Berjaya menghantar proposal untuk my first stage 23 December nanti. Dua spiral bound berjaya di hantar. Alhamdulillah! Berkat doa ma abah setelah berhempas pulas nak faham, tulis dan fikir akhirnya berjaya dihantar. Berkat teka-teki Idil pun ada termasuk sekali (Somad u should know this, terimo kasih banyok saem terimo kasih). Doakan saya sahabat untuk 23 Dec nanti. Tipulah kalau saya kata saya tak berdebar dan cuak. Maaa serius takut! Berdebar sehinggakan dalam masa dua minggu saya berjaya hilangkan berat badan sebanyak 2 kilo (2 kilo ni dah di kira banyak ya anak-anak mama sekalian). First timbang 48.7 kg *berat nak mampus dah la pendek* after two weeks, naik penimbang terus wow! 46.2 wow! ahaahahahahaha. Tapi, awak takyah la bimbang sangat, tahun depan naik balik la nih. Banyak kenduri nak kena attend nih :p
Ok, meh serius meh. Saya agak stress dua minggu sebelum tarikh submit memandangkan supervisor yang agak busy dengan anak-anak. Maksud saya, taska anak-anak beliau terpaksa ditutup sementara atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Perlu saya ceritakan disini, saya agak kecewa di saat saya memerlukan beliau, beliau pula takdakkkknya. Kecewa sedih semua ada. Perasaan down yang tak pernah saya alami sebelum ini. Sungguh, perasaan saya bercampur gaul dengan masalah-masalah yang bila difikirkan balik, tak perlu kot nak di ambil kisah. but i did. waaaaaaaa. Cukuplah bersedih. Allah, akan saya ceritakan di lain entry suatu hari nanti *i mean, bila dah berjaya suatu hari nanti hehe*
Oh ya sahabat, Perjalanan phD ni bukan pahit sangat pun, kalau di kenangkan balik, cepat sungguh masa berlalu, dari kosong dan kini menuju ke tut tut pemahaman, semua yang saya lalui Allah selitkan dengan 'drama-drama' manis yang lain. Manis sangat. Yang paling penting, banyak berusaha, banyak bersujud, banyak tolong yang lain, banyak berdoa. dan banyak2kanlah bertawakal. Tak kemana kalau awak berjaya tapi Allah awak lupakan. Tak kemana. Percayalah, semakin banyak awak berdoa di samping usaha yang gigih itu, semakin banyaklah awak lihat keagungan dan kebesaran Illahi berkat doa sujud kita. Percayalah sahabat.
Sejujurnya, saya masih kabur dengan masa depan saya. Tapi saya percaya Allah dah tetapkan yang terbaik buat hambanya. Dan jujurnya saya masih keliru dan tertanya-tanya atas sebab apa saya diberi peluang belajar di sini sehingga tahap ini. Tapi, ingatlah Allah. Percaya padaNya. Dia sedang mengatur perjalanan hidupmu.

Good luck semua! |
Sujud - Luahlah.
Berdoalah dengan penuh pengharapan
dan takut padaNya.
Doa dengan jiwa tauhid.
Doalah dengan penuh keyakinan bahawa
Allah mendengar doa kita.
Mohonlah yang terbaik.
Ya, yang terbaik buat kita.
InsyaAllah :)
p/s: Tapi, saya sememangnya tak mampu lagi untuk menulis secara mendalam dan menjiwai watak pelajar research memandangkan saya ni baru je lagi dalam dunia research. Baru nak first stage kot, ada hati nak bagi nasihat bagai zzzZZ.
Regards,
Kak ngah yang sedang berdebar.
No comments:
Post a Comment