata, ''TENTU ADA HIKMAHNYA' "

*tepuk-tepuk pipi
*tumbuk-tumbuk dada dan sound diri sendiri:

Publish sekarang! slide kau tak siap lagi.

*Kepala hangguk-hangguk

p/s: Post lately sangat annoying. Macam budak bajet baik eh? Hmmmmm. sebenarnya, semua post ni untuk diri sendiri. Normal la tu motivate diri sendiri. Boleh mengeratkan hubungan di antara hati dan jari,kan?

December 16, 2012

Eh, ni ke sabar yang kau ada?


Assalamualaikum.

AGAIN! 
tidur terganggu.
Ini Bukan Kali Pertama
Boleh tak siapa-siapa bagitahu dia saya benci bunyi:

 pintu almari dirempuh
buku-buku dihempap
kerusi berjoget-joget
periuk pinggan nasi bertembung
baldi menyanyi-menyanyi
bilik ibarat tiada langsir

tapak kaki 16000000 kg ke?

saya tak suka.
masa kamu stay up berbeza dengan sayakan?
saya pun stay up juga
saya hormat kamu masa tidur.
kamu juga tolong hormat saya boleh tak?

ishk!
alang-alang dah marah tu, boleh tak kita muhasabah diri sikit? *dush! tuju untuk diri sendiri
"Sabar laaaaaaaaaa...takkan pukul 9 taknak bangun lagi"

"Eh, dah orang lain tidur, kau berjaga. memang wajar lah jadi macam ni"

"Hahahahaha, nak aku bagitahu dia ke? Kau pun satu, tidur la awal, lepas tu bangun awal "

"Eh, apa kata lepas subuh kau buat-buat bising gak, alaaaaaa, kira macam balas dendam la "

" oh ya, kau buat-buat la protest. tutup muka dengan bantal ke"

" Takpun, sebut perkataan 'Ya Allah' kuat-kuat ke, macam bagi amaran la"

"Kau post dekat blog?  Hahaahahahahahahaha "

Cukup.

Boleh kita berbicara pasal SABAR? 

Kamu pernah dengar tak ayat:

 " Dont get my personality and my attitude twisted; my personality is ME and my attitude depends on YOU."

Pernah tak? Jawablaaaaaaaaa. Saya tunggu jawapan awak ni. Komen? Setuju ke dengan ayat tu?

*jenuih pikir

Pendapat saya ada dua : 
Pertama-  Orang sabar takkan setuju dengan ayat itu
Kedua- Orang tidak sabar [Baca: Bukan Penyabar] sahaja yang setuju dengan ayat itu.

" Bajet bagus ini pelemmmmmmpuan maaaaaaaaa "

Heh. Hanya berkongsi pendapat maaaaa.

 Ukhti Nina kata 

"Kalau kita BerSABAR, kita tidak akan bercerita dengan yang lain "

" Kalau kita kata kita di dah lama 'TAHAN SABAR' means kita ni bukan seorang yang sabar "

contoh ayat : " Bla Bla Bla...Korang tahu tak?Aku ni masih bersabar lagi ni..." *muka bengis

 *eceh. Tiba-tiba rasa ada yang jelek dengan saya.

Ooooo, saya pun baru tahu. Hmm, bagus. Moga diri sendiri ni banyak-banyakkan bersabar.

Bersabarlah kamu apabila diuji. 

Sentiasa bersangka baik dengan tapak kaki
Sentiasa bersangka baik dengan pintu almari
Sentiasa bersangka baik dengan periuk pinggan mangkuk
Sentiasa bersangka baik dengan kerusi meja

Sentiasa bersangka baik dengan buku-buku
Sentiasa bersangka baik dengan baldi-baldi
BAIKLAH! Arahan diterima

Saya nak selitkan sedikit ayat masa ber'tadabbur' tempoh hari :


" Jika ada 20 orang yang sabar dikalangan kamu,
nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh " 
- Surah l-Anfal [8:65]

dan
" dan jika ada 100 orang yang sabar dikalangan kamu,
mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir "
- Surah l-Anfal [8:65]

Nisbah penyabar dan bukan penyabar ni kira 1:10 la kan?

