November 30, 2014

Tired



Kadang-kadang rasa-------------------sigh*
tapi.... kenapa perasaan takut tu mesti ada

W.H.A.T. I.F. I. F.A.I.L.????

ma abah angah cuma harapkan doa ma ngan abah sahaja loni.
;(

Allahu....
i cant' hold this anymore

November 26, 2014

Penawar


Sedap wooo!

Haritu, beberapa minggu lepas ada balik rumah. Abah bawa balik setandan kelapa pandan. Sumpah! gua sorang je yang hadap. Mula-mula mintak adik (kery) tolong bukakkan. Petang masa nak maghrib sebiji, malam lepas siap baking dua biji. Pagi esok, lepas subuh terliur lagi. Dari awal pagi ke pukul 10 pagi seorang pun tak dak nak rasa nak tolong gua " riiii, nok tu, tolong gakk " ---- "abahhh, tolongg "..  pun di buat donnonya. Letih pujuk rayu, last2 dah tak reti nok guna parang, gua hadap je guna pisau. hancussss lantakla janji ada rasa haha. Then, sepupu mai tolong belah dua kan. Terima kasih abe long amir imran!
Rm3.50 isi penuh. 

Nah, gambar di atas ni nak tunjuk bukti gambar semalam. Niat nak makan lepas isyak, tapi lepas isyak tu tetiba kenyang. Tomyam yang dimasak lepas maghrib tu pun jadi tak dak selera nak makan. Ambik buku study, kukuhkan literature review tu. Gigih kau nak siapkan proposal nih. Siap dalam se pages, tiba-tiba bunyi jam. Dah 3 pagi. Sedarilah kau rupanya tertidur tadi. Bangun terus letak bihun dalam rice cooker, celur dan panaskan tomyam. Buka peti nampak buah nih. Jenuh korek isi pakai straw, tetiba Allah bagi ilham ketuk pakai pisau. Lunyai mata pisau takpa janji boleh makan

tu je la nak cerita kisah orang lapar. Okay?

What if they come back? I'm leaving.


Datang tanpa di undang
dan pergi jua tanpa di ketahui.
Senangnya mainkan perasaan.
dan aku?
Aku belajar untuk tidak mengharap pada yang tak pasti.
Lalu ku curah harapanku dalam tahajudku
Lalu ku curah harapanku dalam istikharahku
Dan setelah disedari..
- mungkin ‘pergi’nya itu adalah jawapan dariNya

**gitteww puisi taknakkalah**





It bugs me a lot actually. 
Mcm tak sanggup nak go through the same thing again. 
I've sealed the wound, I don't want it to bleed again "
- Teah 2014
and its funny when i bump into something that related to me hahahaha ><
p/s:  tapi tak sempat nak meroyan lebih sebab masa tu sikitttt lagi nak 'jatuh hati'. Maksud saya belum jatuh hati betul betul lah -------------- dah tak da masa nak berperangai macam budak budak sebab ada banyak lagi tanggungjawab di depan sana nuh nak fokus belajar nak GOT laaaa lepas tu kerja adik adik ramai lagi nak kena tanggung takmau dah susahkan ma abah 


November 20, 2014

Broga Hill


 Assalamualaikum!

haaaa ore darak nok cerito bendo nih. Excited brooooo!
Mananya tak gembira cita-cita nak naik Broga nih dari zaman muda-muda dulu lagih. Dari zaman Idil post pasal Broga dekat blog dia a long long long time ago. Pergh! Alhamdulillah tercapai hasrat. Percaya tak kalau saya kata unplanned trip much more 'menjadi' berbanding dengan planned trip? hahaha. Nak saya ceritakan satu persatu? Boleh....

Planned trip :
1) Bulan berapa entah tak ingat ( April kot)
                    - Plan dengan sahabat-sahabat sejati nak naik Broga by road trip dari JB.
                       - Tup tup ada orang tu gaduh ngan pakwe habis tergendala segala aktiviti !
@#$%^&*(

2)  Otw dari Seremban (dalam kereta)
  - Imi aka sepupu : "pernah tak naik Broga?"
  - Kami terus, jom esooooooook (pagi sabtu)
  - Plan itu ini itu ini, tup tup pagi esok hujan 
: Sambung tidur lah jawab dia ngeee

3) 12 November 2014 (Rabu)
"Imi, Jom Broga sabtu ni? Kalu on angah naik KL"
ON.
Yehaaaaaaa!

gitu la kisahnyaaa


Broga Hill SubhanaAllah ^^,
Kami ke atas sana Sabtu pagi. Bertolak dari Petaling Jaya dalam pukul 5pagi lebih tak silap. Buat muka tak malu tidur rumah umi. (umi; kakak sulung ma) Sepupu sepapat semua lelaki, sorang je perempuan. Haaa adik ah kecewa takleh ikut sebab dia exam. Maafkan angah ya, biasalah, stress belajar, cari ketenangan dengan buat benda yang have fun sikit. Lain kali kita naik eh? 

