November 28, 2011

Always


Salam and Ohayou Minnasan :)
A very very 'ohsem' picture for myself.
or maybe it just related to urself readers?
haha


Why does It Always Happen to me?





Selamat Kawan :)

Salam ppl :)

Blup blup. Ada sorang budak tu kan. Dia kan. Dia kan. Dia sibuk suruh hapdate blog. Iyola. Mungkin terlalu rindu dengan tulisan keyboard aku. Kah kah kah. Atau mungkin dia kan, mungkin dia nak sangat aku hapdate sesuatu yang dia benci. Wei nyah! aku copy entry mu. haha

Bulan kelahiran,

Tp aku dh xsuka no 28,harap mklum.

No 4 plak skrg.

fake smiles !

Aku tak faham kenapa kau mesti benci tarikh ini nyah. Kenapa mesti nombor empat? Oh, mungkin angka empat ini sinonim dengan lelaki. Mungkin =="   *otak negatif*  Oh ya sebelum terlambat dan terlewat, aku ucapkan Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Lahir. Selamat Hari Menetas nyah. Semoga segala perbuatan dan perlakuan diberkati oleh Allah SWT. Semoga Mok and Doter sama sama berjaya dunia akhirat. Sila terharu nyah.

sumber : SINI
Darjah lima tahun 2001. Idil Farhan, Aku dan Fara Azrin. Pelajar Tahun 5 edisi baru. Fara si bedak putih.  Haha. Dan kau nyah. Si Penjahat. Sangat tidak berkenan dengan perangai kau dulu nyah. Sangat. Kau seorang pembuli. Kau seorang pengkhenak. Kaulah segala-galanya. Iyolah, mana taknya segala benda yang kami (pelajar perempuan) buat pasti akan tinggal sejarah atau mungkin lebih dikenali sebagai kenangan. Ya kenangan. Setiap kali berkumpul pasti ada gelak ketawa di sebalik kenangan ini. Kau Si kuku panjang terrrrsangat  nakal. Bermacam macam idea timbul di kepala si nyah ini semata mata untuk menyakiti hati kami. Entah. Dulu bila difikirkan balik boleh je aku lawan balik segala perbuatan kau tu. Tetapi atas dasar belas kasihan. Aku diamkan saja.

Nyah : Terima kasih kerana menjadi saem aku. Terima kasih sebab walaupun hanya setahun (awal tahun 2001 - akhir tahun 2001) aku kenal mu, tapi mu masih tidak menyombong sapa loni. Terima Kasih Bro. Ok bro, tak payahla nak tacing bagai bila aku dah hapdet entry blog aku ni. Tambah lagi entry ni ditujukan untuk mu bro. Dan paling penting tak perlulah nak cankap luai dengan aku. Kita sama sama ore kelate. Kah3
p/s: Deme kirim salam!

Mood : Dapat selai baju Man.Utd hari ni :) Thanxs!


November 26, 2011

Kumpul Duit

Salam and Ohayou Gozaimasu minnasan :)

Mari manusia. Mari mari kita kumpul duit. Mari manusia. Mari lah mari. Mereka ---> Kaklong, Aunty Pah, Kak long sepupu dan Kak Mala deal nak kumpul duit banyok banyok banyok banyok nak pergi melancong! yuhuuuuu. Seronok seronok. Kami mula berbincang dan berbincang mengenai tempat pilihan kami. Ya, tempat sudah dipilih! Dalam Malaysia je la. Hahahaha. InsyaAllah, ada rezeki kami pergi. Kata mereka kumpul duit atas kehendak masing masing. Jika banyak benda nak di'shopping'kan maka banyak tu jugop la duitnya. Aiseh~

Tahu tak aku selalu berangan nak pergi negara alah barat barat tu (especially Manchester United Stadium at Old Trafford Manchester). Tinggi dak angan angan aku? Ni orang panggil positif berangan tau dak? Haha. Pergh. Macam macam ada. Kadang kadang jeles dengan nasib kawan-kawan yang lain. Mereka bertuah dapat belajar di sana. Sangat bertuah. Tahniah kawan kawan.

Tapi aku percaya, setiap peraturan yang dicaturkan oleh Allah SWT tu ada hikamhnya. Rezeki masing- masing kan. Oh ya, boleh tak dua tiga empat lima enam tahun lagi aku nak gi sambung belajar dekat obersea? Boleh takkkkkk?

Info : This is one of my status dekat facebook yang aku cilok dekat majalah rapi.

Mengelamun selama 15-20 minit dapat membangkitkan stamina, serta mambantu fungsi otak
 lebih baik dalam mentafsir maklumat. mari berkhayal ~ ::sumber RAPI

Sumber : Google
 Aunty Pah dah mula menabung. Anda bila lagi??




takdak kaitan dengan tajuk: alohaaa sweetnya kau. saja nak jeleskan aku eh? Do i look like i care? gila!

November 24, 2011

eh, ada awek terus sepi?

