June 21, 2013

Benda paling susah kita nak buat.


Assalamualaikum.
*Baca Bismillah

21 Jun 2013
Cuti dan Salam Jumaat.
dan ketika ini masih lagi menjadi seorang 'cikgu ganti'.
Rezeki belum sampai.
Ada sedikit perasaan halus; 'jeles' dengan sahabat lain
mungkin rezekinya 3,4 tahun lagi.
Doakan ;)

Cerita saya: Selasa 18/6/13 

Ada kelas pagi 740-900
F1 
Tiada yang menarik. Pembelajaran diteruskan seperti biasa. Cuma ada sesetengah pelajar yang sangat main-mainkan kelas ini. Ya, pelajar yang sudah berjaya memegang rekod digantung sekolah selama dua minggu di atas kes-kes tertentu. Bayangkan anda sedang meng'handle' pelajar begini *perempuan. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Tiada langsung rasa hormat. Ahhh, sakit kepala.
[memang mengikut kajian, pelajar di umur 13-16 sangat memerlukan perhatian keluarga. Saya ambil pengalaman ini sebagai satu cabaran.  Cabaran untuk saya mendidik anak-anak suatu hari nanti.*peh] 

Kelas tamat.

Meluru dan berlari-lari ke kelas lain 900-1020
f2 (kelas kelima)
Tarik nafas. Bermotivasi sekejap. Bercerita pasal kejadian yang menimpa pelajar tahfiz. Tajuk akhbar "otak segar seperti hidup" .Keadaan kelas sunyi sepi. Bayangkan kelas kedua terbelakang sunyi sepi dok perhati cikgu dia bercerita. Mereka berfikir barangkali. Saya pun terpesona dengan kuasa Allah, apatah lagi mereka, kan? 

Tiba-tiba bunyi bising dari kelas sebelah. *kelas f1 yang saya ajar tadi

Sah.
 Pelajar bermasalah tadi diserang hendap oleh cikgu displin.
 Senyum.
 Terdetik dalam hati *padan muka.

"cikgu, kelas cikgu tu dop?"

"gelenya puok yo tu cikgu, gelenya"

"ambik noookk muko, keno dohh"

*saya senyap.

"Cikgu, tokleh wak bini tu budok gitu tuh"

*saya sengih. baru nak buka mulut tiba-tiba :

" mano buleh royak gitu weh, tok baik,
 kito tok tahu masa depe dio rano cikgu dop?
kaba2 nati nya beruboh, molek pado kito.
kito tok tahu. yolo dop cg? " - s

Allah.
Raso nok jerik selaluh situh.

Husnuzon. 
Benda paling susah kita nak buat


[ p/s: *S, pelajar baru. Muka ala gangster.Mata cantik. Mula2 tengok, terdetik dalam hati "Allah, mari hok gini lagiiihhhh". Selepas diperhatikan, budak ni sangat menghormati cikgu. Rajin buat kerja sekolah. Rajin. Dan sangat suka memarahi rakan-rakannya yang tak hormatkan cikgu. Saya banyakkan berbual dengannya. Allahu, rupanya pelajar pondok ketika zaman sekolah rendah dulu]

No comments:

Post a Comment