Gaya
Sejujurnya, ber'hiking' (hiking la sangat, seciput je pun haha) di kala hujung minggu ni agak lelah jugak la. Mana tak nya, ko takleh sesuka hati nak buat emergency brek masa tengah daki 'hah! meroyan orang belakang nun haha' Alhamdulillah, kaki ok sebab masa petang Jumaat tuh saya dan kaklong dah exercise dari petang ke malam di sekitar Jalan Tar---Masjid India. Penat shopping lagi dari ber'hiking'. Shopping- dapat benda yang nak- gembira sekejap - end up dengan habis duit - sedih. / / Hiking - lelah jantung berdegup kencang sepanjang perjalanan - end up gembira boleh tengok ciptaan Illahi. Betul.

Ehem! Kaklong is getting married :)
Pernah ke Gunung Pulai awal sem 1 dahulu, honestly Gunung Pulai lagi letih nak mammmmmp........ 2 jam kottttt. Mana tak letihnya, nak naik sana dah la kecerunan gunung tu agak cerun tambah plak bukan tanah tapi jalan tar. Ibarat daki benda yang berbentuk 'sphere'. Phewwwww. Tak silap naik Broga ni dalam 35-40 minit sahaja. Hari-hari boleh pergi maaaa :p

the only sister that i have. i love u kaklong :)

Hikers kental yerghh

Hensem katanya.

Pre-wedding photo kakakakaka
Rajin plok beta nih buat entry pasal nih. Bukan apa hati ni niat nak pi Mount Bromo nun jauh di Indo sana, tapi surely la tak akan kesampaian. Tak dak sapa nak ikut plus mampu gi yang dekat-dekat ajooooo hahahaha. Pi Vietnam haritu pun tak update, Pi Melaka pun tak update jugok. Takpe takpe, Nanti ada masa kita kasi trobeeeeek satu kali. Sekian sekian babaiiii emmmm gambar pun tak dan nak  edit bagai lantokkk le iye idokk

p/s: Doakan saya moga doa nak tunaikan umrah dimakbulkan Allah ya :)


November 11, 2014

Belajarlah anak


Assalamualaikum.

Fokus.
Belajar sebab nak kejar pangkat ngah? Tak.

Belajar ni bukan semata kena mengadap meja belajar 24 jam. Belajar ni bukan semata belajar dari timbunan ayat dalam buku. Pertama sekali niatlah belajar kerana Allah. Kadang-kadang tersasar juga, nanti dah habis belajar, dapat kerja nak beli itu ini itu ini (bila di fikir balik dah lari niat sebenar yang di kejarkan?) Belajar dari pengalamanlah yang paling win! kenapa win? Sebab dari pengalaman yang lepaslah kita boleh memperbaiki diri yang lemah ini. Makin meningkat umur, makin banyak yang kena telan. Allahu, bukan senang nak berjaya ngah.

Saya bukanlah seorang yang terlalu mengadap meja study (baca : budak nerd). Hehe. Sama sekali tidak, bila difikir balik, saya seorang yang last minute person and 'morning-person'. Ehe. Sangat suka bangun malam untuk lebih fokus (masalah nak gi toilet waktu-waktu sunyi gini sokmo jadi ko hal), pagi dan petang kebanyakannya ke-laut dengan aktiviti yang tak berfaedah. hmmm. Soalan yang kerap di tanya sahabat ialah:

" C, tak tidur ke? "
hehhehehe rahcieeee

Wajiblah tidur, menonong butir mate tok tidur gak. Hmmm Belajarlah selagi mampu ngah. Oh ya, maaf reader, saya terpaksa privatekan blog ini kerana entry saya bermula dari sekarang sehingga habis belajar hanyalah coretan kata-kata untuk menaikkan semangat untuk diri sendiri dan kamu juga. oh ya, belajar pun kena enjoy ya. Dalam nak habiskan belajar tu,bolehlah berbisnes online ke, buat sesuatu yang menggembirakan - contoh travel Malaysia ke, jalan-jalan cuba cari tempat makan yang sedap ke and so many things to do lah! Janji ada minat. Takde orang nak ikut? Layan je sorang-sorang like i always do! Masuk kedai makan, hadap je dinding habis cerita :)

Pernah rasa stress tak? Ya mestilah.

