Assalamualaikum wahai ahli blogger sekalian.
Bajet ramai
eh, tak up lagi follower?
kikikiki
tak pe. Jangan bimbang Kita tengok isi, bukan tengok follower.
Sobs
*tarik hingus
Alhamdulillah.
Barakallah kepada salah seorang sahabat saya Nurainie dan pasangannya Hafis. SubhanaAllah, cantik sangat Ainie di hari bahagianya. Hati ini sangat gembira. Lama sungguh tinggal zaman persekolahan. SPM 2007 di Mrsm Kuala Terengganu. PMR 2005 di SMK Kandis dan UPSR 2002 di SK Kandis. Lama. Sangat lama. Hati mana tak rindukan sahabat lama. Mereka la 'penguat' dan 'pemberi' semangat untuk saya lebih belajar dan lebih memahami tentang diri ini.
Boleh saya review pasal zaman belajar dulu? ermmm. Sikit saja. Boleh kan?
|| 2005 ||
Beberapa bulan lagi nak menghadapi peperiksaan PMR. Tinggal di asrama even rumah hanya beberapa kilometer sahaja dari sekolah. Sigh. Kena paksa ke eh? Lupalah pula. Kelas di asingkan. Dulu kelas 3 Cemerlang di kawasan sekolah, tapi selepas di atur naik turun pencapaian, about 20 orang (kalau tak salah saya la) di pindahkan di kawasan asrama. 3 Super nama diberi. Eceh, masa tu rasa macam ahhhhhh, tersisihnyaaaaaaaaa. Actually, betul-betul depan Dewan Makan. *errrr, no wonderlah dulu saya gemuk kembung macam belon. Eh, plus dengan tak cukup ketinggian. Cuba bayangkan? Blurpppp.
Dorm atas kelas. Sangat bahagia. Kadang-kadang siap tidur dalam kelas lagi. Selesai mandi pakai baju sekolah, terus turun. Kasut sekolah di bawah, stoking? Dalam laci. kikiki. Sebagai persediaan sebelum cikgu Azizah masuk. Cikgu Azizah mengajar matematik tak silap. Garang. Dulu agak menyakitkan hati bila dengar dia dok berleter. Sangat kuat berleter. Tapi, bila dewasa kian memunculkan diri, saya rasa bersyukur kerana dikurniakan cikgu Azizah. Duduk di bahagian depan, saya ambil berkat 'air liur cikgu2 yang mengajar'. Itu pepatah yang dikeluarkan oleh salah seorang kawan saya, Enny Kaizzah namanya. Haha. Nakal. Sangat. (eh, kisah depan kedai gambar Jelawat sangat rare. Itulah dinamakan takdir. Dah nama jodoh. Ikuti kisah Enny dan tunang next post *lepas majlis akad dia saya postkan*. Kenapa rare? Adalahhhhhhhhhhhh)
Eh, panjangla pulokkk. Nak review sikittttttt je lagi eh. hihi. Boleh je kan?
Nak dekat PMR. Tak silap saya, ada sedikit salah faham yag berlaku. Apa ya? Saya lupa atau mungkin saya tak tahu apa puncanya. Hmmmm. YA TAHU dan LUPA. Saat ni saya rasa macam sangat dipinggirkan. Tiada kawan yang nak berkawan. Tak silap saya, yang masih sudi berkawan ialah Enny, Hajar, Ain dan Mariana rasanya. Yang lain? Tak tahu. Saat ni, saya setiap minggu akan ponteng asrama, setiap selasa saya akan balik. Ma abah perasan. Alasan saya, ' study kat rumah lagi best '. Senang, mudah dan padat. Padahal, tak selesa dengan situasi di sana. Mungkin ada salah saya di situ sebenarnya lalu ketidakpuasan dihati muncul dan mereka tidak menyatakan apa yang terbuku dihati. Susah. Ini kisah zaman sekolah. Forget the past? NOPE! They bring me a spirit and i gain that from the past.
Doa saya masa tu sangat simple. Moga dipermudahkan jawab PMR dan saya sangat-sangat bermohon kepada Allah agar dapat tawaran belajar di mana-mana asalkan dapat keluar dari sekolah itu. Sampai begitu sekali penangannya. Masa tu rasa macam, 'buat apa saya masih disini andai semua orang dok cara hal masing masing?'
||2006||
Mrsm Kuala Terengganu. Akhirnya. Alhamdulillah. Sangat bahagia dapat surat tawaran itu. Sangat bahagia. *Bahagia kot celah mana tak tahu la. SeSEM doh mengamuk nak balik, Pointer kecundang, nasib di paras tiga lagi. Fara setia sampai saat ini jadi tempat penadah air mata* Terima Kasih Fara. Oh ya, Selamat Tinggal sahabat sekolah lama dan dalam hati berharap agar semoga dengan pertemuan beberapa tahun nanti, sisa sisa kebenciaan itu akan lenyap dibawa arus masa.......... ( titik titik titik dan tiitk lagi )
||2012||
TADAAAA!
All gathered here!*ada yang tak attend |
Ck dan Hajar |
Nabila, FaraAzrin, Ck, Mira, Jue, Sue Cotek, Yana and Hajar |
EH? kikiki |
Memories always remains |
********** |
Status Fara : sedang mencari calon. kah3 |
Adik kata Ck macam Princess. Wah, mungkin dah tak lama tu |
Cikgu Nabiela : Seriusli, saya mungkin akan ditembak jika dia tahu kewujudan blog ini. |
We are here on this speacial day and we gathered here to celebrate u, Ainie.
We ask Allah to make your love Last Forever.
We ask Allah to make your love Last Forever.
InsyaAllah.
P/s : Janggal. Itu sahaja kesimpulan yang dapat diberikan. Saya cuba senyum kerana merekalah saya di sini. Doakan semoga sahabat-sahabat bertemu jodoh dari kalangan yang baik-baik. Eh, doakan saya juga. Dah bersedia nanti datanglah jemput bidadarimu ini dengan cara Halal ya? InsyaAllah.
wakakakakaka
arrggghhh i miss u besi gagah~~
ReplyDeleteT____T
moga dalam lindungan dan penjagaan Allah selalu...
*sedih. rindu sgt.*