Assalamualaikum!
ayuh sambung Day 2 di sabah
Sebelum tu, ada satu lagi
benda nak confess kat sini. Sabah sebenarnya salah satu tempat percutian yang
ada dalam senarai buku nota travel saya; iaitu tempat yang perlu saya pergi
lambat atau cepat tak kisah janji pergi. Tapi kan, nak ke Sabah tapi dalam
kepala kosong info pasal tempat itu. Serius. Memang tak tahu apa-apa kecuali
ada lah pernah sembang dengan member pasal Sabah sebab dia pernah belajar dekat
UMS kan. Alhamdulillah Allah mudahkan. Janji apa? Janji ada duit bhaaa plus kau
punya keinginan tu dan paling penting travel partner yang satu kepala. Buat
masa sekarang bedal je mana ada dan (harap bakal laki nanti sejenis kaki jalan
then all my dreams will come true. Guess what, I really really really want to
travel the world with someone I love) Namun sayangnya buat masa sekarang, masih
lagi krik krik krik dan k nak tergelak. Bhahaahhahaha Ya Allah kelakar jugak
aku nih
|
tolonglah cari mana part klaka aku tu |
Day 2: 12 Ogos 2015
Harini ambil keputusan
untuk ke Kundasang! Yeayyyy. Masalah kami hari tu ialah kereta sewa tak ada
yang available jam 6-7 pagi. Lepas deal semua dengan berlainan orang, akhirnya
kami dapatlah satu kereta namanya Ezora. Deal punya deal dapatla untuk pukul 9
pagi. Alaaa saying lupa range harga maaf bha. Sementara tunggu kereta tiba,
kami ke pasar pagi terlebih dahulu untuk meninjau kawasan dan sarapan pagi, Ya
Allah dekat sini memandangkan saya ni suka sangat sayur dan buah-buahan,
keadaan saya ketika itu agak mengelirukan semua pihak. Jakun molek. Sayur dan
buah ya ampun segar boh, kalah pasar jelawat bachok besut makanya sayur pun
lemah longlai angkat jatuh angkat jatuh. *buat kelakar lagi, gelak la woi!*
Selepas sarapan,
sambung jalan di sekitar pasar pagi, yang lain dah balik hotel sebab al
maklumlah makan pagi ni perut cepat hadam. Sepanjang perjalanan di situ, hati
terjatuh pada dua buah unik ini iaitu buah tarap dan buah durian merah ini.
Nasib agak baik sebab aunty tu bagi rasa buah tarap tu mungkin sebab kesian
tengok saya duk dua tiga kali pergi tanya sedap ke aunty, rasa macam cempedak
ke aunty, atau rasa seperti durian? Haaa taktik taknak beli tapi nak rasa.
Sedap. Aunty tu suruh try satu je kot, tapi aku bedal gi ambil 3 ulas. Rasa sedap lah, nampak je macam cempedak tapi rasa lain. Andai satu hari
nanti ke sana lagi, aku nak beli buah ni masuk hotel. Ah lantak perkataan
forbidden tu
Ezora udah sampai bha,
ayuh ke Kundasang. Sepanjang perjalanan naik ke Kundasang tu, saya asyik
ternampak signboard ‘Sinalau Bakas’ je. Kata member (lepas balik dari sana) tu Sinalau tu
maksudnya panggang dan bakas tu maksudnya bannbi. Maka jadilah babi panggang. Orang yang noob macam saya ni dari lah awal perjalanan sampai ke puncak duk fikir buah apalah yang depa duk jual ni. Al maklumlah, kalau dekat kelate ni, sepanjang jalan ada gerai pisang goreng tapi sini lain pula. Oh ya, jalan ke nak tuju ke Kundasang ni
kalau saya yang drive agaknya ketaq jugak lah kakinya. Bawah ni view tepi jalan je bukan nak tunjuk gerai sinalau bakas tu k
Memperkenalkan Kinabalu
Park wehuuuu~
Sejujurnya, saya sangat
sukakan Sabah! Pemandangan dan cuaca di sana SubhanaAllah cukup perfect.Dekat sini nak masuk kena bayar RM3. Hajatnya kami semua nak masuk lagi pakai Ezora tersebut, tapi bimbang sebab nak daki jalan tadi pun dah merangkak apatah lagi nak cuba daki untuk kawasan Kinabalu Park ni. Mahu pecah enjin. Meletop!
Sambung perjalanan...ayuh sama-sama tekan pedal minyak
Minyak kereta dah habis, pusing-pusing lah cari stesen minyak. Tapi bahasa orang semenanjung lawan bahasa orang sabah ni akhirnya membawa kami ke tempat yang sama. Pi mai pi mai tang tu jugakkk. Kisahnya, tempat dah lawa, signboard tadakkkkk
Okay dah jumpa! terkejut sebenarnya. Tapi bersyukurlah wahai manusia
Sambung perjalanan...ayuh sekali lagi sama-sama tekan pedal minyak nak naik ke Desa Dairy Farm. Jalan dia mak aih curam betul, bimbang kereta mati enjin maka bisa terundur lah dia.
