June 27, 2015

Happy Fasting!

Assalamualaikum ya habibiiii

Salam Ramadhan daku ucapkan buat diri mu di sana sini dan situ. Moga baik-baik sahaja hendaknya. Saya mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut dan patah balik hujung rambut ke hujung kaki. Kosong-kosong ya? Baju raya colour apa tahun nih? Dah buat kuih raya? Nanti jemputlah datang rumah. kalau segan datang sorang, datang lah bawak rombongan. Kalau segan jugak tahun nih, tahun kedepan pun boleh. Tapi, kalau single jugak, takpe awak. Jangan bimbang. Takpe single, janji kachak *tabur juraian air mata ingat kisah lama*

Hari ke-9 puasa dan masih lagi di UTM. No bazar. No makan luar. Setiap hari buka puasa di masjid. Jimat duit. Siap makan boleh terus berjemaah. Nasi setalam kau baham. (Tips tak nak makan banyak: telan air masak banyak-banyak sebelum berbuka) lepastu, masa makan boleh bagi alasan, alaaaaa kenyang dah.*tolak nasi ke tengah* muehehehe

Selamat berpuasa dan beribadah kepada sahabat-sahabat di luar sana.
Mohon doa dengan penuh pengharapan padaNya di bulan yang penuh barakah ini.
Doakan ibu dan ayah kalian.
Doakan juga moga doa ibu dan ayah di makbulkan.
Doakan juga moga doa baik-baik untuk kita yang dikirimkan oleh orang yang tidak kita ketahui dimakbulkan.
dan
Doakan saya.
Masjid As-Syakirin, Klcc '15
Selamat Berpuasa.
Kalau lapar sangat macam saya tadi, tidur lah. 
Takpe saya redho

No comments:

Post a Comment