October 24, 2015

Part III : (Sabah Bha : Semporna)

Assalamualaikum!
Ayuh sambung cerita basiiii :P
Part 1 dan Part 2 dah baca kan? jadi marilah kita bercerita Part III pulak. Maaf ya, kisah kali ni panjang sikit memandangkan saya tak cukup masa nak menulis semua. So, ambil la separuh-separuh, lagipun takdak sapa keeeesahkan? hihuuuu. Yang Part 2 tu sebenarnya panjang lagi kesahnya, tapi cukuplah sokodar itu. Nak bercerita pasal orang Tawau dan orang Semporna pulak nih. Bye KK jumpa lagi InsyaAllah!


Day 3 - (0730 pm took flight to Tawau) Kali ni trip sorang. Berani sesorangkan tak kisah dah as long as pandai jaga diri. Alhamdulillah Allah jaga. Berpisah dengan geng KK around 3 petang gitu. Maka, melangutlah sorang-sorang dekat airport KK tu, Nak hilangkan bosan, cari lah kawankan? Guess what, hahahahaha saya jumpa dua orang Tawau. Sorang guy dan sorang lagi GC, Kak Jue merangkap guru cemerlang-tokei bunga-tokei tupperware - (kisah kak ju dari zaman dia belajar di UPM sampailah sekarang telah mengembalikan semangat saya untuk terus hidup. cehhh gitchuuuuuu). Yang Tawau guy tu pun, ok lah. Kelakar dan banyak betul ceritanya, jenuh melayan. Baik dan jernih je muka *wink-wink* 


Okay sekarang 0910 malam. Hai Tawau! ada orang offer nak ambil gambor, so kita on je la. Pipi kembung muka bengkak, Macam apa ntah, bior ler. Bior dah memang gitukan kehendakNya. Suasana ni airport Tawau agak seram haha last flight rupanya yang pukul 9.10 tu. Ya Rabbi, tak tau nak gi duk celah mana sambil tunggu kawan ambil tu, bagitau kawan 9.30 ==". Huih

Perjalanan dari airport Tawau ke Kampung Batu 2, Semporna ambil masa lebih kurang 45 minit. Kus semangat tengok jalan. Kiri kanan ada pokok kelapa sawit je. Patutlah a friend of mine terkejut bila saya cakap nak naik bas. Nasiblahhh boleh pujuk Kak Anis ni mintak tolong ambil :) 

Jumaat 14 ogos '15 yang mendamaikan! Hari pertama di Semporna ni, saya ambil keputusan untuk ikut kakak comel ke sekolahnya. Auuuuuuum naik bot. Huuyoooooo.


Sambil-sambil tunggu bot saya sempatlah snap gambar kawasan jeti tersebut pakai phone je sebab memory card tertinggal kat rumah. So calming~ SubhanaAllah


Dah penat melayan gambar? Lawakan? Pergilahhhhhhhhh Semporna, tak rugi lah. 

 

Cool gila naik bot haji ni ke dari area jeti cikgu ke SMK Bum Bum yang terletak dekat Pulau Bum Bum ini. Ya Rabbi, jakun i dibuatnya. Dulu pernah jugak cross sungai dari Tanjung Sedili ke Tanjung (lupa nama),  Johor. Seronok kau! Serius lawa dan bertuah sebab sempat tengok Sunset (tak update pun hhaha). Sesampai di seberang sana, kami naik bas (van yang dipanggil bas,gambar bawah ada bas tu, kaler oren). Bagi saya, perjalanan dari Jeti tadi - naik bot- naik bas- sekolah- sangat mencabar. Jauh kot. Moga Allah permudahkan urusan cikgu-cikgu di sana 


Kata Kaknis, ni satu-satunya sekolah menengah dekat Pulau Bum Bum (sesi pagi petang) dan selebihnnya ada 14 buah sekolah rendah dekat kawasan pulau nih. Besar pulau ni rupanya. Kata Kaknis lagi, sebesar Singapore (mungkin lagi besar dari S'pore, kot).


Sekian. Kejap je kelasnya. Ayuh balik! sempat bergambar sebab kelas akak atas rumput tu je haha. Masa akak tengah mengajar, ada dua tiga orang boys tengah berangan. Saya bangun dan tanya " mana buku teks? saya tengah pantau cikgu awak ni tau " Cecepat budak tu keluarkan buku. kahhhhhhhhhhhh :p

p/s: balik! Catatan perjalanan #solotrip disekitar pulau-pulau semporna akan sambung di lain entry! Next entry will be more exciting! Stay tuned ya :) 

October 08, 2015

Part II: Sabah Bha (Kundasang - Tamparuli - UMS)

Assalamualaikum! 

