January 07, 2015

Atuk..Tenanglah di sana

Assalamualaikum..

        Allah..berat sungguh untuk menulis kali ini. Satu persatu ujian menimpa keluarga di Kuala Krai. Salah satunya ialah banjir besar yang berlaku akhir tahun lalu. Kisah banjir ini akan saya ceritakan di lain entry ya (insyaAllah kalau rajin). Kami kini bersedih atas kehilangan orang tersayang iaitu ayah kepada abah. Kehilangan atuk ni agak menyentapkan jiwa jugalah memandangkan pada hari berlakunya banjir tu kami dah seminggu lebih tak dapat berhubung bertanya khabar. Once air dah surut, barulah kami dapat masuk ke sana. Masa tu dapat tahu keadaaan atuk dah mula lain. Cirit birit, makan tak makan letih dan lain lain. Kami beranggapan beliau letih sebab banjir kot (letih ngarung air ore kato)

        Saya sebenarnya agak terkilan kerana tidak sempat untuk balik menjenguk jasad atuk buat kali terakhir (atas sebab bas manalah nak ada masa tu kecuali ambil bas ke kl dulu then bas ke klate pula) Nak ambil flight pun memang masalah takkan selesai memandangkan kampung di kuala krai jauh nun dari pc. Ni la salah satu punca suatu hari nanti malas nak kerja jauh-jauh dari rumah, ni lah. Ada emergency, sah pening tak tau nak buat apa. hmmm

        Kini tiada lagi atok. Atok (ayah) sebelah ma pergi menghadap Illahi pada 28 Feb 2014 malam Jumaat (angah masih terasa lagi betapa eratnya genggaman tangan ayah haritu hingga ke saat ini). Banyak memori dengan ayah sebelah ma ni. Kalau tengok album masa umur 2,3,4,5,6 tahun dulu-dulu, banyak gambar ayah, mek dan kami (along dan saya). Kami membesar dengan mereka, ma mengajar jauh masa tu, abah pula tak silap sambung belajar . Gambar kami penuh dengan kenangan. Kata mek, masa tu ciksu (mak sedara) baru beli kamera. Haaa memang penuhlah album dengan gelagat kecomelan kami. Hihi koya. Bedak penuh muka, pakai baju ala-ala princess peh bergaya gituuu. Paling lekat dalam memori otak ni, pagi-pagi arwah ayah suka bawa saya dan kaklong jalan-jalan tawaf kampung then gi naik haji sambil makan bahulu cicoh air tea. Perghhh (Hajjah dah nih, jangan main-main)

      Dan atuk sebelah abah baru je pergi meninggalkan kami semalam. 7 Jan 2015 malam rabu ( jumaat malam haritu sempat jugak pegang tangan arwah disaat atuk sedang kegelisahan, Allah... erat betul atuk genggam tangan kangah) Kurang terkilan dengan pemergian mereka berdua kerana both of them saya sempat peluk cium sebelum balik. Semalam berita di terima sejurus selepas selesai sedekahkan Yassin dengan harapan semoga atuk pergi dengan tenang, bunyi whatsapp, capai handphone dan terus Allahuuuu.....

        Maafkan kangah tak sempat balik. Takde sesiapa nak tunggu, orang lain semua boleh berkumpul di Kl. Angah? menyesal balik JB awal. Menyesal. Selang sehari je pun. Takpe laaaa ngah. Dan sehingga ke saat ini, saya memang tak boleh lihat orang-orang tua (peringkat umur atok nenek) jiwa terus jadi sebak, hidung terus jadi merah, hati terus merindu. Kita jumpa di Syurga ya semua?

Redhalah ngah dengan pemergian mereka. Pergi mereka bertemu Sang pencipta. Tiba masa nanti, kita pula yang akan menyusul. Pernah terdetik di dalam hati sesaat melihat arwah ayah dikebumikan dulu. Apa mampu aku untuk 'survive' di bawah sana yang berlantai dan berlangitkan tanah, tiada lampu, tiada lubang cahaya, tiada ma, tiada abah, tiada sesiapa di sisi andai amalan cuma seciput? Apa mampu aku untun menjawab semua soalan-soalan Sang Malaikat? Apa mampu kita semua............? Erm, cukup ke amalan-amalan tu nak di bawa ke sana kelak?

p/s: siapa je suka dengan perkataan 'perpisahan' tu kan?

No comments:

Post a Comment