Heh. pernah tak rasa diri sendiri 'a little bit bangang'? Sebab kadang-kadang rasa benda yang lepas dan tak perlu fikir tu bermain di fikiran? ohoiii. Kena la percaya pada ketentuanNya. Apa mungkin engkau meragui dengan takdir Illahi? Agitchuuuu #bilasetajahberbicara
January 30, 2016
January 27, 2016
Random
Resah? Ya mungkin aku seorang sahaja yang kadang-kadang gelisah dengan diri sendiri. Allah, sesungguhnya aku takut untuk mengharungi semua ini. I feel like doing nothing. Cuma aku harap, kau kuat la ngah! Study betul-betul. Azam letak tepi. Tak guna ada 'azam' tapi satu habuk pun kau tak pernah rasa nak bersungguh capai. Tak payah la nak kejar apa yang orang lain sedang kejar tu as long as kau dah buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik. Paling terbaik sekali ialah kau nak balas jasa ma abah kan ngah? So, tak payah la nak fikir give up ke apa. Tapi kan ngah, kau dah mula menjauh kan? Kau dah mula jadi diri kau yang dulu kan? ehe. Teruskan. Just work hard like you always did and do your best ngah. Kau ingat kau boleh patah balik masa? Ohoi tak. Tak mungkin.
Cuma satu je kelemahan kau ni, mudah patah semangat. Tolonglah. Tolong jangan takut-takutkan dia. Sejujurnya kau sangat mudah 'jatuh' tambah-tambah bila seseorang yang kau kagum dan hormat cuba untuk 'jatuhkan semangat' kau kan? Ya, sabar ngah. Tak apa, pedulikan mereka semua. Kalau stress usha la tiket AirAsia. Pi jalan atau balik. Senang cerita. Balik rumah. Entah kenapa rasa dalam banyak-banyak student, aku rasa kau la yang paling tak berdisplin. Entah. Eh rasa tak sabar pula nak sengih sambil kendong thesis tebal tu .......
Keep remind yourself that 'good things are always bound to happen'.
You are halfway there ngah. Keep going!
Everything will be good. You'll end this. Soon.
Hang in there. Struggle. Pray.
oh out of sudden i feel like wanna a long hug from mum ;(
January 09, 2016
Finale Part II : Sabah Bha (Kisah Bot Sampan ke Pulau Sibuan dan Pulau Matabuan)
UPDATE: memandang aku tetiba rasa nak bercerita secara details di mana dari start naik bot sampan hinggalah sampai ke pulau-pulau tersebut, so aku divide kan kisah finale ni jadi dua (Finale Part 1 and Finale II)
Assalamualaikum :)
P/s: Untuk Finale part II ni - kisahnya dari Pulau Matabuan - harung laut - ke rumah kolam :) Selamat membaca ya.
ayuhhhhhhhhhhhh mari mulakan perjalanan balik
rupanya bot sampan dah terkena dasar pasir - terpaksa turun dan jalan lah kami. Ya Allah insaf sekejap melihat ciptaan Illahi ni. sayup mata memandang. mintak tolong takde sapa yang dengar =="
Kaknis dah tak larat dah. nasib ada laki :p dan aku? jalan pakai kaki la apa lagi. Bukti ?bawah haha
Bukti satu. Lama juga kami ambil masa harung air ni nak ke lautan dalam nuh. pergh lenguh oi jalan kaki dalam air nih. dah la pakai track - nak nak air pulok masuk dalam seluar - gila berat nak angkat kaki
*Perasan tak apa ada di belakang minah hitam tuh? Hah, aku pernah mention kan dalam previous post pasal Pulau Bodgaya - hah tu la rupa orang tengah tidur tu. mungkin kisah sini ala-ala kisah yang langkawi tu, kot?
Gigihnya kau angkat seluar penuh air campur pulok dengan pakai selipar toilet je. Aku dah jauh ketinggalan di belakang disebabkan selipar jambea tu cabut sokmo dari kaki =="
Jumpa makanan laut. Abg Talib and suami kaknis teruja gila bila jumpa makanan laut ni. Terus di kutipnya untuk di bawa pulang...
Tapi sayang.........
Aku terpijak masa nak naik bot tu. hahahhahahahahaha. Boleh tahan sakit kaki kena duri dia. Si sabri siap kutip isi lepas tu makan. Kesiannnn nengoknya haha
Haaa, laut kembali dalam lepas penat harung air putih tadi.. Air laut sulu dah mula buat perangai - mungkin sebab hujan. Sampan kami memang tak boleh bawa laju sebab ombak besar.
Masa tuh, tawakal ajolah namun Alhamdulillah. Allah panjangkan umur kami dan kami sempat sampai di rumah. Mama nampak runsing! haha
Ambik kau! habis lens. terus bungkus kamera sebab takut bot sampan karam. jauh kawe mikir kea tuh
Masa tuh, tawakal ajolah namun Alhamdulillah. Allah panjangkan umur kami dan kami sempat sampai di rumah. Mama nampak runsing! haha
Terima kasih bot sampan kerana sudi berkhidmat. Terima kasihhhh!!!!!!!