Pernah tak
Di saat kau tengah tertekan dan terasa nak bercakap dengan sahabat - family dan yang sewaktu dengannya. Sahabat di sekeliling pun  buat-buat tak ambil tahu. Berbeza dengan sem lepas. Tak pe ngah. Mungkin dah ada kawan baru yang lebih baik dari gwa, mungkinlahkan? Jadi, untuk mengurangkan rasa tertekan, serabut dan rasa sunyi itu kau capai hp dan call mereka akan tetapi

kamu di abaikan. 

ok.
terasa sangat di abaikan. terasa sangat tak penting.
Pernahkan? hehehehehehe percayalah ini semua kerja syaitan!
Bertabahlah semua dalam mencari ilmuNya ini. InsyaAllah, it will worth the sacrifies you make one fine day. Go girl! Go boy! 


Regards;
kakngah

p/s: semalam jumpa SV dan alhamdulillah ^^,v

November 09, 2014

One of my favorite people :)

Assalamualaikum :)
Zaman muda mudi


selfie sikit.

Lama dah kawan dengan makcik nih. Dari zaman bila maktab lagi. Maksud saya pada tahun 2006 ya anak-anak. Dah besar panjang rupanya anak ma nih. Dulu 16 tahun sekarang 20 something (jika dibundarkan ia masih lagi menjadi angka 20)  Lepas SPM lepak di rumah dalam sebulan , Alhamdulillah lepas tu terus dapat surat masuk UTM based on result trial. (Honestly, SPM punya result cukup-cukup makan je wakakakakkakakaka). Gah! Masa tu terus tertanya-tanya, ada ke universiti di johor. Johor tu kat mana ma? Johor tu kat mana abah? Terus berlari ke bilik adik lelaki tengok peta Malaysia hok abah tampal di pintu. Jumpa Johor, tanya abah, jauh ke johor ni bah? Masa tu rasa amendelahh utm nih.

Sampai di utm, terus tercari-cari kawan. Wuuuuu, dapat bilik berdepan dengan Asiah! Yes she was. Dia lagih. Asiah ni kawan zaman maktab geng kacik time meeting LDP. Cikgu duk pot pet pot pet di depan, kami duk pot pet pot pet di tepi longkang plus kaki terjuntai dalam longkang. Peh memori sungguh.....

May '14 (Sem II)
Ok sekarang pun masih bersama makcik ini dari 2006 until now (2014) and still counting **cikebom cikebom*

Semua benda dah di share. Dari kisah tengah bahagia, ke kisah sedih, bahagia balik sedih kembali. Insaf. Bahagia, bahagia, kena dump balik, Kedian Bahagia balik. Kisah research, kisah keluarga aaah semualah. hmm sedih pulok beraso ingat kisah-kisah lama tu T______T

I love you.
Bye

p/s: sampai satu tahap tiba-tiba timbul rasa jeles bila dia rapat dengan yang lain. kah3! bahaya.
Sekian sahaja cerita bosan saja nak show off ustajah nih. Baik orangnya. Meh nak jadi orang tengah meh :p

November 06, 2014

Perjalanan

Assalamualaikum :)
Sem III (Sept-Jan '15)


Assalamualaikum. Hari ini entah kenapa tiba-tiba semangat nak menulis blog tu datang. Blog ini di privatekan buat sementara waktu . Ketahuilah tak semua benda perlu di hebahkan. Wah, rindu menulis di sini. Sangat :)

 Mungkin saya agak lama tidak menulis kot atau mungkin terlalu 'lagha' dengan benda lain? Maksud saya.... 'lagha' dalam dunia research. Di saat sedang menulis ini, saya sekarang sudah berada di Sem tiga. Sem kekalutan. Sem tiga yang penuh debaran. Akhir tahun 2014 ini saya bakal menghadapi satu cabaran yang sangat mendebar. Saya seorang yang cepat cuak dan berdarah gemuruh jadi sudah semestinya 'Defend Proposal' ini agak menganggu fikiran. 

Rindu. 

Ketahuilah.
Zaman master dan zaman phD sangat-sangat-sangatlah berbeza. Berbeza? Ya sangat berbeza. Dulu masa master i do taught course bukannya research. Susah wehhhh. Dapat grade C di kira FAIL. Masa tu agak meroyan jugak la. Ditambah pula dengan masalah peribadi (kes curang nak, kecewa mak) hew hew hew tapi masa tu rasa dah mature sikit; semua benda Allah dah takdirkan ngah - Alhamdulillah i pass my Master (May 2013)  

Sejujurnya saya agak tak percaya yang saya kini diperingkat ini. Mungkin berkat kata-kata ma dan abah. Masa kecik2 sehinggalah ke peringkat bachelor abah dan ma memang 'sokmo-sokmolah sebut ngaji pah ke phD ngaji pah ke phD'. Alhamdulillah here i am. walaupun dalam negara sahaja tapi itu dah cukup buat saya bersyukur. Bersyukur kerana terpilih untuk mencari dan menggali lagi Ilmu Dia. Allahuakbar

