November 27, 2012

Never Give UP!

Assalamualaikum!
Waalaikummusalam.
Ehe.
^^,

Mood : Modified Coding-coding Matlab.
Now Playing song thru' headphone gedabak cik ta : Mahar Cinta

Ya Allah, susahnya aih Matlab ni.
Macammana ya keadaan kawan2 yang ambil Science Comp?
Tak terfikir dek akal
Padahal nak tengok flow and pressure je pun
Punya susah nak interprate
Sebulan.

Hadap laptop.
Adjust Diameter.
Tukar Nodes.
Adjust lagi Length.
Tukar Leakonset
Adjust lagi Diameter
Tukar lagi Nodes.

Sebulan.
Tiap-tiap minggu bawa benda sama hadap SV
Selasa coming.
Jumpa.
Fuh, relief.
Ok Dr. saya cuba kat bilik
Balik bilik
Movie sepukul.
Malam sambung

Hadap laptop.
Adjust Diameter.
Tukar Nodes.
Adjust lagi Length.
Tukar Leakonset
Adjust lagi Diameter
Tukar lagi Nodes. 

Blank.

Jumaat.
Jumpa lagi.
Fuh, relief.
Ok Dr. saya cuba kat bilik
Balik bilik
Movie sepukul.
Malam sambung

Back to Selasa.

Back balik to Jumaat.

Esok Selasa?

Hmmmmmmmm

Putus asa?
Ada perasaan tu.
Tapi, nak ke extend satu sem just untuk siapkan this last chapter?

Just now.
Godek FB.

Found this.

Then, teringat satu ayat tafsir.
Tapi lupa ayat mana.
Belek Tafsir.
Jumpa.
Post.

" Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya "
||Al-Baqarah 2:286||


Ok.
Never Give Up!

p/s: Adik2! Kak ngah sedang berusaha untuk menggapai cita-cita itu. Adik doakan Kak Ngah ya!

November 26, 2012

MAAF.


Maaf,

Beri saya waktu untuk pulihkan keadaan ini.
Beri saya waktu untuk memuhasabah diri yang hina ini.
Beri saya waktu untuk mencuci hati dengan kasih sayang Allah
Beri saya waktu untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri ini
Beri saya waktu untuk mencari yang sempurna.

Maaf,
Mungkin bukan masanya untuk kita bercanda seperti dulu
Mungkin bukan dengan ini caranya
Cukuplah saya memberi hati pada yang tidak Halal.
Maaf.
Bukan ini cara hidup saya
Ketahuilah.
Bukan ini cara hidup saya.
Ya.
Bukan itu cara hidup saya.

Maaf.
Andainya perbuatan itu menggores hati lembutmu
Maaf.
Andainya perlakuanku itu menimbulkan persoalan disudut hati lembutmu

Kecewakah?
Sedih?
Bahagia?
Tiada Perasaan?

Ketahuilah.
Bersedih itu bukan jalan penyelesaian
Ketahuilah.
Saya selesa dengan keadaan sekarang
Syukur.

Sungguh.
Terima Kasih Allah kerana membenarkan tangan ini berani untuk menaip.
Dikurniakan hati untuk berani bertanya.
Dan
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan seorang 'insan' dikala itu

Maaf.
Izinkan saya menyebut nama panggilanmu disetiap doa ini.
Doaku moga diri mu diberi kejayaan Dunia Akhirat
Doaku moga dirimu tidak lalai dengan ujian duniawi.
Jaga hati, jaga iman, jaga Ihsan.
Moga diberkati.

Maaf.
Saya bukan bidadari 'Dunia' awak.


*keronyok surat. Buang dalam tong sampah.




Assalamulaikum ^^,

 Kehadapan saudara/i



p/s: saya harap awak baca surat saya di atas tu dalam keadaan yang ala2 sentimental.

Peh.