ayuh sambung Day 2 di sabah
Sebelum tu, ada satu lagi benda nak confess kat sini. Sabah sebenarnya salah satu tempat percutian yang ada dalam senarai buku nota travel saya; iaitu tempat yang perlu saya pergi lambat atau cepat tak kisah janji pergi. Tapi kan, nak ke Sabah tapi dalam kepala kosong info pasal tempat itu. Serius. Memang tak tahu apa-apa kecuali ada lah pernah sembang dengan member pasal Sabah sebab dia pernah belajar dekat UMS kan. Alhamdulillah Allah mudahkan. Janji apa? Janji ada duit bhaaa plus kau punya keinginan tu dan paling penting travel partner yang satu kepala. Buat masa sekarang bedal je mana ada dan (harap bakal laki nanti sejenis kaki jalan then all my dreams will come true. Guess what, I really really really want to travel the world with someone I love) Namun sayangnya buat masa sekarang, masih lagi krik krik krik dan k nak tergelak. Bhahaahhahaha Ya Allah kelakar jugak aku nih

tolonglah cari mana part klaka aku tu
Day 2: 12 Ogos 2015
Harini ambil keputusan untuk ke Kundasang! Yeayyyy. Masalah kami hari tu ialah kereta sewa tak ada yang available jam 6-7 pagi. Lepas deal semua dengan berlainan orang, akhirnya kami dapatlah satu kereta namanya Ezora. Deal punya deal dapatla untuk pukul 9 pagi. Alaaa saying lupa range harga maaf bha. Sementara tunggu kereta tiba, kami ke pasar pagi terlebih dahulu untuk meninjau kawasan dan sarapan pagi, Ya Allah dekat sini memandangkan saya ni suka sangat sayur dan buah-buahan, keadaan saya ketika itu agak mengelirukan semua pihak. Jakun molek. Sayur dan buah ya ampun segar boh, kalah pasar jelawat bachok besut makanya sayur pun lemah longlai angkat jatuh angkat jatuh. *buat kelakar lagi, gelak la woi!*

Selepas sarapan, sambung jalan di sekitar pasar pagi, yang lain dah balik hotel sebab al maklumlah makan pagi ni perut cepat hadam. Sepanjang perjalanan di situ, hati terjatuh pada dua buah unik ini iaitu buah tarap dan buah durian merah ini. Nasib agak baik sebab aunty tu bagi rasa buah tarap tu mungkin sebab kesian tengok saya duk dua tiga kali pergi tanya sedap ke aunty, rasa macam cempedak ke aunty, atau rasa seperti durian? Haaa taktik taknak beli tapi nak rasa.

sumber mysabah.com
Sedap. Aunty tu suruh try satu je kot, tapi aku bedal gi ambil 3 ulas. Rasa sedap lah, nampak je macam cempedak tapi rasa lain. Andai satu hari nanti ke sana lagi, aku nak beli buah ni masuk hotel. Ah lantak perkataan forbidden tu
Ezora udah sampai bha, ayuh ke Kundasang. Sepanjang perjalanan naik ke Kundasang tu, saya asyik ternampak signboard ‘Sinalau Bakas’ je. Kata member (lepas balik dari sana) tu Sinalau tu maksudnya panggang dan bakas tu maksudnya bannbi. Maka jadilah babi panggang. Orang yang noob macam saya ni dari lah awal perjalanan sampai ke puncak duk fikir buah apalah yang depa duk jual ni. Al maklumlah, kalau dekat kelate ni, sepanjang jalan ada gerai pisang goreng tapi sini lain pula. Oh ya, jalan ke nak tuju ke Kundasang ni kalau saya yang drive agaknya ketaq jugak lah kakinya. Bawah ni view tepi jalan je bukan nak tunjuk gerai sinalau bakas tu k


Memperkenalkan Kinabalu Park wehuuuu~
Sejujurnya, saya sangat sukakan Sabah! Pemandangan dan cuaca di sana SubhanaAllah cukup perfect.Dekat sini nak masuk kena bayar RM3. Hajatnya kami semua nak masuk lagi pakai Ezora tersebut, tapi bimbang sebab nak daki jalan tadi pun dah merangkak apatah lagi nak cuba daki untuk kawasan Kinabalu Park ni. Mahu pecah enjin. Meletop!


Sambung perjalanan...ayuh sama-sama tekan pedal minyak 


Minyak kereta dah habis, pusing-pusing lah cari stesen minyak. Tapi bahasa orang semenanjung lawan bahasa orang sabah ni akhirnya membawa kami ke tempat yang sama. Pi mai pi mai tang tu jugakkk. Kisahnya, tempat dah lawa, signboard tadakkkkk


Okay dah jumpa! terkejut sebenarnya. Tapi bersyukurlah wahai manusia


Sambung perjalanan...ayuh sekali lagi sama-sama tekan pedal minyak nak naik ke Desa Dairy Farm. Jalan dia mak aih curam betul, bimbang kereta mati enjin maka bisa terundur lah dia.


