March 25, 2015

Keyakinan padaNya

" Kalau kita tak sebut banyak kali pun kepada manusia, Allah tetap tahu sehebat mana impian dan keinginan dalam hati kita.

Bukan Allah tidak tahu. Bukan juga Allah tidak faham.

Ini akidah dan keimanan kita, kena yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya. Cuma, Allah mahu kita usaha. Allah tidak jadikan rezeki turun dari langit, tetapi kita kena bergerak cari rezeki, barulah dapat makan. Allah tidak jadikan zuriat tumbuh dari bumi, tetapi kena bergerak cari pasangan hidup, barulah dapat zuriat. Ini tamsilan dari kata-kata Syeikh Ibn Uthaimin rahimahullah.

Justeru, bila kita sudah berusaha dengan sebaik-baiknya – demi mendapat apa yang kita hajati itu – maka serahlah semula urusan atau keputusannya kepada Allah. DIA memiliki hati dan jiwa manusia. Hati manusia boleh dibolak-balikkan bila-bila masa sahaja, jiwa manusia boleh diambil bila-bila masa sahaja.

Apa yang hendak kita bimbangkan sangat sebenarnya?

Perkara yang perlu kita kemaskan adalah keyakinan dalam diri kita kepada percaturan Allah. Keyakinan bahawa yang terbaik untuk hidup kita itu hanya diketahui oleh Allah, bukan oleh kita dan bukan juga oleh mana-mana manusia lain di dunia. Apabila kita berjaya serahkan benar-benar kepada Allah untuk ditentukan, maka itulah namanya TAWAKKAL. Hati jadi tenang sahaja kerana yakin, bahawa yang terbaik untuk kita itu sudah ditentukan oleh Allah.

Serahlah soal berjaya atau tidak, cepat atau lambat dan dia atau orang lain itu kepada Allah. Tapi ingat, jangan hanya cakap serah itu di mulut, kerana jika ia hanya di mulut, maka kesannya adalah jiwa kita tak akan berteman dengan ketenangan. "

p/s: Thanks to this interesting ARTICLE. May Allah bless you, author. The final paragraph was just enough to make me think so i decided to cut and paste them here (since i am both happy and sad at the same time hahaahaha) .So be content and leave everything to Him. oh hurm, how to be content? One way to be content with whatever comes your way is by having good expectations of Allah (bersangkabaiklah). Allah knows what we want and Allah knows when to grant us what we want. Yakinlah cumanya kamu haruslah berusaha segigih-gigihnya kalau nak berjaya ya sayang :)

Love,
kakngah.


No comments:

Post a Comment