December 16, 2014

Kelam-Kelibut

Assalamualaikum.

Tiga bulan terakhir untuk tahun 2014 merupakan tahun yang agak 'kelam-kelibut' buat saya. Seperti yang saya pernah tulis dalam entry yang sebelum ini di mana hidup saya yang agak 'clumsy' dengan research work. HAHAHAHA perlu gelakkan diri sendiri sebab dah memang saya yang pilih jalan ini. Tak boleh sesuka hati undur-undur tahu.

Waktu pagi biasanya ialah waktu yang orang perempuan sukaaaa sangat tengok wajah sendiri di depan cermin sebab rasa putih semacam. muehehe. Ya saya la tuh tapi untuk tiga ke empat bulan terakhir ni, saya agak sedih melihatkan '10 kilo eyebag' yang takde sapa sudi beli. (kebiasaan pagi saya ialah pukul 8.45 pagi - tidur lepas subuh untuk recharge sedikit energy)

Masa banyak di habiskan di meja study. Al maklumlah, banyak sangat nak kena faham. Proses pembelajaran yang tak akan susut ni agak menganggu juga fikiran saya. Tidur saya agak terganggu. Kerap tersedar dan peh terus berdebar. Walau ke hujung dunia berjalan sekali pun, ayat 'research' tu agak susah untuk hilang dari pandangan dan fikiran. Sebab tu la, tak berapa nak ngam dengan manusia yang suka tanya

 "weh, research kau bla bla bla.... research aku dah sampai sinih....blaaaaaaaaaaaaaaaaaaa'
atau
" bila nak habis belajar? "
zzzzZ

Percaya atau tidak jika saya katakan semakin tinggi belajar semakin hilang kawan? ehe. Ya mungkin sesetengah orang akan setuju dan mungkin juga separuh lagi tidak. Iya idok? Cuba singkapkan kenangan zaman undergrate dahulu, masa kita banyak di habiskan bersama sahabat-sahabat. Kemana sahaja memang sentiasa bersama. Sampai naik segan bila tiba time nak berjalan sorang-sorang. *rinduuu*. Bila tiba zaman Master, seingat saya masa tu dah nampak titik-titik kesunyian tapi makan study masih lagi bersama sebab kelompok kami berada dalam floor yang sama. TAPI, bila tiba zaman ini, ya zaman ini saya mula merasakan..........................*tak terluah*. Eh c'mon, hidup ni kena lah kuatkan? Erm, untuk certain people yang jenis suka bekerja dalam group, 100% mereka akan argue dengan statement saya di atas. Tapi.... biarlah. Bukan itu persoalannya, saya sebenarnya suka untuk bercerita di sini memandangkan saya akan kembali membaca entry-entry lama ini suatu hari nanti itu pun jika diberi keizinan olehNya untuk terus hidup :)

Dan sekarang?
Sekarang saya dah tak segan nak makan sorang-sorang yuhuuuuuuuuuuuuuuuu. Sapa-sapa yang tengok pelik, saya makan la cepat-cepat. Rasanya ada yang faham memandangkan haritu 'kawan baru' yang saya jumpa di Pak Lah cafe tegu

"sorang je, mesti postgrad ni"

Semasa belajar, saya memerlukan fokus yang agak tinggi. Jadi saya mengambil keputusan untuk berjaga malam setiap hari. Setiap hari ok! uhuuuu namun sudah semestinya tak menjadilah perancangan nak stay up tetiap malam tu ya, badan lately agak letih, bahu kemain sakit. Mujur lah ada orang yang tolong urutkan. Terima kasih Toh :) *Toh bukan nama sebenar dan bukan sejenis suami kakaka*

Rindu rakan-rakan seperjuangan masa undergrad sebenarnya.
K bai.


No comments:

Post a Comment