Nak sampai atas dah ni...dah boring baca dah? lek luuu. panjang benor entry kali ni kan


Yes! Alhamdulillah sampai dah. Nak masuk bayar RM5 per person tau. Haaaaah! Lembu mana lembu eh?


Maka wujudlah sekeping gambar aku dekat sini. Honestly, ni gambar pertama yang agak lawa bagi aku. yang lain tak fokus gegar takde kepala takde kaki semua takde. sedih nak selfie kan tak nampak lak scenery. erm Meh lah ikut i gi cari anak lembu


hah tengok la si afiq ni bagi minum susu lembu. lembu ni gedik sikit, orang datang wak tak tau je, bila je nampak je botol susu acah acah manja terus


ni tempat pemprosesan kot. dalam ni lah tempat nak perah-perah susu tu. Tak nyempat nak masuk orang lain dah keluar kita baru nak terjah masuk. lain kali eh


Mmmm jom balik. Yang lain dah hilang ntah ke mana, tinggal aku dengan Adln je. Hajat di hati nak minum susu lembu tu, tapi masa tu tengah tut tut kan, so elakkan la. Jadi bedallah benda ni. RM5.30 nampak je sikit, tapi banyakkkk isi dia tu dah la sedap campur susu segor lembu. Sedap wa cakap luu... nak lagiiiiiiiiiiiiiiii


ok dah boleh slow-slow berangkat. Lapar ayuh melunchkan diri..

 

ok bye lembuuu


Kami kemudiannya ke Masjid Jamek Kundasang untuk solat jamak qasar zuhur dan asar terlebih dahulu dan kemudian terus pergi lunch. Nak jalan-jalan ke lain macam tak sempat sebab ingat nak singgah di Tamparuli (Rumah Terbalik) otw balik nanti. Banyak lagi tempat yang boleh di explore kat atas tu, takpe panjang umur kita datang lagi tau. Overnight sini nak? ajak la i


Menyinggah sekejap tepi-tepi jalan style Cameron Highland je. Ok tak berminat ajak si baju merah ni lintas jalan tengok benda yang lagi menarik. Mariii


Tadaaaa..koh koh koh Lupa nak setting bokeh. eh takpe lah janji ada lah sekeping dua


Ketahuilah bahawa saya gembira tengok ciptaanNya yang bernama bunga ini. Tapi pleaselah nanti i konvo jangan bagi bunga hidup, bazir duit tau dak.


Setelah penat pusing-pusing atas sana, banyak lagi tapi dah malas nak cerita kisahnya. Maka, sekian sahajalah ceritanya setakat ini. Oh ya, cuaca masa nak turun dari atas haritu hujan dan keadaan jalan mungkin agak bahaya, kabus sangat tebal sehingga aku tak putus-putus berzikir moga-moga sempat balik semenanjung hiihuuuuuu.

Kami singgah sebentar di Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli otw balik tu. Maaf tak de gambar sebab syok sangat berkenalan dengan mamat Jepun. Kah kah kah gituuu. Perjalanan di teruskan, ambil peluang masuk UMS. Bagi saya UTM Jb ni dah di kira besar la juga kan, tapi bila dah masuk UMS, fuhhhh besar lagi rupanya dan saya percaya pelajar sana memang boleh dikategorikan sebagai pelajar yang bernasib baiklah dapat univ tuh. Tungggg larrr enviroment best, scenery lawa tempat jog pun peh. Nak di jadikan cerita, sesat tak jumpa jalan keluar. Keh keh keh. Make it short lepas jumpa jalan keluar pi menonong habiskan duit dekat 1Borneo. erm K bai malas daaaah 

Akhir kata dari saya:

Pergi lah Sabah (Kota Kinabalu-Kundasang-sekitar UMS-Tamparuli). Kalau tak minat bandar yang penuh dengan syurga ikan segar dan sayur terbaik dari ladang itu, cubalah dekati gunung-gunungnya dan kesejukan air di kaki bukit itu, kalau tak minat juga, cubalah dekati pantainya; ada rezeki boleh tengok keindahan ciptaanNya, andai pantai pun tak minat nak dilihat, mungkin boleh dekati pulau-pulau di sekitar sana; duduk di sana muhasabah diri dengan ciptaanNya, raba pasirnya lalu desir pasir dipantai tanduss…segersang pemikiran hati..terkisahku di antara cinta yang rumit….

