October 24, 2015

Part III : (Sabah Bha : Semporna)

Assalamualaikum!
Ayuh sambung cerita basiiii :P
Part 1 dan Part 2 dah baca kan? jadi marilah kita bercerita Part III pulak. Maaf ya, kisah kali ni panjang sikit memandangkan saya tak cukup masa nak menulis semua. So, ambil la separuh-separuh, lagipun takdak sapa keeeesahkan? hihuuuu. Yang Part 2 tu sebenarnya panjang lagi kesahnya, tapi cukuplah sokodar itu. Nak bercerita pasal orang Tawau dan orang Semporna pulak nih. Bye KK jumpa lagi InsyaAllah!


Day 3 - (0730 pm took flight to Tawau) Kali ni trip sorang. Berani sesorangkan tak kisah dah as long as pandai jaga diri. Alhamdulillah Allah jaga. Berpisah dengan geng KK around 3 petang gitu. Maka, melangutlah sorang-sorang dekat airport KK tu, Nak hilangkan bosan, cari lah kawankan? Guess what, hahahahaha saya jumpa dua orang Tawau. Sorang guy dan sorang lagi GC, Kak Jue merangkap guru cemerlang-tokei bunga-tokei tupperware - (kisah kak ju dari zaman dia belajar di UPM sampailah sekarang telah mengembalikan semangat saya untuk terus hidup. cehhh gitchuuuuuu). Yang Tawau guy tu pun, ok lah. Kelakar dan banyak betul ceritanya, jenuh melayan. Baik dan jernih je muka *wink-wink* 


Okay sekarang 0910 malam. Hai Tawau! ada orang offer nak ambil gambor, so kita on je la. Pipi kembung muka bengkak, Macam apa ntah, bior ler. Bior dah memang gitukan kehendakNya. Suasana ni airport Tawau agak seram haha last flight rupanya yang pukul 9.10 tu. Ya Rabbi, tak tau nak gi duk celah mana sambil tunggu kawan ambil tu, bagitau kawan 9.30 ==". Huih

Perjalanan dari airport Tawau ke Kampung Batu 2, Semporna ambil masa lebih kurang 45 minit. Kus semangat tengok jalan. Kiri kanan ada pokok kelapa sawit je. Patutlah a friend of mine terkejut bila saya cakap nak naik bas. Nasiblahhh boleh pujuk Kak Anis ni mintak tolong ambil :) 

Jumaat 14 ogos '15 yang mendamaikan! Hari pertama di Semporna ni, saya ambil keputusan untuk ikut kakak comel ke sekolahnya. Auuuuuuum naik bot. Huuyoooooo.


Sambil-sambil tunggu bot saya sempatlah snap gambar kawasan jeti tersebut pakai phone je sebab memory card tertinggal kat rumah. So calming~ SubhanaAllah


Dah penat melayan gambar? Lawakan? Pergilahhhhhhhhh Semporna, tak rugi lah. 

 

Cool gila naik bot haji ni ke dari area jeti cikgu ke SMK Bum Bum yang terletak dekat Pulau Bum Bum ini. Ya Rabbi, jakun i dibuatnya. Dulu pernah jugak cross sungai dari Tanjung Sedili ke Tanjung (lupa nama),  Johor. Seronok kau! Serius lawa dan bertuah sebab sempat tengok Sunset (tak update pun hhaha). Sesampai di seberang sana, kami naik bas (van yang dipanggil bas,gambar bawah ada bas tu, kaler oren). Bagi saya, perjalanan dari Jeti tadi - naik bot- naik bas- sekolah- sangat mencabar. Jauh kot. Moga Allah permudahkan urusan cikgu-cikgu di sana 


Kata Kaknis, ni satu-satunya sekolah menengah dekat Pulau Bum Bum (sesi pagi petang) dan selebihnnya ada 14 buah sekolah rendah dekat kawasan pulau nih. Besar pulau ni rupanya. Kata Kaknis lagi, sebesar Singapore (mungkin lagi besar dari S'pore, kot).


Sekian. Kejap je kelasnya. Ayuh balik! sempat bergambar sebab kelas akak atas rumput tu je haha. Masa akak tengah mengajar, ada dua tiga orang boys tengah berangan. Saya bangun dan tanya " mana buku teks? saya tengah pantau cikgu awak ni tau " Cecepat budak tu keluarkan buku. kahhhhhhhhhhhh :p

p/s: balik! Catatan perjalanan #solotrip disekitar pulau-pulau semporna akan sambung di lain entry! Next entry will be more exciting! Stay tuned ya :) 

No comments:

Post a Comment