December 22, 2014

Postpone

Assalamualaikum!

Nak cerita la sikit apa yang terjadi minggu lepas hehehe. Seperti yang saya ceritakan di entry sebelum ini, my first assesment sepatutnya ESOK. Ya kawan-kawan sepatutnya esok iaitu 23 December 2014 jam 2 petang berpanelkan 2 panel yang baik hati. Mungkin *sedang bersangka baik*. Tetapi, minggu lepas ketika dalam lelah mengharungi jem balik dari mengajar di Giat Mara Pasir Gudang tu, saya check whatsapp dari asiah dan terus mengucap panjang tak tau nak kata sedih ka nak kata gembira hahahaha habis cerita 1. So, ambil keputusan untuk balik jenguk adik-adik di rumah. Harapnya first stage tu will be held on Jan ’15. Puh! dan *moga tak banjir sangatlah ya takutnya sekali staff call bagitahu tarikh, jalan jalan utama tutup mampus guwa* (konklusinya : minggu lepas minggu malas nak cakap dengan manusia dengan twitter pun malas)

Rentetan dari kisah atas apa kata kita bercerita pasal perempuan jom! Pelik betul perangai perempuan. Gamaknya biasalahkan dah nak masuk hujung-hujung bulan nih. Perangai mengalahkan manusia mengandung yang mengidam tuh.
Satu –
 Mood on off (Kejap banyak kecek, kejap kunci pintu senyap dalam bilik)

Dua –
Lapar. Peh, bab lapar nih tak yah kata la. Macam-macam di idamnya, paling latest, terliur gila nak makan spagetti hak pizza tuh. Dalam solat dok telan air liur teringat ke dia si jantung hati, cis. At last, bukan pizza yang di makannya tapi terambil subway (konon diet kah kah kah) *Subway nih memang dah jadi favorite all the time dah. Hang ajak makan KFC?  Gua tak layan sangat kecuali ajak teman boleh lah cek beli burger. Tapi kalu setakat ayam goreng tu baik pi beli ayam, goreng sendiri lagi sedap (insert gaya berlagak)
Tiga – 
Yang ni agak segan sikit nak bagitahu. Tak tahu la perangai ni saya sorang je yang rasa atau mungkin yang lain pun pernah rasa before tut tut mai tu. Erm,jeng jeng memperkenalkan perangai jadi malas nak solat waaaaaa tak tau bakpoooo. Macam setan tu ikat ikat je kaki tangan bisik bisik cara halus celah telinga ‘ hey kakngahhhhh, lek luuu duduk duluhhh lambat lagih nakkk habis waktu lek luuuu lek luuuuu’  Hey, Natang setang nguh!
Empat - 
Tak boleh bau manusia yang berambut panjang wakakaka. Yang berambut panjang tu, mohon lah jaga betul betul. Rambut bau ayam awaaaaaaa saia ta tahannn! Setiap kali selisih mesti rasa YA ALLAH......*pengsan*. To be truth here, perempuan ni ada dua jenis. Pengotor dan pembersih. Nak tahu dia ni yang mana satu, ko tengok cara dia jaga sinki toilet tempat belajar. Apa jenis manusia entah, lepas masak pergi buang sisa-sisa dalam sinki sedangkan tong sampah hanya di tepi toilet itu je, lepastu berjuta juta hari sinki tersumbat! Eh dekat rumah pun perangai gitu jugak ke? Tak kasihan ke mak ke sisthorrrrrrr?
Last
Makan benda manis. Seperti di bawah. Kalau tak coklat, ais krim. oh my diet T______T. Dan lain lain lah dah malas nak cerita lagih.....................

Ni kisah paling best nak di ceritakan untuk orang yang tengah kecewa tak leh present esok, ceh bajet dah prepare padahal sikit pun tak sedia lagi! Terima kasih adik Na untung betul univ dekat dengan kilang Beryls. Sangat untung! Lepas kena dumped dengan cadbury haritu, terus tak dak cekelat murah nak di layan tetiap hari. Last borong coklat, masa gi Pengkalan Kubur Oktober haritu. Habis dekat RM 130++ jugok bab coklat saja. Lepas tu meroyan pinjam duit member tengok blouse lawa-lawa. NASIB BAIK BOLEH KAWAL NAFSU bab blouse jela coklat tak. Worth mentioning here, MURAH!  
Tada!
Tiramisu Almond Milk Chocolate RM 21.

Almond Coated with Dark Chocolate RM 15
Almond Coated with Milk Chocolate RM15

p/s: Pernah pasang angan-angan ‘someone special’ hadiahkan sebakul coklat. MasyaAllah sister punya berangan. Kah kah kah !

No comments:

Post a Comment