Nak sampai atas dah ni...dah boring baca dah? lek luuu. panjang benor entry kali ni kan
Yes! Alhamdulillah sampai dah. Nak masuk bayar RM5 per person tau. Haaaaah! Lembu mana lembu eh?
Maka wujudlah sekeping gambar aku dekat sini. Honestly, ni gambar pertama yang agak lawa bagi aku. yang lain tak fokus gegar takde kepala takde kaki semua takde. sedih nak selfie kan tak nampak lak scenery. erm Meh lah ikut i gi cari anak lembu
hah tengok la si afiq ni bagi minum susu lembu. lembu ni gedik sikit, orang datang wak tak tau je, bila je nampak je botol susu acah acah manja terus
ni tempat pemprosesan kot. dalam ni lah tempat nak perah-perah susu tu. Tak nyempat nak masuk orang lain dah keluar kita baru nak terjah masuk. lain kali eh
Mmmm jom balik. Yang lain dah hilang ntah
ke mana, tinggal aku dengan Adln je. Hajat di hati nak minum susu lembu tu,
tapi masa tu tengah tut tut kan, so elakkan la. Jadi bedallah benda ni. RM5.30 nampak je sikit, tapi banyakkkk isi dia tu dah la sedap campur susu segor lembu. Sedap
wa cakap luu... nak lagiiiiiiiiiiiiiiii
ok dah boleh slow-slow berangkat. Lapar ayuh melunchkan diri..
ok bye lembuuu
Kami kemudiannya ke Masjid Jamek Kundasang untuk solat jamak qasar zuhur dan asar terlebih dahulu dan kemudian terus pergi lunch. Nak jalan-jalan ke lain macam tak sempat sebab ingat nak singgah di Tamparuli (Rumah Terbalik) otw balik nanti. Banyak lagi tempat yang boleh di explore kat atas tu, takpe panjang umur kita datang lagi tau. Overnight sini nak? ajak la i
Menyinggah sekejap tepi-tepi jalan style Cameron Highland je. Ok tak berminat ajak si baju merah ni lintas jalan tengok benda yang lagi menarik. Mariii
Tadaaaa..koh koh koh Lupa nak setting bokeh. eh takpe lah janji ada lah sekeping dua
Ketahuilah bahawa saya gembira tengok ciptaanNya yang bernama bunga ini. Tapi pleaselah nanti i konvo jangan bagi bunga hidup, bazir duit tau dak.
Setelah penat pusing-pusing atas sana, banyak lagi tapi dah malas nak cerita kisahnya. Maka, sekian sahajalah ceritanya setakat ini. Oh ya, cuaca masa nak turun dari atas haritu hujan dan keadaan jalan mungkin agak bahaya, kabus sangat tebal sehingga aku tak putus-putus berzikir moga-moga sempat balik semenanjung hiihuuuuuu.
Kami singgah sebentar di Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli otw balik tu. Maaf tak de gambar sebab syok sangat berkenalan dengan mamat Jepun. Kah kah kah gituuu. Perjalanan di teruskan, ambil peluang masuk UMS. Bagi saya UTM Jb ni dah di kira besar la juga kan, tapi bila dah masuk UMS, fuhhhh besar lagi rupanya dan saya percaya pelajar sana memang boleh dikategorikan sebagai pelajar yang bernasib baiklah dapat univ tuh. Tungggg larrr enviroment best, scenery lawa tempat jog pun peh. Nak di jadikan cerita, sesat tak jumpa jalan keluar. Keh keh keh. Make it short lepas jumpa jalan keluar pi menonong habiskan duit dekat 1Borneo. erm K bai malas daaaah
Akhir kata dari saya:
Pergi lah Sabah (Kota
Kinabalu-Kundasang-sekitar UMS-Tamparuli). Kalau tak minat bandar yang penuh
dengan syurga ikan segar dan sayur terbaik dari ladang itu, cubalah dekati
gunung-gunungnya dan kesejukan air di kaki bukit itu, kalau tak minat juga,
cubalah dekati pantainya; ada rezeki boleh tengok keindahan ciptaanNya, andai
pantai pun tak minat nak dilihat, mungkin boleh dekati pulau-pulau di sekitar
sana; duduk di sana muhasabah diri dengan ciptaanNya, raba pasirnya lalu desir
pasir dipantai tanduss…segersang pemikiran hati..terkisahku di antara cinta
yang rumit….
Catatan perjalanan #solotrip ke Semporna akan saya sambung di lain entry.
Stay Tuned :)