Hah! Pernah dapat tak surat layang zaman sekolah dulu-dulu? Tak tahu ya apa tu surat layang? Alaaaaa, yang part bila dok meronda satu bangunan sekolah tu, then tiba-tiba meluncurlah sebuah kapal terbang kertas di pipi senah. Bila buka tu, fuhhh. Berkepuk-kepuk bedak. Wangi lagi. Tak faham? Kalau saya berpantun diakhir surat hmmm 'pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas' ingat? Ceh, ok, senang cerita surat layang ni a.k.a surat cinta . Ya, glamour masa zaman budak-budak sekolah dulu. 

Wah, adik-adik gembira ya bila cakap pasal surat cinta. Cinta itu. Cinta ini. Cinta sana. Cinta sini. Tu baru dengar perkataan surat cinta, entah-entah melompat kegirangan bila membaca isi kandungannya nanti. Eh, sesi membalas surat cinta pada zaman ni ada lagi ye kak. Heh. *kuno

Adik-adik, tak salah nak menabur kasih sayang sesama insan disekelilling. Memang tak salah. Tapi, biarlah kena pada caranya. Jangan sampai at the end


" aku tak mahu hidup lagi. arghhhhhh "
*glup glup 

" mungkin ini memang jalan takdir ku "
*potong

" Buang bayi ni ye sayang. saya takut "
*Blupp

" Demi kamu ........."
*Zip!



Ya Allah, cuba baca akhbar harian. Situasi ini wujudkan? Wahai manusia, kucing yang tengah galak mengiau dijalanan tengok pun boleh menggeleng tahu tak. Nauzubillahiminzalik.


                                               Nah LOVE LETTER untuk kamu!

                                                     *fuhhhhh. tiup bedak


Sahabat,


Allah.
Remind me always.
  Jaga Hati.                                                  

November 09, 2012

Ma


Assalamualaikum sahabat :)

Pernah tak terfikir kenapa saya gunakan sahabat instead of blogger?
Pernah tak?
Nak tahu sebab?
Sebabnya ialahhhhhhh

Blogger mana yang baca blog ni kalau tak sahabat2 saya semua.
Hanim, Mijah dan Idil mungkin pengunjung tegar. HAHA

Dah baca tu senyap-senyap dah la =="

Oh ya. Tengah rindu ma sebenarnya ni. Call tak angkat. Call adik, adik cakap ma sembahyang. Then, terus rasa nak update pasal ma. Errr, sejam dok terlengguk depan laptop. Berjaya! Yes. Berjaya apa? Berjaya Download filem Thai. Ceh, hambik nak. Bosan dah aih layan Tamil. Kakaka

Ma. 
Siapa yang tak sayang ma sendirikan? Banyak sangat cerita kalau nak ditaburkan dalam tulisan ni kalau berkait rapat dengan ma. Sungguh. Saya ada cerita saya tersendiri, apatah lagi kamu kan? Oh Allah, terima kasih kerana mengurniakan seorang ibu yang sangat sangat sangat memahami. Sangat. Saya tahu dan kian lama mengerti kenapa ma marah, ma berleter, ma merajuk dan ma tiba tiba taknak cakap dengan saya bila saya buat benda salah. Dulu saya jahil. Errr, maksud saya jahil dari segi aurat. Form 2 tak silap. Naik motor pergi rumah nenek pakai baju t-shirt lengan pendek. Hmmm, tahu tak perasaan berdosa dan hinanya saya sekarang?  Forgive me Allah. Berpuluh-puluh tahun berdoa agar dosa ni dihapuskan, tapi........:(

Eh, macammana dengan abah? Abah sayangggggg, jangan rasa tersinggung tau. Ma dan abah. Sama saja bagi angah. Sama penyayang. Sama pengasih. Sama pendengar yang setia. dan many word lagi lah! i can't fully describe them! They are just too PERFECT for me. Maaaaaaaa, abahhhhhhh <3 

Oh ya, niat dihati bukan nak bercerita fully about ma. Satu je saya nak bercerita. Cerita ni mungkin boleh jadi pedoman buat saya. Best? Oh, biasa sahaja. Manalah tahu suatu hari nanti, bila anak-anak saya dah besar , mereka boleh bercerita kepada kawan2 mereka pasal ma saya. Heeeeee * i mean nenek mereka dang! sumpah malu berangan(O.\) 
Ehem InsyaAllah.