Salam ppl :)

Pernah dengar ayat ni? 
"We are worlds apart, but we know in our heart we are together"

Haaa, meh sini meh. Kita bincangkan tajuk di atas ya. Tapi, tak dak kaitan sangat la dengan quote tu. Quote tu layak digunakan untuk seorang sahabat macam kau. eh kau lagi? Entah la. Kau pernah hantar satu SMS yang lebih kurang sama maksud macam quote di atas la. Aku faham. Aku gembira. Dalam hati tidak henti berdoa agar persahabatan ini tidak terputus. Ya, maksud aku, kau dan aku tidak akan pernah bermasam muka dan tak bertegur sapa melainkan kau mati, aku mati. Then, its DONE. 

Tapi, kau khianati persahabatan kita sejurus selepas kau ada awek. Amboi, aku tegur kau dah tak reply. Aku SMS kau dah tak reply. Tapi bila kau SMS aku tak reply, kau marah aku balik. Ya, sejujurnya kau kata aku sombong. Hei kau! Bersahabatkah kita? Ya mungkin betul apa yang manusia sering luahkan.

Sahabat, masa kita senang atau gembira, pasti sentiasa bersama kita. Tapi percaya lah seorang sahabat amat susah dicari bila mana kita susah. Tambah pula bila kau ada awek. Kau gaduh dengan awek kau baru terhegeh-hegeh cari aku, kau bertumbuk dengan awek, kau terhegeh-hegeh cari aku. Tapi masa kau tengah main suap-suap ais krim paddlepop. Ada kau cari aku? Tak mungkin. Kalau kau tak gaduh lima bulan, lima bulan aku tak nampak nama kau di skrin Hp. Terbaik sahabat. Ya, secara realitinya  itulah yang terjadi. 

Aku ada sahabat macam ni, kau hadooooo?????

kau sahabat paling terbaik.





November 21, 2011

Bola!

Salam and Ohayou minnasan!

Eh, semangat teh. Memang. Anak jati Malaysia ni.
Jiwa kental babe!
Eleh semalam nangis baca novel.

Sumber: Google
Malam ni. Final MAlaysia vs Indonesia. Hati menggelupur memberontak nak p tengok. Argh! Kelihatan dikalangan kami tiada seorang pun yang berminat ke arah bola kecuali mizah, ta dan pikah. Kamon guys. Kalau ada kereta dah lama Restoran Ayub aku jelajahi. Kalau ada Kereta dah lama Dewan DSI aku gegar. Abah cepat la hantar kereta itu. Cepatlah. Ouh, Perasaan kecewa menular.

Update : Berjaya ke DSI. Gempak!

Tahniah Malaysia!


November 19, 2011

Herbalife


Salam and Ohayou Minnasan :)

haik. Here is my ' asa go han ' today!
Have u had ur shake today? Waargh. Bertenaga.

Sumber: K660i

Alhamdulillah, rasa kenyang sangat walaupun hari ni pagi pagi buta lagi kau dah sakitkan hati. Marah? Eh, tak marah la weh cuma ayat tu biar cantik sikit. ceh macam taik! Oh kejam gila ayat mak nak. Sarapan pagi ni sebenarnya sangat la penting buat manusia. Tapi secara realitinya, manusia  manusia semua ramai yang ponteng makan pagi. Alasannya sebab nak diet. Oh kamon perempuan perempuan semua. 


Sebenarnya, lagi lambat kau makan, lagi banyak kau lahap waktu petang tu. Tetapi kalau kau ambil sarapan pagi tu, InsyaAllah kau akan bertahan sampai petang. Mungkin terus gantikan lunch dengan makan malam. Mungkin juga. Otak manusia ni sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran yang lebih cergas. Oh, penulis bukanlah  bakal pakar pemakanan bahkan bukannya seorang pelahap tapi penulis sayang kesihatan diri sendiri.  


Hah. Ni benda. Benda ni. Dengar pesanan boleh tak? Sumber google mengatakan bahawa " Pengambilan buah oren setiap hari dapat membantu meningkatkan kadar antibodi dalam badan kerana Vitamin C yang ada dalam buah ini dapat membantu mempercepatkan produksi antibodi untuk badan ". Manusia sekalian, kalau kau rasa kau mudah sangat berjangkit selsema, demam atau apa apa saja jenis penyakit, cepat ubah fikiran. Beli Oren banyak banyak. TAPI


Nak makan limau tu tak payah la makan banyak banyak banyak. Nak nak lagi rasa dia bukan manis. Tambah tambah kau makan pulak malam sebelum nak tidur. Eh, seksa tahu tak bilamana kau bangun je pagi esok. Percayalah kata ini. Penulis tidak menipu. Kau akan terseksa. Tapi, secara psyconya kau akan rasa diri kau slim. sangat slim. ah~ Heaven. Rasa kurus walaupun hakikatnya kau terseksa. Alamak. pergi dulu. Again! =='




Ja mata minnasan :)


P/s : asa go han - sarapan pagi


November 18, 2011

please.