"Hah, macam mana Che kak? apa kata kau banyak-banyakkan bersabar."

Ya memang aku tengah bersabar. [tengok ada ayat tengah bersabar : Means bukan penyabar]. Perlukan banyak lagi Ayat-ayat al-Quran dalam jiwa nampaknya. Lagu Judika dah fasih part korus. Kau ulang benda tu beribu sekalipun, kau ingat hati kau tenang? Heh. Kau silap c. Silap besar. *tampar muka berkali-kali. Eh, macam dah terkeluar topik la. Hahaha

*Back to our Sabar

Ayat saya :

Sabar ni berkait rapat dengan bersangka baik Maksud saya bila kita rasa nak marah means dah tak boleh tahan sabar, kita bersangka baik. Kita fikir yang positif. Mungkin ada sebab 'baldi menyanyi-menyanyi' tu. Atau mungkin ada sebab kerusi nak 'berjoget-joget' tu. 

Oh ya, untuk sahabat.
" Sabar. Fikir Positif. Bersangka baik dengan ibu, Ingat bahawasanya ibu kita ada sebab tersendiri. Nak tahu sebab apa? Tanya la dia. Biasanya kalau mak saya la kan, dia berkias dengan perbuatan. Yang sebenar-benarnya tak terzahir pun kata-kata dia.



Ok. Kurang idea. Chow

p/s : "When you lose my way, to Allah you should turn", kata Abang Maher Zain.

December 14, 2012

Congratulation myKak Long!


Assalamualaikum semua!
O Genki Desuka?

Watashiwa Genki Desu :)
*Alhamdulillah

Ehe. Rindunyaaaaa nak masuk kelas Jepun lagi.
Sempat belajar sampai tahap II je.
Hmmmmm
Teringin jugak nak g belajar di Jepun.
Tapi takut.
Kah3

Oh, by the way. Post ni sebenarnya telah diperamkan dulu dalam draft atas sebab-sebab tertentu.

Sebab pertama : Malas
Sebab Kedua : Tak dak idea
Sebab ketiga : Malas nak layan internet meloading
Sebab keempat : Buat thesis
Sebab Terakhir : Buat thesis sambil bertweet
Sebab bersebab : Banyak habiskan masa depan laptop. tapi buat benda tak berfaedah.
Cuba teka benda tak berfaedah apa yang saya layan??
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa 
Ada 3 semuanya.

Here is MySister!
Omedetou gozaimasu oneesan 
[baca: Congratulation, kakak!!]

4 DECEMBER 2012

si tahi lalat besar di atas kelopak mata.

Kak long with her ex-housemate, Kak Mala *sengih

Kak Long with her Coursemate. *senyum
Kak Long with her FAMILY *joget
Kak Long's Brothers. *Senyum

Kak Long's Abah and Kak Long's Pretty sister *MUAHAHA

-One day Before-

3 DECEMBER 2012
*memori seratus peratus melekat dalam kepala
Heh. 

AWKWARD 

Nina.
Thanks bagi buah Moktam :)
Kak Long with her Kak Ngah with her 'amir' with her Nina :)
'syafik' : The abang of my 'amir'
siapa nak lawan dengan dengan bulu mata saya?
cepat!
Ma, abg minie dan adik bongsu tak de dalam gambar sebab: 
1)  Ma mengajar kelas tambahan 
2) Adik bongsu (adik za) ada kelas tambahan (darjah 4)
3) Minie dok Matrik

Them.
p/s: Sebenarnya kalau boleh nak elak letak gambar dekat blog. tapi, its all about  myfamily!
ma abah kaklong abg ery abg mini elly kaknik adik tolong doakan kak ngah ye.
doakan kak ngah
doakan kak
doakan
doa
Terima Kasih.
Alhamdulillah.
oh ya, Kak Ngah selalu doakan kamu semua :)

December 10, 2012

Siapa?



Tertidur.
5 minit mungkin

"Jaga diri. Jaga hati. Untuk saya"

Tersedar.

Termenung.

Siapa?

Untuk kali kedua

Pesanan dalam mimpi.

Heh.

*tv hitam putih milik syaitan barangkali

Astaghfirullahaladzim