January 05, 2016

Part IV : Sabah Bha (Rumah air Pulau Bum-Bum)

 Assalamualaikum! 

Aci tak nak sambung kisah di Semporna haritu? kah kah kah berhabuk siap parking masuk draft lagih berbulan.

Okay, part yang ni nak cerita dan tunjuk serba sedikit kawasan Kampung Labuan Haji; iaitu salah satu daripada kampung yang terletak di Pulau Bum Bum ini. Saya dipelawa oleh kak Anis untuk tidur di kolam (rumah air) milik suaminya. 


Ni haa rumahnya..


Haaaa rumahnya lagi..kalau perasan bawah tu ada pukat kan? haaa bawah tu la kolam nya. Ada ikan untuk di ternak dan di jual.


Sampainya saya di sana dah nak maghrib, malam tu terus mama hidangkan ikan bakar ni. Fresh~ Ada lobster sekoq! Puah hati hoi. Kami main bakar-bakar ni depan ni la. 


Masa ni la saya ambil peluang nak berkenalan semua. gittew aih pi rumah orang kena la keluar rumah. Jangan la amalkan duk rumah orang - berkurung dalam bilik - orang panggil makan baru keluar. Oh please lah! Ni area lapang sebelah rumah, pergh bintang bertaburan dekat atas nuh ya Allah tuhan sajalah yang tahu betapa excitednya aku malam tu hahaha


Pagi menjelma~ haaa masa ni tersalah bangun lewat sebab malam tu husband kaknis bagi pinjam kaknis, apa lagih, pillow talk la. Oh ya, nak cerita,  pengalaman tidur dalam rumah air ni bagi aku menggerunkan jugak la. hahaha sebab masa tidur tu rumah bergoyang dek ayerr laut huih 


Morning dik!


Haaaa lari ya tengok akak pegang kamera..gigih lari ingat aku tak leh snap ke


Agak menakutkan jugak tengok laluan nih, bebudak kecil rileks je lalu, berlari bergurau area nih. Aku jalan macam pijak semut pun tak mati orang kata 


Haaaaaaaaaaaaaaa buat apa teeewwwww?
*Jangan salah sangka ya, ini budak tengah pegang kail, konon nak mancing*


Kak nis kata ni nak buat bilik untuk dia nanti, senang mai kolam boleh stay sini tak berebut bilik katanya


Aku duk bertapa sini je dari pagi tu. ye la, duk menahan nak berak hoi malu segan sekali blup orang nampak taik jatuh bawah rumah kaaaaaah


Okeh tak tahu dah nak buat caption apa, enjoy je lah ya.


SubhanAllah...Allah je tahu perasaan bangun pagi celik nampak laut nih. Bagi penduduk setempat mungkin dah biasa dengan scenery macam ni. Semua family kaknis siap gelakkan aku sebab pelik tengok aku sengih tak berhenti (maksud aku : excited lebih)

Satu lagi keterujaan aku melihat anak-anak bajau laut ni BERENANG~
Yilekksssss je weh.


Aku duduk dekat tangga rumah sekali eh si (lupa nama) ni timbul, lols ada orang rupanya bawah kaki ni  hahahaha mati-mati ingat buaya


Aku harap nanti dia besar............


dan tiba-tiba ternampak gambar yang aku post ni........


janganlah terkejut dan marah. Sesungguhnya akak admire you dik....


dan adik pun pasti berbangga sebab banyak kot gambar awak akak masukkan kat sini haaaaa jangan kalut nak saman lah!


Ajak kaknis, nak mandi jugak dekat tangga ni, mama, si sabri bagi cuma tak dak masa sebab masa ni tengah tunggu bot pam pakcik nak meronda pulau (next entry will be the last part about sabah sorry k, busyyyy tak dang update muaahahaha)


Ok lasttttttttttttttttttttt


lasttttt


Part paling aku duk fikir fikirkan bila tengok keadaan rumah ni ialah ; depa pakai kayu apa ya tahan berbelas tahun rendam dalam air laut tu. Seingat aku, mak sedara sabri bagitahu satu batang kayu tu berharga antara Rm70-80 zaman dulu. Zaman dulu ok? Kalau sekarang tak tau la harga berapa, papehal roger najib k eh eh? Rumah ni dah berbelas-belasan tahun, Ya Allah lama jugak tahan~

Sekian. Tunggu last part ok! Kita update gambor pulau k.

No comments:

Post a Comment