Assalamualaikum awak!
Hai, kakngah rasa macam nak bercerita la serba sedikit macamana boleh terpergi Gardens by The Bays, Singapore haritu. Boleh kan? Hehe. Sebenarnya trip ni berlaku pada tarikh 15 Mei 2015. Bagi yang tak tahu dan sebenarnya tak perlu ambil tahu pun, saya sengaja bawa diri ke Singapore. Birthday treat gittew. Nak di jadikan cerita :
Khamis, masa tengah lunch dengan Jah, Jah cerita Kak Intan dan suami ajak ke sana, tapi Jah dan suami masa tu busy. So tak leh joinlah, dipendekkan cerita, ambe yang tak bersuami ni text akak cakap nak ikut. Then, Jumaat tu, kumpul pagi-pagi di kawasan rumah Puan (staff). Maka, pergilah kami ke sana secara gamble sajooo. Dokat je kan? Tapi....... banyak betul dugaan.
Perjalanan dari Larkin - SG sebenarnya sekejap je. Kami sampai di Larkin sekitar jam 9 ke 10 gitu la. Ada dua pilihan tau nak ke sana (bagi yang nak jimatkan kos) : ambil bas no 170 SBS transit (RM2.50 ) ni bas henti-henti dan bas ekspress RM 3.30. Untuk pengetahuan semua, setelah selesai segala hal di imigresen S'pore tu, anda silalah berlari-lari anak bersama yang lain dan terus cari escalator dan terus naik bas (walaupun anda dah tertinggal bas yang sama, anda masih boleh naik bas yang seterusnya cuma perlu saya tekankan di sini SIMPAN TIKET BAS MOLEK des)
Oh ya, naik bas ekspress rm3.30 tu sangattttt la melecehkan sebab lepas imigresen S'pore, kami terpaksa tunggu next bas, bayangkanlah lebih kurang sejam setengah nak tunggu next bus. Peh
|
*google* |
Secara kasarnya, apa yang anda lihat dari sumber google di atas merupakan tempat yang kami terjah. Saya pergi dengan tak tahu apa-apa sebab memang tak sempat nak google images bagai. Alhamdulillah cuaca haritu sangat mendung dan kadang-kadang hujan menitis mencium hidungku. okay, nampak tak ada dua dome yang bertelengkup macam rupa dinasor tu? Haaaaa meh nak cerita. Sebenarnya ada lebih kurang 10 tempat menarik yang boleh anda jalan-jalan di sekitar sana.
1- Bay East Garden
2- Flower Dome
3- Cloud Forest
4- Dragonfly and Kingfisher Lakes
5- OCBC Skyway
6- Supertree Grove
7- FarEast Organization Children's Garden (nampak dari atas ada pools)
8- Heritage Gardens
9- Sun Pavilion
10- World of Plants
28SGD for both dome (flower and cloud)
|
Kawasan luar tempat beli tiket pun dah buat saya ternganga. Sumpah lawa. (Bagi yang minat ukiran kayu ni mesti depa terlebih eksiteddddd ah) |
|
Flower Dome ni luas sangat |
Memandangkan, ruang di dalam Flower Dome ni tersangat lah besar sehinggakan di pintu masuk tu pun dah wow gitu, anda janganlah khuatir tentang pengudaraan di dalam sana. Puas hati sangat masuk sebab aliran udara sangatlah tip top. sejukkkk. Ayuh tengok gambo lagi k?
|
cak! haruslah ada sekeping *gotel sebbeh*
OCBC Skyway - 5SGD
Ok, ini ialah SuperTree Grove yang sangat cantik pada waktu malam. Waktu siang cenggini tak la menarik sangat sebab bila bergambar tak de rasa sangat feel dia tu.Dan dan dan kalau perasan, ada skyway di antara SuperTree tu kan? Haaa yang tu di panggil as OCBC Skyway. Dari atas tu anda boleh la ambil gambar scenery yang cantik-cantik.
Banyak lagi gambar tapi malas dahhhhhhh aaaaih
Ok, masa untuk pulang! Haruslah melalui Bugis Street nih.
|
konklusinya:
1- Makan before masuk sana. Beli bekal
2- Bawak cebuk/mangkuk nak masuk toilet. Botol rumit sikit (haha)
3- Tempat solat ada / boleh je nak solat kat mana-mana
4- Jalan laju-laju dekat imigresen (orang dok pakat hambak bas kot)
5- Jangan lupa beli fridge magnet ok!
6- Haruslah Berani :P
- Bas pergi rm3.30
- MRT (tak silap 3.10sgd) *sekali return*
- Bas balik 3.30 sgd
- tiket masuk Dome 28sgd
till we meet again! Bye S'pore.