Surah Al-Rahman

Tahu tak pasal surah ni? Mesti tahu kan.




Pernahkan dengar pasal ayat ni kan?
Ok, sebenarnya begini. 
Ma suka ulang ayat ni. Dengar je anak dia dok melaung atas penimbang

" maaaaa, angah gemukkk "
" maaaaa, along gemukkkkk"
" maaaaaaaaa, 47 kilo dohhhhh "
maaaaaaaaaa!

Terus ma sound 

 " Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? ".

 Abah? Sengeh. 

Kan? Manusia ni tak pernah bersyukur sebenarnya. Sekali kena sound, baru tunduk maluuuu. Tu baru sound dengan ma sendiri, kalau kena sound dengan Allah terus? Hah, apa kau nak buat? 

Setiap kali berjemaah dengan ma, masa part baca doa tu mesti saya pergi berhimpit dekat muka ma. Sebab apa? Sebabbbbbb, saya nak dengar doa apa yang selalu ma doakan. Dan, doa syukur dikurniakan nikmat ini adalah satu-satunya yang ma ucapkan :)

Bersyukurlah dengan apa yang ada
Terima Kasih Allah sebab kurniakan keluarga yang bahagia ini


angah eh
Kalau ada hilang sesuatu yang awak sayang tu,
yakinlah Allah pasti menggantikan yang lebih baik

tunggu M A S A je.
Cepat lambat tu semua di tangan Allah
Sekarang ni cuma perlu bersyukur dalam segala hal
Apa yang berlaku ada hikmahnya
Erm, berlaku apa ya?
Entah.

November 02, 2012

Musim Membina Masjid


Assalamualaikum wahai ahli blogger sekalian.
Bajet ramai

eh, tak up lagi follower?
kikikiki
tak pe. Jangan bimbang Kita tengok isi, bukan tengok follower.
Sobs
*tarik hingus

Alhamdulillah.

Barakallah kepada salah seorang sahabat saya Nurainie dan pasangannya Hafis. SubhanaAllah, cantik sangat Ainie di hari bahagianya. Hati ini sangat gembira. Lama sungguh tinggal zaman persekolahan. SPM 2007 di Mrsm Kuala Terengganu. PMR 2005 di SMK Kandis dan UPSR 2002 di SK Kandis. Lama. Sangat lama. Hati mana tak rindukan sahabat lama. Mereka la 'penguat' dan 'pemberi' semangat untuk saya lebih belajar dan lebih memahami tentang diri ini.

Boleh saya review pasal zaman belajar dulu? ermmm. Sikit saja. Boleh kan?

|| 2005 ||

Beberapa bulan lagi nak menghadapi peperiksaan PMR. Tinggal di asrama even rumah hanya beberapa kilometer sahaja dari sekolah. Sigh. Kena paksa ke eh? Lupalah pula. Kelas di asingkan. Dulu kelas 3 Cemerlang di kawasan sekolah, tapi selepas di atur naik turun pencapaian, about 20 orang (kalau tak salah saya la) di pindahkan di kawasan asrama. 3 Super nama diberi. Eceh, masa tu rasa macam ahhhhhh, tersisihnyaaaaaaaaa. Actually, betul-betul depan Dewan Makan. *errrr, no wonderlah dulu saya gemuk kembung macam belon. Eh, plus dengan tak cukup ketinggian. Cuba bayangkan? Blurpppp. 

