October 07, 2015

Part 1 : Sabah Bha (Kota Kinabalu)

Assalamualaikum *lambai

Memandangkan mood menulis dah mai dah, ayuhlah lelaju kita bercerita di sini catat yang mana yang menarik dan tertarik pasal Sabah nih. Okay untuk part 1 ni, saya nak bercerita serba sedikit pasal Kota Kinabalu. Sejujurnya entry kali ni tak berapa menarik sebab tak menyempat gi banyak tempat since ada sikit masalah. Nantilah nak cerita :P Oh, untuk pengetahuan semua, kisah Sabah ini akan da banyak entrynya memandangkan saya ke sana lebih kurang seminggu: 
-3 hari 2malam di KK (berteman)
-4 malam 3 hari di Semporna plus Tawau sikit (alone)

Memperkenalkan, partner travel kali ini. Tadaaaaaaa.... style muka tak malu main rembat je. *baru kenal dekat aiport* kah!

Adleen, Kak Ida, Pn, Rodee (duduk). Fariq dan En Husin (berdiri)
Okay sebelum tu, meh nak confess one thing, sebenarnya seminggu sebelum pergi tu saya punya jiwa tengah berbelah bahagi nak pergi dengan tak sama banyak. Masa tu saya dah tak kisah pasal tiket burn ye lah, jiwa tengah berkecamuk kan. Sekitar jam 11 malam (flight 7.25 pagi esoknya) masih lagi berfikir nak pi ke tak, gila dan ya itu lah saya…………..

Day 1

11 Ogos 2015// Tiba di sana jam 9.30 pagi selepas dua jam terlena tidur dalam flight. Seperti biasa, aku setiap kali travel mesti perut meragam. Alkisahnya !@#$%^&*($%^&* perut ku. (sama lah kes day 1 dekat Vietnam, Singapore atau paling tidakpun setiap kali nak balik kelate drive sendiri. Tak faham betul). Jap, perlu ke cerita? Hahahaha.


Okay sambung, selepas selesai semua hajat kami terus ke information desk ambil Peta Sabah (benda wajib setiap kali travel), kemudian dekat situ terus decide sama ada nak naik bas (RM5 to Centre Point Sabah) atau nak ambil teksi. Bajet punya pasal, bas lah yang jadi pilihan kami

sumber my.sabah
Tak dang panas punggung tuk tuk dah sampai ehhh CP, macam tak berbaloi je bayar rm5 tu haha. Turun bas, lintas jalan terus ke Hotel Traveller, Kampung Ayer (RM105 per night : Queen bed + single bed). Hotel ni sangat dekat dengan Pasar Filipina, tempat makan, pasar pagi, downtown etc. yang ada di sekitar tengah Bandar KK itu dan bagi aku tak salah pilihan lah sebab tujuan travel ni nak tengok dunia luar, kalau hotel pun dah 1k lebih per night boleh cari orang lain as your travel partner. Selagi ada tempat boleh rehatkan diri dan selamat, murah takpe janji tidur lena!


Inilah hotelnya. yang muslim tolonglah jangan buat mabuk pergi masuk wong kok bukan mamak tu ok!



Kami kemudian solat zohor terlebih dahulu dan terus keluar jalan-jalan sekitar kawasan tersebut. Merayau dan merayau tiba-tiba termasuklah bangunan Centre Point, Alhamdulillah nasib kami agak baik hari tersebut sebab sekitar jam 1 petang ada show sempena Sabah International Falklore Festival (2015) dan kami sempat menyaksikan semua tarian pendek dari 16 buah Negara. Teruja!

TAIWAN:
 INDIA

sorry. pusat bujir so kamera i ni yizlamikkk ok

Layan je la. Manalah nak ingat negara mana semua tu. Turki punya tak sempat ambil sebab ralit tengok dia duk hentak kaki, dan perlu mention kat sini : gambar 3 terakhir kat atas ni tarian merekalah yang paling best, dari tarian tu kita boleh agak apa yang mereka cuba sampaikan. Menarik! Tengok muka pun dah tau kan semacam je ekspresi muka haha

Malam menjelma dan kami ambil keputusan untuk balik ke hotel terlebih dahulu sebab badan sudah menjadi lemah maaa. Penat mata melihat joget-joget agaknya heee. Tetapi, penat tolak ke tepi, bunyi bising dari luar terlalu menggiurkan. Kami Pasar malam (downtown) dan berjalan lagi sekitar kawasan tersebut. Anehnya pukul 9 malam dah tutup kedai.oh ya, dekat area downtown tuh, ada satu benda yang aku berkenan dan sampai sekarang aku masih teringat. Teka apa. Sneaker dan sport shoes bundle yang brother tu jual. Original dan menyesal sebab tak beli. Murah dan menyesal. k menyesal sekian

Catatan perjalanan kami ke Kundasang dan Tamparuli dengan menaiki kereta akan kami sambung di lain entry! Stay tuned J

No comments:

Post a Comment