Part penyesalan yang tak ada kesudahan:
[perlu saya lakarkan di sini, semoga suatu hari nanti saya akan baca]

Sememangnya saya agak 'lost' masa Sem I (Sept-Feb'14)  dan Sem II  (Feb-June'14) Percayalah sem honeymoon ini akan dialaminya oleh anda juga suatu hari nanti HAHAHAHA. Pemilihan scope of study yang sangat confuse. Sem I seingat saya fokus research saya ialah 'Fanno Flow'. Peh, agak mencabar disitu kerana saya perlu memahami konsep-konsep yang berkaitan. Kawan makin hilang, Fokus makin hilang dan habuk pun tarakkkkkk hahaha. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan research tersebut atas faktor- faktor tertentu:

 Kurang rujukan
  Tiada expertise di dalam UTM untuk rujukan
 Senior kata susah
 KE AKU HOK TAK FAHAM?? :P

Satu sem dibazirkan begitu sahaja. oh rugilah kamuuuuuuu~

p/s: pesan saya kepada anda semua, nak sambung belajar tu biarlah terus ada research gap yang anda nak fokuskan. Jangan jadi macam saya, terkial-kial  meraba-raba blur kelipah kelip pah. Hehehe

Sem II
Saya mula membaca dan membaca scope study yang diberi oleh Dr (supervisor yang sangat muda dah beranak 4 <--- jadikan sumber motivasi yuk!) Dalam tempoh yang diberikan ini, Demi Allah! sepatah haram pun saya tak faham. Tapi saya kuatkan juga semngat untuk terus membaca, mengkaji dan memahami ilmuNya ini. Jujur saya katakan, pembacaan literature review  itu sekadar selingan meniti hari-hari yang kosong sahaja. Bukan mudah nak berjaya ngah, setiap kali saya dalam 'kebluran' saya tanamkan dalam diri dan saya 'keep' bisikkan sedalam-dalam sanubari saya


"moga-moga apa yang aku baca ini memberi
 manfaat kepada ku kelak Ya Allah" 

Pembacaan diteruskan.
Pemahaman diteruskan.
Literature Review diteruskan.

Sem III

Kekalutan mula terasa. Proposal kena submit this end of November '14. Hah! grrrrrrr mulalah kalut. Sebelum nih kemain balik kelate sokmo, meroyan, jalan-jalan dan sebagainya lahh. Banyak sangat benda nak kena settle. Semua benda jadi serba tak kena. Mulalah rasa nak kerja lah, menyesal sambung belajar lah, menyesal main-main masa sem I dan sem II lah urgh rasa demotivated yang teramat. Tambah pula sahabat-sahabat disekeliling ada yang nak beranak, ada yang nak berkahwin dan ada yang nak nak bertunang peh lagi lah 'perasaan seorang perempuan' tu tak dapat digambarkan KAH KAH KAH 

 Hamizah's big day :)

Literature review perlu ditambah. Saya sebenarnya buat masa sekarang sedang mengalami 'kekonfiusan'. Math Fluid Mech Thermo CFD semua nak kena hadam. Takutnya Ya Allah. Saya pujuk hati supaya sabar dan teruskan perjuangan ini. Rutin harian bermula. Ternyata dan terbukti apa yang saya baca dalam keadaan blur sem lepas dan tok tahu gu satu itu sedikit demi sedikit membantu pemahaman saya sekarang. Alhamdulillah. Allahu..... Kejayaan tak datang bergolek ngah, lelah sekarang senyum kemudian. Allah kan ada. Allah ada. Allah ada ngah.

Kata ma :

 " Study lah, Allah tolong eh. Ma doakan"

Kata SV:

" Dhuha, Tahajud, Usaha, Tawakal"

Kata abah:

"Angah boleh."

" Kadang - kadang 
perkara yang kita rasa kita tak boleh lakukan / tak mungkin dapat
 insyaAllah ia pasti akan berlaku jika Allah izinkan " 

dan

" Kadang - kadang
 ada yang merasakan 
 kita rasa kita akan lepas, akan berjaya
andai kita bergantung dengan kemampuan diri sendiri,
 Tapi sebenarnya,
 apabila Allah yang menakdirkan untuk kita urusan itu,
 ia jadi tersusun indah "

Selit namaku dalam doa mu :*

baru lepas baca blog orang yang baru lepas viva voce.
doakan saya juga sempat  merasai 'perasaan' itu 
Ma abah, angah perlukan semangat.

Regards,
Kakngah.