Dorm atas kelas. Sangat bahagia. Kadang-kadang siap tidur dalam kelas lagi. Selesai mandi pakai baju sekolah, terus turun. Kasut sekolah di bawah, stoking? Dalam laci. kikiki. Sebagai persediaan sebelum cikgu Azizah masuk. Cikgu Azizah mengajar matematik tak silap. Garang. Dulu agak menyakitkan hati bila dengar dia dok berleter. Sangat kuat berleter. Tapi, bila dewasa kian memunculkan diri, saya rasa bersyukur kerana dikurniakan cikgu Azizah. Duduk di bahagian depan, saya ambil berkat 'air liur cikgu2 yang mengajar'. Itu pepatah yang dikeluarkan oleh salah seorang kawan saya, Enny Kaizzah namanya. Haha. Nakal. Sangat. (eh, kisah depan kedai gambar Jelawat sangat rare. Itulah dinamakan takdir. Dah nama jodoh. Ikuti kisah Enny dan tunang next post *lepas majlis akad dia saya postkan*. Kenapa rare? Adalahhhhhhhhhhhh)

Eh, panjangla pulokkk. Nak review sikittttttt je lagi eh. hihi. Boleh je kan? 

Nak dekat PMR. Tak silap saya, ada sedikit salah faham yag berlaku. Apa ya? Saya lupa atau mungkin saya tak tahu apa puncanya. Hmmmm. YA TAHU dan LUPA. Saat ni saya rasa macam sangat dipinggirkan. Tiada kawan yang nak berkawan. Tak silap saya, yang masih sudi berkawan ialah Enny, Hajar, Ain dan Mariana rasanya. Yang lain? Tak tahu. Saat ni, saya setiap minggu akan ponteng asrama, setiap selasa saya akan balik. Ma abah perasan. Alasan saya, ' study kat rumah lagi best '. Senang, mudah dan padat. Padahal, tak selesa dengan situasi di sana. Mungkin ada salah saya di situ sebenarnya lalu ketidakpuasan dihati muncul dan mereka tidak menyatakan apa yang terbuku dihati. Susah. Ini kisah zaman sekolah. Forget the past? NOPE! They bring me a spirit and i gain that from the past. 

Doa saya masa tu sangat simple. Moga dipermudahkan jawab PMR dan saya sangat-sangat bermohon kepada Allah agar dapat tawaran belajar di mana-mana asalkan dapat keluar dari sekolah itu. Sampai begitu sekali penangannya. Masa tu rasa macam, 'buat apa saya masih disini andai semua orang dok cara hal masing masing?' 

                                                         ||2006||

Mrsm Kuala Terengganu. Akhirnya. Alhamdulillah. Sangat bahagia dapat surat tawaran itu. Sangat bahagia.  *Bahagia kot celah mana tak tahu la. SeSEM doh mengamuk nak balik, Pointer kecundang, nasib di paras tiga lagi. Fara setia sampai saat ini jadi tempat penadah air mata* Terima Kasih Fara. Oh ya, Selamat Tinggal sahabat sekolah lama dan dalam hati berharap agar semoga dengan pertemuan beberapa tahun nanti, sisa sisa kebenciaan itu akan lenyap dibawa arus masa.......... ( titik titik titik dan tiitk lagi )

                                                          ||2012||

TADAAAA!

All gathered here!*ada yang tak attend

Ck dan Hajar


Nabila,  FaraAzrin, Ck, Mira, Jue, Sue
Cotek, Yana and Hajar

EH? kikiki
Memories always remains
**********
Status Fara : sedang mencari calon. kah3

Adik kata Ck macam Princess. Wah, mungkin dah tak lama tu

Cikgu Nabiela :
Seriusli, saya mungkin akan ditembak jika dia tahu kewujudan blog ini.

 We are here on this speacial day and we gathered here to celebrate u, Ainie.
We ask Allah to make your love Last Forever.
InsyaAllah.

P/s : Janggal. Itu sahaja kesimpulan yang dapat diberikan. Saya cuba senyum kerana merekalah saya di sini. Doakan semoga sahabat-sahabat bertemu jodoh dari kalangan yang baik-baik. Eh,  doakan saya juga. Dah bersedia nanti datanglah jemput bidadarimu ini dengan cara Halal ya? InsyaAllah.

wakakakakaka