" Kalau kita
tak sebut banyak kali pun kepada manusia, Allah tetap tahu sehebat mana
impian dan keinginan dalam hati kita.
Bukan
Allah tidak tahu. Bukan juga Allah tidak faham.
Ini akidah
dan keimanan kita, kena yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya. Cuma,
Allah mahu kita usaha. Allah tidak jadikan rezeki turun dari langit, tetapi
kita kena bergerak cari rezeki, barulah dapat makan. Allah tidak jadikan
zuriat tumbuh dari bumi, tetapi kena bergerak cari pasangan hidup, barulah
dapat zuriat. Ini tamsilan dari kata-kata Syeikh Ibn Uthaimin rahimahullah.
Justeru,
bila kita sudah berusaha dengan sebaik-baiknya – demi mendapat apa yang kita
hajati itu – maka serahlah semula urusan atau keputusannya kepada Allah. DIA
memiliki hati dan jiwa manusia. Hati manusia boleh dibolak-balikkan bila-bila
masa sahaja, jiwa manusia boleh diambil bila-bila masa sahaja.
Apa yang
hendak kita bimbangkan sangat sebenarnya?
Perkara
yang perlu kita kemaskan adalah keyakinan dalam diri kita kepada percaturan
Allah. Keyakinan bahawa yang terbaik untuk hidup kita itu hanya diketahui
oleh Allah, bukan oleh kita dan bukan juga oleh mana-mana manusia lain di
dunia. Apabila
kita berjaya serahkan benar-benar kepada Allah untuk ditentukan, maka itulah
namanya TAWAKKAL. Hati jadi tenang sahaja kerana yakin, bahawa yang terbaik
untuk kita itu sudah ditentukan oleh Allah.
Serahlah
soal berjaya atau tidak, cepat atau lambat dan dia atau orang lain itu kepada
Allah. Tapi ingat, jangan hanya cakap serah itu di mulut, kerana jika ia
hanya di mulut, maka kesannya adalah jiwa kita tak akan berteman dengan
ketenangan. "
p/s:
Thanks to this interesting ARTICLE. May
Allah bless you, author. The final paragraph was just enough to make me
think so i decided to cut and paste them here (since i am both
happy and sad at the same time hahaahaha) .So be content and leave everything
to Him. oh hurm, how to be content? One way to be content with whatever
comes your way is by having good expectations of Allah
(bersangkabaiklah). Allah knows
what we want and Allah knows when to grant us what we want. Yakinlah
cumanya kamu haruslah berusaha segigih-gigihnya kalau nak berjaya ya sayang
:)
Love,
kakngah.
|
March 25, 2015
Keyakinan padaNya
Subscribe to:
Posts (Atom)