Assalamualaikum!
Rabu 3 January 2018 dan saya masih lagi bergelumang dengan #phDlife. Perit. Sangat perit. Tapi perjuangan ini tetap saya teruskan. Susah untuk gambarkan perjalanan hidup sekarang. Orang kata, sabarlah just go with the flow. Kena kuat. Usaha lebih. Doa banyak-banyak. Yes, terima kasih untuk semua pemberi semangat. But please note that, saya tak nak biarkan diri ini/situasi ini hanyut dengan kata-kata ' sabar, just go with the flow'. No, i won't. Hence, i push myself to be that flow. It's a must. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang perjalanan phD sangat smooth (ya saya tahu saya hanya menilai secara luaran dan tak tahu pun apa yang berlaku disepanjang perjalanan mereka) tapi hati saya kuat mengatakan perjalanan mereka sangat smooth. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan mereka.
Saya? Fuhhhh...saya bukan pelajar cemerlang seperti kawan-kawan yang lain. Dari zaman degree ke master memang bukan seorang pelajar cemerlang. Senangnya mereka yang bijak itu tamat pengajian dengan jayanya. Berkat usaha dan sedikit semangat yang wujud dalam diri ini, saya mampu berdiri tegak di sini. Dan harini, saya masih lagi stuck dengan programming. Pelbagai cara dah tukar; dari Method A ke Method B ke Method C back to Method B tak berhasil; tukar to Method D. Allah..... boleh faham tak perasaan saya sekarang?
Saya sejenis fokus di waktu malam. Dalam tempoh kritikal ini, saya banyak menghabiskan masa di workspace doing all the phDthingyyyyy. Dari pukul 10 pagi ke workspace dan di situlah saya tidur, makan malah menangis pun di bawah meja tu je (haha) Stay back until early morning, around 6.30 am kemas barang balik. Weekdays saya memang penuh. Orang nampak saya kuat, gembira, jalan sini sana. Tapi mereka tak tahu apa yang kita lalui. Stay back until subuh alone kadang tak membawa hasil pun. Kalau dalam tempoh menulis thesis (by chapters), ya nampak hasilnya. Tapi bila melibatkan programming, Ya Allah.....Heret kaki setiap pagi naik tangga dalam keadaan sedih. Sedih yang teramat. No output at all. Benda sama yang di run. Benda sama yang keluar. Bertahun. Bertahun buat benda yang sama....Allah dengarlah...saya sedih ni T__T
Oh ya saya terkesan sangat dengan beberapa orang kawan; yang perli-perli saya 'patutlah lambat habis belajar, jalan (travel) sana sini, duit banyak kan budak phd ni fuyooooo orang bagi duit buat belajar, dia jalan sana sini bla bla blaa....' saya doakan anda berjaya dunia akhirat. Hehehe. Gamaknya orang yang bernama pelajar ni kena hadap buku je 24 jam. eh? ataupun mengikut definisi awak, pelajar ni wajib 26 jam sehari belajar? jangan berak! nanti bazir masa. Orang nampak pelajar ni kena habiskan masa di meja study. Saya bukan jenis suka upload gambar sedang menonggeng struggle nak habiskan belajar. Tak, memang tak suka. Ketahuilah kawan, saya gigih di sebalik tabir kebahagian yang awak tengok tu. Awak nampak saya gembira pergi sana sini balik rumah tanpa risau. Tapi awak tak nampak saya bangun pagi di saat orang lain dibuai mimpi, saya tak tidur malam di saat orang lain dibuai lena. Awak tak nampak saya sedih murung tak tahu nak cerita dekat sapa masalah belajar ni. Awak tak nampak itu. Saya penat tapi saya kena kuat. Kadang pura-pura kuat. Balik bilik mental dah exhausted. Kadang dengan baju kelmarin, tak sempat berbuat apa-apa dah tertidur. Tengok whatApps group family sahaja yang mampu dibalas. Yang penting sahaja saya ambil port. Heartless sangat sekarang. Saya minta maaf. Saya harus kuat demi diri sendiri. Kawan-kawan doakan saya boleh? T_______T
Gambar di atas ni haruslah ditempek. Haha tak sempat turun ke gua, separuh jalan dah tertidur. Kenangan tau! Heyyyyyy, saya masih lagi berfikiran positif. Saya harap saya akan bertambah kuat. Ngah, selagi kau berTuhan, selagi itu harapan kau takkan pernah putus.
Much love!
kakngah yang sedang mengira hari to _________________ days to thesis submission.
Semoga Allah membuka jalan untuk kakngah dan anda semua seluas luasnya.
InsyaAllah tau ;)
No comments:
Post a Comment