Salam ppl :)
Pernah dengar ayat ni?
"We are worlds apart, but we know in our heart we are together"
Haaa, meh sini meh. Kita bincangkan tajuk di atas ya. Tapi, tak dak kaitan sangat la dengan quote tu. Quote tu layak digunakan untuk seorang sahabat macam kau. eh kau lagi? Entah la. Kau pernah hantar satu SMS yang lebih kurang sama maksud macam quote di atas la. Aku faham. Aku gembira. Dalam hati tidak henti berdoa agar persahabatan ini tidak terputus. Ya, maksud aku, kau dan aku tidak akan pernah bermasam muka dan tak bertegur sapa melainkan kau mati, aku mati. Then, its DONE.
Tapi, kau khianati persahabatan kita sejurus selepas kau ada awek. Amboi, aku tegur kau dah tak reply. Aku SMS kau dah tak reply. Tapi bila kau SMS aku tak reply, kau marah aku balik. Ya, sejujurnya kau kata aku sombong. Hei kau! Bersahabatkah kita? Ya mungkin betul apa yang manusia sering luahkan.
Sahabat, masa kita senang atau gembira, pasti sentiasa bersama kita. Tapi percaya lah seorang sahabat amat susah dicari bila mana kita susah. Tambah pula bila kau ada awek. Kau gaduh dengan awek kau baru terhegeh-hegeh cari aku, kau bertumbuk dengan awek, kau terhegeh-hegeh cari aku. Tapi masa kau tengah main suap-suap ais krim paddlepop. Ada kau cari aku? Tak mungkin. Kalau kau tak gaduh lima bulan, lima bulan aku tak nampak nama kau di skrin Hp. Terbaik sahabat. Ya, secara realitinya itulah yang terjadi.

Aku ada sahabat macam ni, kau hadooooo?????
kau sahabat paling terbaik. |
No comments:
Post a Comment