Catatan perjalanan #solotrip ke Semporna akan saya sambung di lain entry. 
Stay Tuned :)

October 07, 2015

Part 1 : Sabah Bha (Kota Kinabalu)

Assalamualaikum *lambai

Memandangkan mood menulis dah mai dah, ayuhlah lelaju kita bercerita di sini catat yang mana yang menarik dan tertarik pasal Sabah nih. Okay untuk part 1 ni, saya nak bercerita serba sedikit pasal Kota Kinabalu. Sejujurnya entry kali ni tak berapa menarik sebab tak menyempat gi banyak tempat since ada sikit masalah. Nantilah nak cerita :P Oh, untuk pengetahuan semua, kisah Sabah ini akan da banyak entrynya memandangkan saya ke sana lebih kurang seminggu: 
-3 hari 2malam di KK (berteman)
-4 malam 3 hari di Semporna plus Tawau sikit (alone)

Memperkenalkan, partner travel kali ini. Tadaaaaaaa.... style muka tak malu main rembat je. *baru kenal dekat aiport* kah!

Adleen, Kak Ida, Pn, Rodee (duduk). Fariq dan En Husin (berdiri)
Okay sebelum tu, meh nak confess one thing, sebenarnya seminggu sebelum pergi tu saya punya jiwa tengah berbelah bahagi nak pergi dengan tak sama banyak. Masa tu saya dah tak kisah pasal tiket burn ye lah, jiwa tengah berkecamuk kan. Sekitar jam 11 malam (flight 7.25 pagi esoknya) masih lagi berfikir nak pi ke tak, gila dan ya itu lah saya…………..

Day 1

11 Ogos 2015// Tiba di sana jam 9.30 pagi selepas dua jam terlena tidur dalam flight. Seperti biasa, aku setiap kali travel mesti perut meragam. Alkisahnya !@#$%^&*($%^&* perut ku. (sama lah kes day 1 dekat Vietnam, Singapore atau paling tidakpun setiap kali nak balik kelate drive sendiri. Tak faham betul). Jap, perlu ke cerita? Hahahaha.


Okay sambung, selepas selesai semua hajat kami terus ke information desk ambil Peta Sabah (benda wajib setiap kali travel), kemudian dekat situ terus decide sama ada nak naik bas (RM5 to Centre Point Sabah) atau nak ambil teksi. Bajet punya pasal, bas lah yang jadi pilihan kami

sumber my.sabah
Tak dang panas punggung tuk tuk dah sampai ehhh CP, macam tak berbaloi je bayar rm5 tu haha. Turun bas, lintas jalan terus ke Hotel Traveller, Kampung Ayer (RM105 per night : Queen bed + single bed). Hotel ni sangat dekat dengan Pasar Filipina, tempat makan, pasar pagi, downtown etc. yang ada di sekitar tengah Bandar KK itu dan bagi aku tak salah pilihan lah sebab tujuan travel ni nak tengok dunia luar, kalau hotel pun dah 1k lebih per night boleh cari orang lain as your travel partner. Selagi ada tempat boleh rehatkan diri dan selamat, murah takpe janji tidur lena!


Inilah hotelnya. yang muslim tolonglah jangan buat mabuk pergi masuk wong kok bukan mamak tu ok!



Kami kemudian solat zohor terlebih dahulu dan terus keluar jalan-jalan sekitar kawasan tersebut. Merayau dan merayau tiba-tiba termasuklah bangunan Centre Point, Alhamdulillah nasib kami agak baik hari tersebut sebab sekitar jam 1 petang ada show sempena Sabah International Falklore Festival (2015) dan kami sempat menyaksikan semua tarian pendek dari 16 buah Negara. Teruja!

TAIWAN:
 INDIA

sorry. pusat bujir so kamera i ni yizlamikkk ok

Layan je la. Manalah nak ingat negara mana semua tu. Turki punya tak sempat ambil sebab ralit tengok dia duk hentak kaki, dan perlu mention kat sini : gambar 3 terakhir kat atas ni tarian merekalah yang paling best, dari tarian tu kita boleh agak apa yang mereka cuba sampaikan. Menarik! Tengok muka pun dah tau kan semacam je ekspresi muka haha

Malam menjelma dan kami ambil keputusan untuk balik ke hotel terlebih dahulu sebab badan sudah menjadi lemah maaa. Penat mata melihat joget-joget agaknya heee. Tetapi, penat tolak ke tepi, bunyi bising dari luar terlalu menggiurkan. Kami Pasar malam (downtown) dan berjalan lagi sekitar kawasan tersebut. Anehnya pukul 9 malam dah tutup kedai.oh ya, dekat area downtown tuh, ada satu benda yang aku berkenan dan sampai sekarang aku masih teringat. Teka apa. Sneaker dan sport shoes bundle yang brother tu jual. Original dan menyesal sebab tak beli. Murah dan menyesal. k menyesal sekian

Catatan perjalanan kami ke Kundasang dan Tamparuli dengan menaiki kereta akan kami sambung di lain entry! Stay tuned J