Alhamdulillah! Terima kasih kaknis dan keluarga :) Terima Kasih Allah pertemukan kami. layanan yang sangat-sangat baik! Nanti c pergi lagi . Sayang semua thanks again.
C rinduuuuuuu
Maaf kepada sesiapa yang terbaca post ini untuk study pasal pulau area semporna. Maaf sebab sikit pun saya tak boleh tolong even bagi maklumat harga bot laju or inns/hotel area Semporna. Trip yang saya ceritakan ini pun tak pernah terfikir dek akal. Huh. sungguh saya tak mungkin lupakan trip laut nih :) (maaf juga kepada kaknis kerana menyusahkan. Maaf juga kot akak terkejut tengok c update blog - minta maaf siap2 - harap dorang di sana tak jumpa lah blog c nih)
p/s : Pengalaman mengembara ni memang sangat membuka minda kita. Betapa besarnya kekuasaan sang Pencipta. Mulanya takut nak ke sabah sebab ya la, banyak kes kat sana kan? Tapi, Allah mudahkan. Habis dah kisah Sabah. Hek elehhh sabah je pun. Kesah? Can't wait for my next trip! Wehuuuuuuuuuuuuuuuuu
p/s : Pengalaman mengembara ni memang sangat membuka minda kita. Betapa besarnya kekuasaan sang Pencipta. Mulanya takut nak ke sabah sebab ya la, banyak kes kat sana kan? Tapi, Allah mudahkan. Habis dah kisah Sabah. Hek elehhh sabah je pun. Kesah? Can't wait for my next trip! Wehuuuuuuuuuuuuuuuuu
January 07, 2016
Finale Part 1 : Sabah Bha (Kisah Bot Sampan ke Pulau Sibuan dan Pulau Matabuan)
Assalamualaikum!
Part last dah kisah sabah ni hoyeh hoyeh. Nak jugak post entry nih sebab i bukan jenis buat kerja separuh jalan. ceh ~ Yuk kita sambung yuk. Gigih oi kisah akhir bulan 8 update selang bulan tetiba last part jatuh pada Januari 2016. Pheeew boleh bayang tak busy dia tu macam mana?
Hey we go! Pagi tu, mama berat hati (dia cakap dengan anak dia pakai bahasa dia) nak bagi kami pi pulau pakai bot pam nih. Bimbang sebab masa tu ada kes tembak tu siap keluar tv - tapi akhirnya mama benarkan juga rupanya salah pemahaman. eheeee. Terima kasih mama mak mertua kaknis!
UPDATE: memandang aku tetiba rasa nak bercerita secara details di mana dari start naik bot sampan hinggalah sampai ke pulau-pulau tersebut, so aku divide kan kisah finale ni jadi dua (Finale 1 and Finale Part II)
Ni la rupa bot pam kami. Orang lain naik bot laju / speed bot bayar beratus nak ke pulau - panas sikit pun tak kena muka - berbeza dengan kami - bukan setakat panas, air laut tu tak yah cakap la tak berhenti menyimbah muka - aku ni siap dok fikir kalau tenggelam ni mesti family kat klate nu sedih haha
cakkkkkkk. tu ikan nak bagi ikan pelihara kat kolam tu makan RM1 sekilo. Ayuh!
Resort Singamata (salah satu resort yang terkenal nih dekat Semporna) *hai*
Perjalanan 'laut' dah bermula.
makanya aku mulai perjalanan ini dengan zikir dan selawat *takut* haha
Tiba-tiba - Enjin bot sampan ditutup oleh abang talib. Aku dengan kaknis senyap dan terkedu bercampur takut. ya lah, baru dalam setengah jam gerak, takkan la bot sampan dah rosak..
Sabri meluru ke belakang sambil pegang pendayung. Aku dengan kaknis muka cuak sebab tak fahammm!
Rupanyaaaa....
Air tohorrrrr.. Aduhhhh
Pengalaman naik bot sampan tempuh air laut bergelora nih memang aku tak leh cerita ke sapa-sapa lah. Ya Allah scary weh. Laut sabah sangat sangat cantik.Rupanya baru faham bila tiba part air yang dalam, enjin boleh dihidupkan, bila tiba part air paras lutut - terpaksa tutup enjin - bimbang blade patah (blade pun dari kayu je) - dan bimbang hidupan laut tu rosak. So, sabri lah yang jadi pendayungnya bila tiba part air tohorr
ok, puas dayung dan menikmati dasar air. nampaknya pendayung dah tak perlu dayung dah. air dah kembali dalam, blade lepas tak kena hidupan laut dah.
jom! *bunyi enjin bot pam*
Eh. Enjin bot di matikan lagih? Ya... yang ni paling menggerunkan. Keadaan masa ni air dia sangat sangat tohor dan terumbu karang besar seolah-olah menjerit kesakitan terkena bawah sampan. Maaf tak de jalan lain dah. Si Sab terus menerus cari jalan dan gigih guna kayu dayung untuk elak sampan kena terumbu yang lagi besar dan kasar - usainya - perjalanan di teruskan seperti biasa ...membawa kami ke
Pulau Sibuan!
