November 09, 2014

One of my favorite people :)

Assalamualaikum :)
Zaman muda mudi


selfie sikit.

Lama dah kawan dengan makcik nih. Dari zaman bila maktab lagi. Maksud saya pada tahun 2006 ya anak-anak. Dah besar panjang rupanya anak ma nih. Dulu 16 tahun sekarang 20 something (jika dibundarkan ia masih lagi menjadi angka 20)  Lepas SPM lepak di rumah dalam sebulan , Alhamdulillah lepas tu terus dapat surat masuk UTM based on result trial. (Honestly, SPM punya result cukup-cukup makan je wakakakakkakakaka). Gah! Masa tu terus tertanya-tanya, ada ke universiti di johor. Johor tu kat mana ma? Johor tu kat mana abah? Terus berlari ke bilik adik lelaki tengok peta Malaysia hok abah tampal di pintu. Jumpa Johor, tanya abah, jauh ke johor ni bah? Masa tu rasa amendelahh utm nih.

Sampai di utm, terus tercari-cari kawan. Wuuuuu, dapat bilik berdepan dengan Asiah! Yes she was. Dia lagih. Asiah ni kawan zaman maktab geng kacik time meeting LDP. Cikgu duk pot pet pot pet di depan, kami duk pot pet pot pet di tepi longkang plus kaki terjuntai dalam longkang. Peh memori sungguh.....

May '14 (Sem II)
Ok sekarang pun masih bersama makcik ini dari 2006 until now (2014) and still counting **cikebom cikebom*

Semua benda dah di share. Dari kisah tengah bahagia, ke kisah sedih, bahagia balik sedih kembali. Insaf. Bahagia, bahagia, kena dump balik, Kedian Bahagia balik. Kisah research, kisah keluarga aaah semualah. hmm sedih pulok beraso ingat kisah-kisah lama tu T______T

I love you.
Bye

p/s: sampai satu tahap tiba-tiba timbul rasa jeles bila dia rapat dengan yang lain. kah3! bahaya.
Sekian sahaja cerita bosan saja nak show off ustajah nih. Baik orangnya. Meh nak jadi orang tengah meh :p

No comments:

Post a Comment