Assalamualaikum sahabat :)
Pernah tak terfikir kenapa saya gunakan sahabat instead of blogger?
Pernah tak?
Nak tahu sebab?
Sebabnya ialahhhhhhh
Blogger mana yang baca blog ni kalau tak sahabat2 saya semua.
Hanim, Mijah dan Idil mungkin pengunjung tegar. HAHA
Dah baca tu senyap-senyap dah la =="
Oh ya. Tengah rindu ma sebenarnya ni. Call tak angkat. Call adik, adik cakap ma sembahyang. Then, terus rasa nak update pasal ma. Errr, sejam dok terlengguk depan laptop. Berjaya! Yes. Berjaya apa? Berjaya Download filem Thai. Ceh, hambik nak. Bosan dah aih layan Tamil. Kakaka
Ma.
Siapa yang tak sayang ma sendirikan? Banyak sangat cerita kalau nak ditaburkan dalam tulisan ni kalau berkait rapat dengan ma. Sungguh. Saya ada cerita saya tersendiri, apatah lagi kamu kan? Oh Allah, terima kasih kerana mengurniakan seorang ibu yang sangat sangat sangat memahami. Sangat. Saya tahu dan kian lama mengerti kenapa ma marah, ma berleter, ma merajuk dan ma tiba tiba taknak cakap dengan saya bila saya buat benda salah. Dulu saya jahil. Errr, maksud saya jahil dari segi aurat. Form 2 tak silap. Naik motor pergi rumah nenek pakai baju t-shirt lengan pendek. Hmmm, tahu tak perasaan berdosa dan hinanya saya sekarang? Forgive me Allah. Berpuluh-puluh tahun berdoa agar dosa ni dihapuskan, tapi........:(
Eh, macammana dengan abah? Abah sayangggggg, jangan rasa tersinggung tau. Ma dan abah. Sama saja bagi angah. Sama penyayang. Sama pengasih. Sama pendengar yang setia. dan many word lagi lah! i can't fully describe them! They are just too PERFECT for me. Maaaaaaaa, abahhhhhhh <3
Oh ya, niat dihati bukan nak bercerita fully about ma. Satu je saya nak bercerita. Cerita ni mungkin boleh jadi pedoman buat saya. Best? Oh, biasa sahaja. Manalah tahu suatu hari nanti, bila anak-anak saya dah besar , mereka boleh bercerita kepada kawan2 mereka pasal ma saya. Heeeeee * i mean nenek mereka dang! sumpah malu berangan(O.\)
Ehem InsyaAllah.
Surah Al-Rahman
Pernahkan dengar pasal ayat ni kan?
Ok, sebenarnya begini.
Ma suka ulang ayat ni. Dengar je anak dia dok melaung atas penimbang
" maaaaa, angah gemukkk "
" maaaaa, along gemukkkkk"
" maaaaaaaaa, 47 kilo dohhhhh "
maaaaaaaaaa!
Terus ma sound
" Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? ".
Abah? Sengeh.
Kan? Manusia ni tak pernah bersyukur sebenarnya. Sekali kena sound, baru tunduk maluuuu. Tu baru sound dengan ma sendiri, kalau kena sound dengan Allah terus? Hah, apa kau nak buat?
Setiap kali berjemaah dengan ma, masa part baca doa tu mesti saya pergi berhimpit dekat muka ma. Sebab apa? Sebabbbbbb, saya nak dengar doa apa yang selalu ma doakan. Dan, doa syukur dikurniakan nikmat ini adalah satu-satunya yang ma ucapkan :)
Bersyukurlah dengan apa yang ada
Terima Kasih Allah sebab kurniakan keluarga yang bahagia ini
Terima Kasih Allah sebab kurniakan keluarga yang bahagia ini
angah eh
Kalau ada hilang sesuatu yang awak sayang tu,
yakinlah Allah pasti menggantikan yang lebih baik
tunggu M A S A je.
Cepat lambat tu semua di tangan Allah
Sekarang ni cuma perlu bersyukur dalam segala hal
Apa yang berlaku ada hikmahnya
Erm, berlaku apa ya?
Entah.
Cepat lambat tu semua di tangan Allah
Sekarang ni cuma perlu bersyukur dalam segala hal
Apa yang berlaku ada hikmahnya
Erm, berlaku apa ya?
Entah.
rase sebak tiba-tiba...huhuhu..
ReplyDelete:)
ReplyDelete