Alhamdulillah puah hati - 2 jam naik bot sampan ni oi jenuh nok bulih ko sapa sinih. Hite habih muko
Terus snap! orang lain tengok semacam je kah kah kah ye la dorang kan naik speed boat
Turun bot sampan teruih aihhhh terjun laut! jam 12 tengah hari tapi air laut perghhhhh sejuk ya Allah pasir putih dia apatah lagi
Opps! Polis marine mai terjah dah dengki la tu tengok kami syok berendam tak sampai 2 minit pun haha. Maka teruslah kaknis and her husband gi explained segala benda. So, kami dibenarkan stay di situ dalam 30 hingga 40 minit sahaja (tanpa tulis nama) - Secara faktanya, penduduk tempatan sebenanya boleh ke pulau2 berdekatan tak ada masalah bagi pihak peronda - cuma - kalau contoh nak picnic ke apa ke depa kena tulis nama. Bahaya. Mungkin untuk record sahaja. Lainlah pelancong lain tu, depa dah siap isi borang kebenaran untuk ke pulau.
Gittteww aih muka dua sejoli nih. Jeles pulak kita nengoknya :p
Posing sikit. Haruslah ada gambar dengan kakak tersayang nih
posing lagi...
dan lagi...
eh eh eh romantik sangat aih doakanlah nok jugok! hahaha
Sambil mandi sambil kutip. Sumpah aku rindu Sabah!
*maaf terbanyak pulok gambor diri sendiri untuk post sabah ni. padahal dah janji dengan diri sendiri tak nak expose gambor sendiri ><*
*Bot mahal - kalau korang pergi sewa hotel area jeti, haaa bot ni la yang korang akan sewa*
So calming... Semoga
suatu hari nanti dapat lagi ke sini.....
ayuh berangkat dari Pulau Sibuan!
Hujan mula turun. Air bergelora. Pendayung bot (hahaaha) buat keputusan untuk singgah di pulau lain (Gambar atas tu pulau yang kami tuju selepas Sibuan)
Oh, ada penduduk! tengok toilet mereka macam best je
yeah nampak dah tempat nak di tuju
Jernih sangat aih airrr.. Beracun nih . Ndak boleh makan
Kalau dah air tetiba warna macam ni maksudnya apa ya kawan-kawan?
Maksudnya........kami terpaksalah turun dan tolak bot sampan sebab air cetek. kahhh
Harung air dari paras lutut sampailah kaki sentuh pasir darat sambil tengok hidupan laut yang sangat2 cantik
Sambil jalan sambil kutip tapak sulaiman ni. Kata Sabri - tapak sulaiman ni akan makan sisa-sisa ikan kecil yang dimakan oleh ikan yang dia pelihara tu. Yang aku faham - tapak sulaiman ni akan berfungsi sebagai majlis daerah la kan?
Rupanya kami menyinggah di Pulau Matabuan.
Tenang sangat masa duk termenung bawah ni sambil makan kudap-kudap tu. Aku rasa orang sini memang sikit pun tak fikirkan masalah negara =="
Eh, itu pulau ke? bentuk muka manusia. Ya kata mereka : tepi tu Pulau Bodgaya. Oh ya, belakang pokok ini kami ada jumpa kubur pelauh siap pakej bendera putih + merah lagi menandakan berapa ahli keluarga yang sudah meninggal di tanam dalam satu lubang.
Bila di belek-belek balik dalam SD card rupanya ada gambar Pulau Bodgaya yang diambil dari jarak jauh. Dan, sebenarnya kalau gambar ini di snap lagiiii jauh - anda boleh tengok rupa bentuk manusia yang sedang tidur. Mungkin ada kisah di sebalik pulau ini
Tada! ni la rumah pelauh tu. Eh, mende gok pelauh tu?
Pelauh - (Bajau laut yang masih lagi mengamalkan kehidupan nomad di mana mereka jadikan perahu sebagai tempat kediaman mereka - sekejap stay di sini, sekejap di sana yang penting dalam perahu dalam laut) Kata kaknis: pelauh ni naik je ke darat tapi naik untuk minta sedekah hanya untuk beli makan/beras. Tapi kebanyakan golongan muda pelauh ni 'hisap' gam. mungkin untuk hilangkan rasa lapar. Wallahualam apa-apa pun janganlah kita memandang hina pada mereka semua kerana sesungguhnya mereka mungkin lebih mulia di mata Allah. aderrr
Masa untuk balik ke rumah!
p/s: Sekian Finale Part 1 - ayuh ke next entry - Finale Part II :)
Subscribe to:
Posts (Atom)