Salam and Ohayou minnasan :)
sensei sensei, bole ka buat ayat macam ni? keh3

ouh. i officially deleted my first blog about 7 months ago. i guess la he3. Honestly, i really miss my old blog.  Fuh, i have been very busy by doing all the home stuff lately. well, i am a single mother ok. Oh NO! i sedang meniipu. Actually, there are so many things happened to me in that '7 months'. i've tried to cheer up myself. i've tried to be a good positive person. i've tried not to blame myself on what was happened to us. i sometime cheer myself up by go to berak bookshop and buy novel or maybe some magazine. what a hectictaik life! so many and many things just happened to me *sigh*

But then i realized, even there are exist an unhappy life, my life must go on right? I myself woke up with a new spirit on August! What a surprise! I love being myself. Aku pentipu. Alhamdulillah. But truly, sometimes i feel down. Very very very down. Don't feel like to talk with friends, besties and even u r my sister. Johnny Deep in my heart i ....hmm forget about it. Ok, this is actually i would like to tell " i'm trying to forget the past, but i'm also waiting for 'the past' to come back"

Ya Allah. Alhamdulillah. i'm still alive. even i somehow feel i'm going crazy. But go Besi go!  oh ya, saya rasa saya dah cukup kuat umpama besi yang gagah. Tapi saya silap. Saya pun mahu berjaya macam kamu kamu awak awak you all you all dan kamu juga. Doakan saya jadi seorang lecturer pensyarah ya. InsyaAllah :)

Nota: no vomit pls. i'm trying to iiiiiimmmmmmmmprove my vocab. wakaka.kencek omputih tuh :P




Ja Mata minna-san :)






Note for Myself and Her

salam~

haik.ohayou gozaimasu ppl! mungkin kai ini ada kelainan sedikit di wajah kedua ni. errr, mungkinkah ada kelainannya? ah, forget about it. Let we start 'screwing up' my tittle above. hahaha. Sebelum tu nak pesan pada semua, just after someone dumps u please take note that: Don't ever try to make his life miserable. hahaha

" There are things that we never want to let go of,
ppl we never want to leave behind. But keep in mind that
letting go isn't the end of the world, it's the beginning of a new life."
-Anonymous

Ya, mungkin payah untuk melepaskan. Apatah lagi apabila perbuatan melepaskan seseorang itu dilakukan bilamana kita sedang menahan perasaan marah. Perasaan cemburu. Perasaan kecewa. Perasaan sedih. Tetapi percayalah pada diri sayang. Muhasabah lah pada diri. Yakinlah bahawa ada hikmah disebalik semua ini. Percayalah pada kata-kataku. Kadang kadang aku terfikir adakah cinta aku dan dia sebelum ini diberkati oleh Allah SWT? Kadang kadang jua aku terfikir ARGH kenapa mesti aku?!! hahaha. Lately, one of my friend got dumped. At first of cos i being suprised. But, after i talked with her and spent some times with her (she should be proud of me. haha. i lend my ear to her okeh!) i reliazed itu hanyalah satu perjalanan hidup. Bersabarlah sahabat. Aku faham perasaan kau tu. Sangat memahaminya. 

Tiada apa yang perlu dihuraikan lagi.  Buatmu sahabat hayatilah bait kata di bawah. Hayatilah. usahlah berasa cuak dengan dirimu. Yakinlah! 

ya Allah…
KAU yang Maha tahu segalanya.
bila kehadiranku, 
menganggu hatinya, 
tidak membawa kebaikkan padanya,
maka KAU pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya..
maka KAU jauhkanlah aku darinya..

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa…

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami..

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.

sumber :TUMBLR

i : sabarlah lily, takpe, lama-lama kau akan dapat melupakan dia. Banyak berdoa ya.
u : aku cuba untuk sabar. sedang mencuba. 

Realitinya: kata- kata 'i' adalah hanya sekadar penyedap hati buat sahabatnya. Tipulah kalau 'i' dapat melupai. Tipu. Penipu. 'i' seorang penipu. Sahabat, selalulah berdoa kepadaaNya. Berdoalah sahabat selagi termampu :)

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk memadam namanya dari hatiku.
 Alihkan pandanganku daripada memandang seraut wajah jernih itu.
 Jangan biarkan suaranya menjadi asbab untuk aku tidak khusyuk dalam ibadatku. 
Jangan Kau biarkan bayangannya memenuhi segenap ruang mindaku. 
Hatiku sudah tidak sanggup menanggung perasaan ini.
sumber: TUMBLR

nota : Buat sahabat (D_D)
Matane :)



November 17, 2011

Bila Dia ambil kembali

kadang kadang

kerana terlalu sayang dengan seseorang
Allah ambil dia dari kita
Allah jarakkan kita dari dia

untuk uji kita

masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu
dan masihkah kita percaya pada aturan Dia

untuk sedarkan kita

bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala- galanya

dan

kadang kadang

Allah ambil juga orang - orang yang kita tidak hargai

saat Allah jarakkan kita

lalu timbul rasa rindu dan menyesal

itu bukan untuk menghukumi kita
tapi untuk memberi pengajaran
bahawa bila kita tidak mahu menyayangi mereka
Allah akan mengambil mereka untuk dusayangi lebih dari yang mahu kita lakukan


NOTA GELIMAK : uhuk uhuk! tak payah buat muka toya di sini. ini bukan hasil dari lubuk hati guwa. ini hasil dari lubuk #tumblr. oh,need to go! matane:)